Posts

Showing posts with the label business

Terjebak dengan SHAKLEE

Image
Assalam, Mesti semua pernah dengar tentang shaklee kan. Hari ni saya nak kongsikan kisah macam mana saya boleh terjebak dengan shaklee dari mulanya hanya makan untuk diri sendiri dan akhirnya menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Sebelum menjadi ahli shaklee, saya mula membeli set kurus bajet yang mengandungi Lecithin, Alfalfa dan Herblax setelah berat badan semakin meningkat tanpa belas kasihan.  Kemudian, ketika mengandungkan athmar, anak ke 2 saya, saya mula terfikir untuk menjadi ahli sebab bila nak buat pembelian yang agak besar. Yang pertama tentu lah sebab nak dapat harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran.   Ketika itu saya beli B-complax, Ostemetrix, Vitamin C, Vitalea dan semestinya super duper famous ESP. Trimester ke 3 saya tambah Omega Guard pula. Pembelian saya mencecah hingga 150uv, iaitu pembelian minimum bagi mendapat bonus. Rugi la kalau tak jadi ahli.  Saya memang jatuh cinta dengan shaklee. Asbab shaklee saya ja

Customer macam ni buat rasa seronok berniaga

Image
Assalam, Bila berniaga ni biasa la macam2 jenis ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yg baik sangat, ada yang tak menyabar, ada yang banyak tanya tapi tak beli pun.  Tak kisah macam mana ragam pelanggan, saya tetap sabar melayan setiap pertanyaan. Senyum je layan setiap kerenah pelanggan saya. Sebab setiap pertanyaan tu pun beri ilmu pada saya.  Customer sorang ni memang best sangat. Dia officer di pejabat saya. Satu hari dia datang tempat saya hantar taster makanan yang anak dia jual. Sambil berlawak saya cakap “saya nak beli produk ni, tapi kena  beli vitamin saya pulak”.  Sambil tu saya hulur pamphlet Shaklee. Terus je officer ni cakap “memang saya nak beli Shaklee untuk anak saya. Dia baru bersalin, nak beli vitamin untuk menyusu. Lepas tu saya nak beli untuk saya juga. Suggest la apa-apa”. Bila dapat pelanggan yang tahu tentang makanan kesihatan ni, memang tak payah nak explain banyak sangat. Cuma bagi tau tentang produk dan kebaikannya. Terus dia setuju

Rawat Bell's Palsy dengan VIVIX

Image
Assalam, Semoga pembaca semua sihat sejahtera. Hari ni nak bercerita tentang Bell's Palsy. Apa tu Bell's Palsy? Jujurnya sebelum ini saya tak pernah dengar mengenai penyakit ini hingga la suatu hari saya terlihat rakan fb post berkenaannya. Dia mengalami Bell's Palsy setelah melahirkan anak kedua nya. Pesakit Bell's Palsy akan mengalami keadaan seperti ini, dimana perubahan ketara pada wajahnya yang kelihatan melorot ke bawah.  Gejala ini boleh terjadi secara tiba-tiba dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Masih belum dapat dipastikan mengapa ianya terjadi. Doktor percaya ia mungkin kerana saraf yang mengendalikan otot pada wajah tertekan atau terganggu.  Bell's Palsy menyebabkan pesakitnya mengalami gangguan pada mata disebabkan sebelah mata tidak boleh di tutup rapat. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk makan, minum dan bertutur.  Kebiasaannya pesakit yang diserang Bell's Palsy boleh pulih sepenuhnya dalam mas

Kenapa VIVIX digelar TONIK AJAIB

Image
Assalam,  Pagi ni hujan. Cuaca sejuk macam ni, kalau hari cuti sure tarik selimut balik. Opsss jangan sambung tidur balik walaupun hari cuti ye. Bangun awal pagi, murah rezeki. Tu yang ayah saya selalu nasihatkan.  Korang mesti pernah dengan perkataan tonik. Tau tak perkataan tonik tu berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud maajun. Ehh takde la saya bergurau je.  Tau tak, shaklee juga ada produk yang di gelar tonik ajaib. Kenapa ye? Sebab kandungan yang terdapat di dalam tonik ajaibnya mengandungi 10x lebih RESVERATROL yang mampu membaiki sel-sel DNA dalam saraf kita.  Seperti yang kita tau, dalam tubuh badan kita mempunya berjuta-juta sel DNA. Inilah yang membentuk diri kita. Namun semakin bertambah usia, sel DNA dalam tubuh kita semakin berkurang dan ada yang rosak disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.  Bila DNA makin berkurang, ini la punca timbul pelbagai jenis penyakit seperti kanser, sakit jantung, alzheimer dan sebagainya. Ad

