Posts

Showing posts from April, 2015

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih canti...

Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Image
Assalam, Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.  1. Ilmu Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak teta...

Berbekal

Image
Assalam, Disebabkan hari ni terlebih rajin so pagi ni sempat la siapkan bekal untuk di bawa ke opis. Saja je merasmikan tupperware baru. Excited nak berbekal so beli la tupperware. So hari ni aku bawak menu sihat. Eat clean la orang kampung aku cakap.  Ni bekal aku untuk hari ni. Smoke chicken sandwich dan unsalted butter salad. Cara nak buatnya senang je. Brokoli, potato dan jagung tu aku stimkan je. Potato tu aku tak buang kulit. Tak sempat nak buat pagi-pagi. Tapi cuci bersih-bersih tau, pastu rendam jap dengan air garam. Jagung tu aku beli yang frozen je. Tapi tak sesedap yang fresh punya la. Rindunya jagung susu dari cameron. Sedap giler  Pas semua sayur tu lembut, aku cairkan pula unsalted butter dengan cara stim. Campur sikit garlic untuk lebih effect yang sedap. Hahaha. Pastu tuang je atas salad dan gaulkan. Memang sedap bak hang.  Smoke chicken tu pula aku beli yang timbang punya di Mydin. Pastu grill kan atas pan. Jangan lama sangat nanti kerin...

Apa yang best jadi ahli Shaklee

Assalam, Banyakkan orang malas nak join mana-mana business MLM ni sebab takut tertipu. Memang kebanyakkan perniagaan MLM ni menggunakkan sistem pyramid. Maknanya yang dah lama masuk, jadi orang atasan memang untung la makan komisyen dari orang bawahan. Modal nak masuk pulak selalunya cecah ribuan ringgit. Memang ramai rakan aku yang dah merana dengan sistem macam ni.  Shaklee pulak macam mana? Jujurnya shaklee juga adalah perniagaan MLM. Tapi tidak mengamalkan sistem pyramid. Maknanya apa yang anda usaha, itu ganjaran yang bakal anda dapat. Tiada maknanya dapat duit atas angin daripada jerih perih orang bawahan.  Modal untuk menjadi ahli Shaklee hanya RM68.90 plus RM10.60 postage, anda akan mendapat 1 starter kit yang mengandungi katalog produk dan marketing plan. Bayaran ini adalah untuk seumur hidup. Menariknya, tiada minimum purchase yang diperlukan setiap bulan. Jadi dah jadi ahli ni terpulang la nak pakai untuk diri sendiri atau mula berniaga. Tak perlu maintai...

Tua Sebelum Usia

Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb.  Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil.  Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk...

Menangani tantrum anak

Image
As-salam, Kalau korang ingat, aku penah ceritakan pasal naurah meragam tak nak ke sekolah. Hampir 2 minggu juga la naurah meragam macam tu. Tiap-tiap pagi menangis, bagi macam-macam alasan tak nak ke sekolah. En. fuad pun sampai naik tension melayan kerenah naurah.  *gambar hiasan *     Alhamdulillah sekarang ni dah hilang tantrum dia tu. Macam mana aku buat? Setiap malam sebelum tidur bagi kata-kata nasihat dan perangsang. Kejut dengan cara paling lembut walaupun anak meragam / menangis. Ucapkan salam ketika mengejut anak, panggil dengan panggilan manja e.g baby, princess, hensem boy, darling. Bercerita untuk mengalih perhatian bila anak mula meragam Banyak tanya soalan supaya anak sibuk berfikir untuk menjawab. Kawal kemarahan walaupun dalam hati dah nak meletop. Yang paling penting, banyakkan berdoa kepada Allah agar di lembutkan hati anak dan di permudahkan urusan kita untuk membesarkan anak-anak.  Memarahi anak ketika anak sedang meragam j...

Mini gathering @ Warisan Hati Rimba, Kemensah

Image
As-salam, Sabtu lepas family belah mak buat mini gathering. Aku selaku admin whatsapps group telah di paksa rela menjadi organizer untuk gathering ni. So seminggu sebelum acara, gigih la aku dan en. fuad pegi recce tempat ni. Sebenarnya memula nak buat picnic untuk family aku je sambil-sambil celebrate birthday athmar. Tapi bertukar menjadi mini gathering terus. Memandangkan kami pun dah lama sangat tak berkumpul bersama. Dapat tau pasal warisan hati rimba pun dari blogger-blogger juga. Baca komen-komen rata-rata puas hati dengan tempat ni. So kita try jugak la. Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara je. Dekat gila. Selama ni tak pernah aku tau pun ada waterfall di sana. Pastu dengar-dengar cerita orang tapi tak pernah terlintas langsung nak pegi.  Ok berbalik pada cerita gathering, since kami dah lama tak berkumpul. So ahli-ahli whatsapps melontarkan idea bernas la untuk berkumpul bergosip sambil makan dan bercanda. Selaku admin yang comel, aku terus je set date da...

