Posts

PJJ

Ini bukan Pengajian Jarak Jauh ye kawan2. Tapi kali ni aku nk ceritakan tentang Perkahwinan Jarak Jauh. Macam kehidupan aku & hubby sejak setahun yang lepas. Sebenarnye sebelum kawin pun kami dah PJJ gak (Percintaan Jarak Jauh) selama 5 tahun. Sejak berkahwin bulan Mei tahun lepas masih lagi PJJ hingga kini. Banyak masalah & dugaan yang melanda hubungan kami sepanjang PJJ ni. Namun alhamdulilah hubungan kami masih kuat lagi. Tapi bila dah ada anak sekarang, aku teringin sangat nak hidup disamping hubby macam pasangan yang lain. Aku nk hubby sama-sama ada disamping bagi membantu aku membesarkan naurah. Aku tak nak la PJJ selama-lamanya. Naurah semakin besar. Dia perlukan papanye untuk menjaga & menguruskan hidupnya sama macam yang mama lakukan selama ini. Aku taknak naurah membesar jauh dari papanya. Aku berdoa agar impian aku untuk bersatu dengan hubby jadi kenyataan secepat yang mungkin.

Dilema part 2

Lately ni emosi aku agak tergangu. Maybe sebab byk benda yang perlu aku fikir & settlekan. refer pada dilema . Hubby lak berat nk pindah ke kl. wisau dengan cost of living kt KL yg hyper tinggi. Yup aku admit mmg sara hidup kt kl sgt tinggi. Tapi... Susah btol la skg ni. Serabut kepala fikirkan. Apa yang perlu aku lakukan? Harap cepat la berlalu masalah ini.

tren ohh tren..

Huhhh putra delay lagik >> penat jer aku rushing pagi nih >> akhirnya lambat gak sampai opis >> dah ambik gambar utk tontonan kengkawan semua >> tapi cable hp tak bawak la pulak >> so masuk story je la >> lain kali baru aku upload pic yer > > > > tapi ada gak yang menarik ari ni >> jamuan makan di opis >> gosh >> sendat pewot ku ini ( ",)

Soru time.. @ bgn lalang

Image
24 september 2010 Pulang ke Bagan Lalang. Trip kali ni alang, adik & along sefamily ikut sekali. Cuma hubby je yang tak dapat join sebab tuntutan kerja. Next time sayang join skali ye. Bergerak dari rumah pada pukul 9.30 malam. Kami tunggu along di R&R Seri Kembangan. Alhamdulilah perjalanan lancar tanpa kesesakan. Mungkin kerana kami menggunakan highway MEX. Dina & Aqil naik sekali sebab nak bersama dengan Naurah menyebabkan alang & adik terpaksa naik kereta along. Aqil yang dah berumur 2 thn tu dah semakin bijak bercakap. Jadi banyak sangat benda yang di cakapkannya sampai kami naik letih gak la melayan dia. Tapi naluri kanak-kanak yang sedang belajar, jadi kami layankan juga setiap pertanyaannya. Kami selamat sampai ke rumah Bagan Lalang pukul 11 malam. Alhamdulilah.. 25 September 2010 Dina dah bangun awal pagi dan mengejutkan kami semua untuk ke pantai. Sememangnya dia lah orang yang paling excited tiap kali hendak pulang ke sini. Tapi Dina ni sebenarnya takut henda

Dilema..

Sememangnye aku dlm dilema ni.. Sebabnye mum & ayah akan berpindah ke Bagan Lalang end of november 2010 which means cuma ada sebulan lebih aja lagi. Bila mum & ayah pindah bermakna aku : 1) kene cari rumah sewa 2) kene cari nursery untuk naurah 3) kene ada own transport Adui cmne ni. Mintak transfer Ipoh still tak dpt lagi. Kalu dh dapat transfer tade problem la sal dekat ngn hubby. Takan la aku nak berenti keje kot. Kalau ikutkan memang rasa cm nak berenti keje je jadik full time housewife. Leh la fully concentrate menjaga naurah. Tapi kalau hubby keje dengan company yg kukuh & ada panel medical, takde la aku risau sgt berenti TNB ni. Bila dh ada anak ni baru aku sedar yang memang penting bkerja dengan company yang ada medical benefit nih. Masa zaman bujang dlu aku tak kisah sangat sebab memang jarang sangat aku ke clinic. Tapi since preggy sampai la dah bersalin ni, kerap sgt aku menjenguk clinic. Dlu masa naurah tak sihat smpai kene tahan wad, syukur la TNB tanggung medi