Anggur Muscadine, tumbuhan unik pencegah kanser

Image
Assalam,  Pernah dengan tentang anggur muscadine? Anggur muscadine ni bukan sebarang anggur, tapi anggur yang telah dikenalpasti mempunyai lebih satu kromosum berbanding anggur biasa.  Anggur muscadine ni tumbuh di kawasan yang lembab dan panas. Salah satu faktor yang dikenalpasti kenapa anggur ini mempunyai resveratrol tinggi yang mampu melawan sel-sel kanser.  Saiznya adalah sebesar bola golf tau dan kulitnya tebal dan keras. Wahh memang jauh berbeza dengan anggur biasa. Tak hairan la ia dikenali sebagai super grapes. Ia juga kaya dengan polifenol, iaitu agen anti penuaan yang paling berkesan.  Tau tak, anggur muscadine adalah salah satu ramuan yang terdapat di dalam VIVIX SHAKLEE. Patut la pengguna vivix nampak lebih sihat dan muda berbanding usia mereka.  Saintis shaklee telah mengkaji selama bertahun-tahun bagi mendapatkan penemuan terbaik bagi menghasilkan vivix. Kehebatan vivix memang tak perlu dipertikaikan lagi. Ramai yang telah merasaka

Klinik Pergigian Medini, Ampang

Image
Assalam, 2 minggu en.suami diserang sakit gigi yang kronik. Yang parahnya sebab dah malam baru sibuk nak mencari klinik gigi. Masa tu dah pukul 9 malam. Punya la marah saya ni sebab mana nak cari klinik gigi yang masih di buka. Tapi malas nak bergaduh, saya pun google la. 1st klinik di area Taman Permata, tutup jam 10.00 malam. Cuba call, tapi malangnya mereka dah tak ambik patient lagi sebab yang menunggu pun dah ramai. Google la lagi. Lagi 1 klinik tutup jam 9.45 malam. Saya cuba call tapi tak berjawab. Nasib baik terjumpa lagi satu klinik yang tutup jam 10.00 malam dan terletak di Ampang. Saya cuba call, pada mulanya mereka tak nak ambil pesakit lagi sebab sedang buat satu treatment yang lama dengan pesakit yang ada sekarang. Tapi saya cuba guna kuasa memujuk, alhamdulillah mereka sedia terima lagi seorang pesakit. Klinik Medini terletak di area Ampang Point, sebelah dengan My Mom Chicken Rice Shop. Klinik ni baru beroperasi pada bulan Januari 2016. So masih baru. Keadaan di dal

Macam mana nak mula berbisnes SHAKLEE?

Image
Nak berjaya dalam sesuatu bidang memang perlukan mentor. Mentor ni berperanan sebagai pembimbing untuk mendidik anak muridnya. Macam cikgu la kan. Jadi, untuk berjaya dalam shaklee, wajib berguru dengan mereka yang dah berjaya. Ikut langkah mereka, pasti kita juga akan berjaya seperti mereka. Untuk anda yang ingin menambah pendapatan tapi kekurangan modal yang besar, Shaklee adalah jawapannya.  Dengan hanya RM69 sebagai yuran keahlian, anda layak untuk membeli produk shaklee pada harga ahli dan boleh mulakan perniagaan anda sebagai Distributor Shaklee yang sah. Kelebihan menjadi ahli shaklee. * Dapat beli vitamin shaklee yang telah diakui terbaik di dunia dengan harga ahli. * Dapat untung runcit pada setiap jualan * Dapat bonus bagi mereka yang mencapai target UV setiap bulan * Dapat car bonus dalam bentuk cash (bagi mereka yang capai target) * Dapat trip percutian keluar negara / umrah 5 bintang percuma Selain itu, ahli juga boleh mengikut kelas nutrisi yang di adakan seti

Kelebihan menyimpan emas

Image
Assalam, Kali ni nak share tentang kelebihan menyimpan emas. Kita semua tau, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau dulu, harga emas 1g RM24 ringgit, tapi sekarang harga 1g emas 916 adalah RM189. Jauh betul bezanya kan. Jadi dari sini kita dapat melihat betapa tingginya nilai emas.  Kenapa perlu menyimpan emas? Apa kelebihannya?  Macam yang aku katakan tadi, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau wang kertas, kita simpan sekeping duit RM50 tahun ini, lagi 10 tahun ianya masih sekeping RM50, yang nilai kuasanya semakin mengecil. Ingat kembali, apa yang boleh kita beli dengan RM50 pada 20 tahun dahulu? Dan bandingkan dengan apa yang boleh kita beli dengan RM50 sekarang.  Manakala harga emas 1g pada hari ini adalah RM189, dan dijangka akan mencecah sehingga RM505 menjelang tahun 2020. Lagi 4 tahun je lagi. Kira la berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi oleh penyimpan emas.  Kalau dahulu, nak beli emas agak susah memandangkan terpaksa membeli