Percuma namun khasiat di dalamnya,

Image
Assalam, Selalu kita berfikiran bahawa setiap benda yang lebih mahal tentu lebih baik. Ada yang betul, namun ada juga yang tak betulnya. Ada benda yang mahal hanya kerana namanya. Ada benda yang mahal kerana memang kualitinya terjamin. Namun ada benda yang percuma, tetapi tiada satu pun yang mahal mampu menandinginya. Benda itu adalah susu ibu. Titisan emas yang terlalu tinggi nilai, khasiat dan kebaikannya.  Tengok ni banyak betul perbezaan diantara susu ibu dan susu formula. Jadi semahal manapun susu formula masih tidak dapat menandingi kehebatan yang terkandungan di dalam susu ibu. Susu tak cukup untuk bayi anda? Ini adalah punca kebanyakkan ibu gagal menyusukan bayi mereka. Tahukan anda, susu yang terhasil di awal kelahiran di kenali sebagai kolostrum.  Kolostrum mengandungi banyak protein, karbohidrat dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebagai makanan pertama bayi, kolostrum juga mudah dicerna, mengandungi sel darah putih, mampu melindun...

Lebih Langsing dan Menawan

Image
Assalam, Siapa yang suka kelihatan lebih langsing dan cantik menawan. Mesti la semua orang suka betul tak. Bukan hanya kaum wanita je tau, kaum adam pun dah ramai mula ada kesedaran untuk menjaga penampilan. Rasa lebih berkeyakinan gitu. Jadi bagi sesiapa yang nak kelihatan lebih langsing dan menawan agar nampak muda remaja sentiasa, jom dapatkan set kurus meletop shaklee ni. Lecithin Berasakan sumber daripada kacang soya bukan GMO, Lecithin sangat berkesan untuk memecahkan lemak dengan cara melekat pada lemak dalam darah dan mengapung. Ini dapat menggelakkan lemak tersebut melekat pada dinding membran. Dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana Lecithin membantu menurukan paras kolestrol. Lecithin juga membantu dalam masalah sembelit kerana dapat melembutkan najis. Bukan itu saja, dengan pengambilan Lecithin yang bertindak sebagai pemecah lemak dan senaman yang bersesuaian dapat membuatkan proses penurunan berat badan jadi lebih cepat. Cinch Shake M...

Apa yang best sangat dengan GLA Shaklee

Image
As-salam, Hari ni nak share tentang GLA Complex Shaklee. Satu produk meletop-letop untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Apa itu GLA? GLA adalah nama ringkas kepada Gamma Linolenic Acid, iaitu asid lemak tidak tepu yang mengandungi Omega -6 yang sangat baik untuk kesihatan. GLA terdapat di dalam tumbuhan seperti Evening Primrose, Bogare, dan blackcurrent. GLA sangat diperlukan oleh manusia tapi tubuh tidak mampu menghasilkannya. Jadi kita harus mendapatkannya dari sumber lain. Kenapa tubuh perlukan GLA? GLA bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, asid lemak omega-6 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Juga dikenali sebagai asid lemak poli tak tepu (PUFA), mereka membantu merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan. GLA dan Diabetis Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil asid gamma linolenik (GLA) selama 6...

Hilang idea

Assalam, Bila idea nak menulis hilang, mula la buntu. Tak tau nak update apa dalam blog. Sebab tu dah beberapa hari blog aku sunyi sikit. Tambahan pula dengan keje yang melambak. Memang tak sempat nak perah otak untuk menulis. Nak tulis ni bukan senang. Bila ada idea mencurah-curah, rasa macam tak sempat nak menaip je. Tup tup tup idea tu terbit. Tapi bila dah kering kontang tu, tenung pc 3 jam pun tak menyala lagi mentol kat kepala ni.  Ok bagi yang belum tau, promosi shaklee sepanjang april ni memang meletup-letup tau. Ada GLA Complex, ada DTX Complex, ada Lecithin, ada Cinch Shake Mix, ada Vita Lea for children. Jom singgah ke kedai d.ni vitamin sihat untuk lihat apa promosi yang sedang berlangsung. GST? Apa tu? Hahahah. Semua harga retail shaklee tetap sama tau. Betapa sayang betul shaklee pada pelanggannya sampai tak nak naikkan harga untuk semua produk shaklee. Jadi korang jangan risau ye.  Kenapa perlu rebut peluang tambah stok masa promosi? Bayangkan la ka...

OMJII.. Athmar dah setahun

Image
As-salam, Saat ini, detik ini setahun yang lalu, aku bertarung nyawa menahan kesakitan demi melahirkan seorang anak. Demi allah, semua kesakitan tu hilang serta merta sebaik menatap wajah anak yang di kandung selama 9 bulan. Allahu akhbar.  Serius aku tak sedar cepat betul masa berlalu. Dah setahun? Macam tak percaya. *tampar pipi sendiri*  Kenapa cepat sangat besar ni. Tak puas gomol lagi la. Jom layan gambar athmar dulu.  rindu bau newborn   ngantuknya saya nyum..nyum.. sedap jari saya saya marah bila benda ni ada kat (.)(.) mama. kacau betul kita nak pegi mana ni mama ehh apa tu nak ikut ke helo ladies cute juga awek tu Alhamdulillah athmar ni senang di urus. Masa dalam pantang dulu pun tak banyak ragam. Penah sekali dua je athmar menangis malam sampai aku tak tidur. Dengan pengasuh pun takde masalah. Athmar mau minum ebm tak macam naurah dulu. Makan memang selera ja. Umi dia kata, suka tengok athmar maka...