raya 2010

Image
Mm walaupun hari ni dah 16 syawal, tapi still dalam mood raya lagi kan. Hari ni baru la aku ada mood nk upload & update cerita-cerita tentang raya. Tahun ni aku beraya di Batu Gajah memandangkan tahun lepas dah beraya di Ampang. Tak banyak cerita aku leh story, just layan pics yang aku tempek ni je la ye. Episod raya bermula dengan acara membakar lemah pada hari khamis bersamaan dengan 30 ramadan. Ayah mertua ku sedang sibuk membakar lemang. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Tetamu yang wajib datang ke rumah pak mertuaku tiap pagi raya Aku tgh sibuk wish raya tru msg. zaman teknologi ni tak main dah pakai kad ucapan sempat menyuapkan lemang..ehhh...puri ke puteri kesayanganku Aku cuti raya tak lama. Raya ke 4 aku dah start keje. Simpan cuti untuk perkara-perkara yang lebih penting. Yang ni pulak jamuan hari raya TNB untuk warga kerja yang di adakan di Bangsar. Aku pergi jugak la untuk tambah memeriahkan suasana. aku nk ambik pic artis jemputan ni, nth napa tangan aku p

Kursus oh kursus..

Bila tiba musim prestasi, aku la yang paling sibuk. Sibuk sebab lepas semua staff siapkan borang prestasi masing-masing aku pulak kena key-in markah semua staff ke dalam sistem. Maklum la KPI ni kan perkara sulit so PA sulit ni kena la buat. So semalam kene attend kursus sistem ni. Actually aku tak payah pegi pun tak pe sebab tiap-tiap tahun benda yang sama gak. Tapi saje nk refresh memory plus dah lama tak attend kursus. Last aku attend kursus bulan januari 2010, sebulan sebelum aku bersalin. Ni dah pengujung bulan september. Huiss dah 8 bulan aku tak ke ILSAS rupanya. Bila tanya bahagian trainning, takde pulak kursus mandatori untuk aku sampai akhir tahun ni. Rugi la macam ni. Ada lagi 3 kursus mandatori yang aku patut attend bagi skim jawatan sekarang. Penting ni kene abiskan cepat untuk kenaikan pangkat. Mmm.. opsss.. semalam lepas kursus terus balik rumah. Malas nak balik ke opis lik sebab dah agak lewat. Seronok la Naurah sebab mama balik awal. Malam pulak bawak Naurah ke Giant.

Kering

Apa yang kering..?? Sebenarnya aku kekeringan idea utk mem'blogging'. Dah agak lama aku tak update cerita-cerita baru. Nape ye kering idea? Cerita ada tapi takde mood nak update.! Masa pulak banyak terbuang dengan surfing benda lain. Apa yang aku surfing? Sekarang tengah gila surfing barangan baby. Berangan-angan nak beli toys, baju & apa-apa aje untuk naurah gurl. So sibuk mencari benda apa yang best within my budget for my sweet darling Lagi satu bos selalu je kaco bila nak menghapdep blog nih. Tu yang slalu tergangu konsetrasi ku ini...

Gud bye formula

Image
Masa awal-awal bersalin dlu aku mmg tatau langsung tentang breasfeeding. So aku beli formula milk sebab sangkakan susu aku tak cukup untuk baby. (awal-awal memang susu keluar sikit sangat, tapi sangat berkhasiat dan cukup utk baby) bodo btol aku. Ada la jugak few times yang aku suapkan susu lembu ni kat mulut naurah. Sekarang bila fikir-fikir balik rasa sedih pulak. Sebab aku memang dah niat nak exclucive breastfeeding naurah selama 6 bulan dengan susu ibu & teruskan sehingga sekurang-kurangnya naurah berumur 2 tahun. Tak pe la anggap aja itu rezeki naurah. Tapi aku janji untuk anak ke-2 nanti, takan ada formula milk langsung di rumah ku hingga anak cecah umur at least 2 tahun. So susu yang dah ada tu aku lemparkan sajer kt dalam tong sampah. sampai 2 jenis susu aku beli. dua2 baru pkai 2-3 kali je. selamat berlabuh dlm tong sampah hijau nih. cuma ini susu naurah sekarang...susu mama yg lebih byk khasiat dan ini juga... "susu yang terbaik untuk anak yang terbaik dari mama y

Naurah admitted @ Pantai Putri

Image
Naurah memang dah seminggu tak sihat since 18/8/10. Tapi demam dia on off. Masa pergi Parenthood Expo kat Midvalley pada 21/8/10 badan Naurah panas sangat. Terus aku & hubby rush bawak Naurah ke klinik. Doc cakap badan Naurah cecah 38c. Tinggi untuk baby. Kesian aku tengok Naurah. Dia merengek sebab tak selesa. Tambah pulak dengan batuk & selsema, lagi la Naurah tak selesa nak tido & menyusu. 25/8/10 pulak time keje, alang sms aku pukul 3 petang bagi tau Naurah meragam & mengamuk dari pagi sampai mum dah tak tau nak pujuk macam mana lagi. Terpaksa la aku rush balik rumah. Dalam hati risau kalau Naurah tak sihat lagi. Sebaik sampai rumah & angkat Naurah, terus dia diam. Lepas aku susukan, Naurah terus tido lena. Rupanya Naurah meragam sebab rindukan aku. Kesiannya Naurah. Mama pun rindukan sayang.. Tapi sayang, mama kene work la. Untuk kita juga.. Sempena cuti Nuzul Al-Quran dan Merdeka, aku ambil kesempatan untuk balik ke Batu Gajah utk berpuasa dengan family hubby

Naurah 6 bulan.