Marsya Naurah 6 tahun

Image
Assalam, Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian. Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack. Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon.  Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal.  Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan 2 jenis k

Kek dan brownies

Image
Assalam, Lately ni semacam ada hobi baru muncul. Pantang cuti mesti nak baking. Dulu pernah try buat kek. Tapi tak menjadi. Pastu rasa leceh sangat. Tapi sekarang ni, gila baking pulak. Memang pelik rasanya.  Yang paling menyeronokkan, dah mula ada tempahan. Alhamdulillah, dari hobi jadi duit pulak. Insha allah aku akan sentiasa upgrade skill, kualiti dan deko kek ni.  Untuk kalian yang teringin menempah boleh la wasap 018-2684992 (mar) Harga seperti berikut  Red Velvet Cheese Brownies RM 60.00 Brownies Kedut RM 55.00 Congo Bars RM 50.00 Marble Cake RM 25.00  Sebarang tambahan topping akan ada sedikit extra charge ye. :)  Love,  mar 

Cheesetart untuk hantaran

Image
Assalam, Naurah's Kitchen telah mula mengambil tempahan cheese tart untuk hantaran ye. Tak kira untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. Sekarang dah bulan 10. Tak lama lagi musim kahwin betul tak. Jadi pada yang duk pening kepala memikirkan tentang hantaran, boleh la menempah dengan kami.  Ini adalah tempahan daripada Cik Aida untuk hantaran pertunangan dia. Tahniah dan selamat bertunang. Alhamdulillah customer berpuas hati. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami. Pakej untuk hantaran seperti berikut. Sekotak cheese tart dengan flavour pilihan Strawberry Blueberry Kiwi Orange Mango Kotak transparent  Simple deko Maaf, untuk pakej hantaran, hanya self pick up atau COD di ampang sahaja.  Nak tempah? Boleh whatsapp:  018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) Sekian untuk kali ini. Jika berminat, boleh la mula menempah sekarang. Love,  mar 

Kerja-kerja En.fuad

Image
Assalam, Pagi-pagi en.fuad anta wasap, nak pantau kain yang di jemur katanya. Sebenarnya ni tengah test device baru. Esok nak tunjuk dekat client. Yang ni en.fuad pasang di tv kami. Puas hati memantau dengan screen besar kan. Kalau ikut pakej cctv biasa, ada dapat LCD monitor. Berapa inci tak ingat pulak dah. Tapi kalau client nak pakai tv boleh juga request. Macam projek terbaru di Masjid Al-Bukhairy, pihak masjid nak pakai LED TV. Ni pulak salah satu projek banglo di Damansara. Owner request 8 camera untuk cctv berserta alarm sistem. Untuk cctv dah siap pasang. Sekarang ni nak pasang alarm sistem pula. Tu pun owner dah minta pasang juga cctv di gym yang akan mereka buat nanti. Alhamdulillah owner berpuas hati dengan kerja-kerja en.fuad. Selain daripada cctv dan alarm sistem en.fuad buat juga kerja-kerja lain seperti pemasangan autogate dan wiring. Ni antara salah satu kerja-kerja pemasangan autogate yang dia buat baru-baru ni. Kesian client ni, contra

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan.  Se

Diari ramadhan | Hari ke 21

Assalam, Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini.  Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lagi bi

Diari ramadhan | Hari ke 12

Assalam, Minggu lepas balik bagan lalang. Bila balik sana, menu utama yang wajib di cari adalah nasi ambeng. Sejak 1st time try nasi ambeng terus terpikat. Sedapnya mak ai. Kena dengan sambal tempe, memang terangkat la. Nasi ambeng ni 1 bungkus dia memang banyak giler. Kalau yang jenis makan tak banyak memang boleh share 2 atau 3 orang. Tapi sebab tamak haloba semalam aku dan en. fuad beli sorang sebungkus. Lepas tu jenuh nak menghabiskan. Sorry ye tak ambik gambar pulak. Duk kejar masa nak makan dengan athmar pulak asik nak berdukung. Kalau di rumah sendiri ada high chair. So bila waktu berbuka letak athmar atas high chair, pastu upah la dia biskut. Elok je nanti dia duduk makan kat situ. Mama papa pun boleh makan dengan tenang.  Hari ni ada majlis berbuka puasa di opis. Tapi aku malas nak stay. Kesian nanti kalau ambik anak-anak lewat. Ni pun dah banyak terhutang masa dengan diorang. Jadi habis je office hour memang aku akan rushing balik ambik anak-anak. Lagi pun ada order ch