Bukit Gambang Water Park
Sebenarnya nk update cerita tentang trip ke kuantan. Tapi check dalam PC cuma pic kat gambang je yang ada. Aku tak tau apa masalah dengan hp aku sekarang, tak boleh nak transfer pic yang latest ke PC pulak. Bila cucuk cable, yang appear cuma pic lama je. Sape yang pakai Samsung Note, ada problem cmni tak? Apa korang buat ek.
Takpe la kita cerita pasal gambang dulu la ye. Kami sekeluarga ke gambang pada 8/12/12. Mula-mula rancang nak gerak dari umah aku pukul 7.30am. Dah banyak kali remind along & alang suh berkumpul kat rumah aku pukul 7 pg. Mak & ayah dah sampai kat rumah aku dari jumaat lagi. Kali ni kami paksa mak ayah join sama. Mula-mula ayah macam berat hati juga nak join. Sebab sebenarnya dia nak join makcik-makcik dari kemaman pegi bercuti ke langkawi. Kami adik beradik taknak pegi sebab alang tengah sarat. Tak seronok la pegi bercuti kalau kurang korom kan. Akhirnya ayah mengalah, setuju nak join kami. hihi
Disebabkan ramai kepala, so plan sepatutnya bertolak jam 7pagi jadi 8.30 pagi. Adat la kan.. Dah bergerak tu, baru lepas tol gombak, kan ada petronas besar tu, stop kejap. Ada yang nak membuang air pulak. Punya la ramai orang, beratur nk masuk toilet pun panjang. Dekat petronas je lebih 1/2 jam. Adoi..
Tak lama alang msg ajak singgah makan. Dah lapar katanya. Orang mengandungkan. Ok singgah dekat R&R Temerloh. Time dah pukul 11pg. Makan nasi terus. Gerak dari sini 12 lebih. Dalam hati dah tensen gak la. Aku bajet nak sampai dekat gambang kul 10. Bukak je pintu gambang terus serbu.. Sabar je la.
Sampai di gambang kul 1. Orang memang ramai gila. Cuti sekolah kan. Sydii terus beratur beli tiket. Aku, k.lin, alang dengan budak-budak pegi tukar baju terus. Taknak tukar kat dalam waterpark sebab tau sure ramai orang. Nasib baik dekat toilet tu takde orang. Settle semua, aku, en fuad, k.lin dengan budak-budak masuk dalam waterpark dulu. Sebab budak-budak dah tak sabar nak mandi. Yang lain-lain banyak sangat urusan, jadi kami tinggalkan la mereka. Masuk je dalam aku tengok umat manusia seramai-ramainya. Terus tak nampak kolam langsung. Mulut dah mula bersungut-sungut. Nasib la en. fuad sabarkan aku. K. lin bawak budak-budak pegi mandi dulu sementara aku dan en. fuad beratur untuk sewa tube. Punya la panjang gila, kaunter pula cuma 2 je. Adoi sabar lagi. Bila dah dekat turn aku, dengar budak yang jaga tu cakap tube dah habis. Gilaaa. Beratur sikit punya lama tup..tup habis.. Rasa nak mengamuk sangat. Sampai kat kaunter, aku tanya la apa yang dah habis. Budak kaunter tu kata tube family yang dah habis. Tube yang kecik ada. Aku tengok cm sama je. oo baru ku tahu bezanya pada saiz. Kalau sekali tengok macam sama, 2 kali tengok baru tau tube family besar sket. Bezanya ialah tube family ni ko boleh naik gelongsor yang tinggi tu. Lantak la, aku ambik je tube kecik tu 3 ketul.
Dapat tau pulak cabana semua dah full. Lagi sekali menensenkan kami. Bukan cabana je full, setiap ruang yang ada dalam gambang water park tu FULL. Memang takde tempat untuk mak ayah duduk langsung. Hadoi...Muka ayah dah berubah. Terus dia cakap dia jalan-jalan cari tempat mana boleh duduk. Tinggal la kami ternganga. En. fuad terus suruh sydii pegi tunggu dekat kaunter cabana sampai dapat cabana. hahaah. Mengarah sungguh. Nasib kami baik, dapat la jugak cabana. Lega. Dalam kul 3 lebih baru semua settle, baru la kami boleh mula bermandi manda. Ayah pun terus ceria balik. Dapat pulak cabana depan coco beach, lagi la seronok dia.
ni cabana yang ku katakan. sewa rm45, depo rm10. selesa la. |
coco beach. seronok masa ada ombak. beria-ria aku dengan en. fuad main ombak sambil duduk atas tube. auwww. |
my bestfriend my hubby |
alang & sydii. 8 months preggy. cute dengan baju mandi muslimah kan. |
my family. time ni nak balik dah. |
Aku tengok budak-budak memang happy sangat. Yang paling happy tentu la dina. Dia naik slide sampai 3 kali. Memang berani la budak ni. Najmi toksah cakap la, baru k.lin bawak naik gelongsor terus nangis. Hapa la budak ni. Naurah pun enjoy jugak. Naik gelongsor dengan aku 3 kali. Pastu duk dalam tube dengan aku & en.fuad sambil menyusuri terusan. Relax je.
Percutian ni memang untuk anak-anak je kan, so janji mereka seronok kami mak bapak ni pun seronok jugak la
Gerak dari gambang dalam kul 7 camtu terus ke kuantan. Kami tak tido di gambang resort, tapi memilih untuk tido di Hotel Sentral, kuantan. Nanti aku ceritakan kisah di kuantan pulak ye.
Comments
Post a Comment