17 Ogos 2010. Alhamdulilah Naurah dah genap 6 bulan. Macam tak percaya dah besar anak aku ni rupanya. Naurah sekarang dah semakin bijak & mengenal orang. Naurah suka sgt mendengar& perati org berborak. Kadang2 tengah menyusu pun dia boleh berenti sebab nak tengok org borak-borak. Iklan yang paling Naurah suka pulak iklan TV3. Ala iklan yang kuar tiap-tiap kali habis show & nak start show baru tu yang ada lagu 'kau ku suka, kau ku cinta...tv3'. Kalau iklan tu kuar je, tengah nangis pun Naurah leh stop nangis sebab nak tengok. Sampaikan aku suruh adik download iklan tu dari Youtube & pasang kat laptop if Naurah nangis. Tapi masalahnye bila tinggal mak je kat umah menjaga Naurah, mana la mak tau nak on kn laptop tu. Tak dapat la mak pujuk Naurah dengan iklan tu. 18 Ogos 2010 Semalam time bersahur Naurah terjaga sekali. Bila pegang badan dia je, panas. Naurah demam pulak. Dia memang tengah selsema sekarang. Kesiankan Naurah, aku ambik cuti la. Lagi pun tengah demam

Baru..Baharu

Image
Motif letak pic aku?? Huhu.. Sebenarnya saje nk tempek pic aku bertudung syria nih.. Dah lama aku mengidam nk try pakai tudung nih. Akhirnya tercapai.. Hehehe. So raya tahun ni bergaya cmni leh? Lagik 1 benda yang aku baru beli. Cooler bag Jingle Jungle. Lebih besar, kemas, teguh & menarik. Yang penting susu yang di simpan leh tahan lebih lama. Gumbira..

Penyusuan

Image
Pagi ni lambat lagi. Pas dh bersiap2 nk keluar umah, sakit perut lak. Oh harus menuju ke toilet dlu. Naurah seperti biasa, bangun awal. Tapi hari ni dia tak bersahur sekali. Lena tido hingga aku selesai mandi. Hari ni Naurah mahu di layan. Tak macam selalu, pagi ni dia nak ajak bermain. Maaf sayang, mama kene bersiap utk pergi kerja. Sambil aku bersiap pakai tudung, ambik botol susu & ice packs aku lihat Naurah dh menirap jauh dari tilamnya. Lajunya anak mama ni bergolek. Jadi sekarang tilam Naurah dah tak muat untuknye. Membiarkan Naurah sorang2 atas katil pn dah bahaya. Tapi takan la nak tido di bawah pulak ye. Nampaknya kena letak bantal banyak-banyak la nanti. Dalam LRT tadi terserempak dengan Fisha, kwn sekolah alang. Seperti aku, Fisha juga seorang breastfeeding mother dan amat obses dengan dunia penyusuan. Alhamdulilah babynya senang minum dari botol. Tak macam Naurah yang tak suka minum dari botol. Fisha bagi tau aku kt opis dia selalu pump di mejanya sahaja sebab terlalu

2 Ramadhan

Image
Hari ke-2 berpuasa. Setakat jam 3.30 ptg ni masih gagah (walaupun dh agak melepet) meneruskan pose disamping aktiviti pump. Memang agak memenatkan berpuasa + breastfeeding ni. Rasa lapar memanjang walaupun bersahur dah pulun nasi. (Tetap berselera mkn di awal pagi.) Pagi ni Naurah bangun menemani aku bersahur lagi. Macam tau-tau je mamanye tinggalkan dia sorang-sorang. Dah pujuk dan diberi susu bagai, mata Naurah tetap bulat dan segar. Terpaksa la aku angkut dia bersahur sekali. Menu sahur pagi ni oat + nasi + sup daging + kurma blended. Wah tiap-tiap pagi minum kurma blended. Kurma ni memang elok utk menambah tenaga. Jadi untuk wanita yang menyusu, sememangnya amalan memakan kurma dapat membantu menambahkan tenaga semasa berpuasa. Dalam berpuasa, aktivit pump tetap akan ku teruskan jua demi puteri kesayangan ku itu. So ku gagahkan jua mengangkut beg pump yang berat ini ke opis setiap hari. Tiada lagi handbag. Backpack ini teman setiaku ke opis setiap hari. (Loan dari alang) Sgt berken