Naurah admitted @ Pantai Putri
Naurah memang dah seminggu tak sihat since 18/8/10. Tapi demam dia on off. Masa pergi Parenthood Expo kat Midvalley pada 21/8/10 badan Naurah panas sangat. Terus aku & hubby rush bawak Naurah ke klinik. Doc cakap badan Naurah cecah 38c. Tinggi untuk baby. Kesian aku tengok Naurah. Dia merengek sebab tak selesa. Tambah pulak dengan batuk & selsema, lagi la Naurah tak selesa nak tido & menyusu.
25/8/10 pulak time keje, alang sms aku pukul 3 petang bagi tau Naurah meragam & mengamuk dari pagi sampai mum dah tak tau nak pujuk macam mana lagi. Terpaksa la aku rush balik rumah. Dalam hati risau kalau Naurah tak sihat lagi. Sebaik sampai rumah & angkat Naurah, terus dia diam. Lepas aku susukan, Naurah terus tido lena. Rupanya Naurah meragam sebab rindukan aku. Kesiannya Naurah. Mama pun rindukan sayang.. Tapi sayang, mama kene work la. Untuk kita juga..
Sempena cuti Nuzul Al-Quran dan Merdeka, aku ambil kesempatan untuk balik ke Batu Gajah utk berpuasa dengan family hubby. Memandangkan dah lama tak balik sana since Majlis Akikah Naurah bulan Mei lepas. Jadi aku ambik cuti pada hari isnin utk berada lebih lama di sana. Tapi batuk Naurah still belum hilang lagi.
27/8/10 aku bawak Naurah ke klinik kt Ipoh. Doc bagi antibiotik memandangkan demam Naurah on off. Ubat batuk & selsema still continue lagi. Tapi on 28/8/10, aku dengar nafas Naurah berbunyi lain macam. Time tu ke Jusco Ipoh, baru lepas jumpa Yam , hubby & baby Adzim. Hati aku dah risau. Dah la terlupa bawa ubat batuk Naurah. Patutnya dah kene bagi ubat.
29/8/10 seharian duk umah aja utk pantau keadaan Naurah. Still batuk tapi bunyi dah kurang. Tapi menjelang malam, nafas Naurah berbunyi lagi.
30/8/10 Batuk Naurah makin teruk. Pagi b4 hubby pergi kerja, dia pesan if Naurah makin teruk bagi tau. Lepas mandikan Naurah aku kol mum. Mum suruh bawak pegi klinik lagi if makin kuat bunyi nafasnya. Aku bawa Naurah ke rumah MIL. Mak suruh kol hubby bagi tau keadaan Naurah & bawa dia ke klinik. Kul 10.30 hubby sampai umah, kami bawa Naurah ke klinik panel TNB. Doc bagi tau mmg nafas Naurah berbunyi. So doc suruh bawak pegi hospital. Lepas settlekan urusan GL, kami terus rush ke Hospital Pantai Putri, Ipoh. Selepas doc pakar kanak-kanak, Dr. Kuldeep check Naurah, mmg confirm Naurah kene tahan wad. Laporan x-ray mengesahkan paru-paru Naurah dah kene infection. Bermula la episod aku berkampung di wad selama 6 hari.
cian nama papa.. sebab tak cukup space jadi la marsya naurah binti moham je.
wajah ceria naurah walaupun dlm wad
kene ambik oksigen
naurah seronok bermain dgn nur afrina yang admitted kes yang sama gak.. gambar blur sbb babies ni tak leh duk diam
naurah tak sabar nak turun dari katil
dah leh balik. tapi naurah still pandang bilik lagi. nak stay dlm wad lagi ke sayang.??
p/s: lepas ni aku akan lebih berhati-hati dengan tahap kesihatan naurah.
Comments
Post a Comment