Posts

Showing posts with the label set mengandung shaklee

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan keperluan ka

Atasi Stretch Marks

Image
Assalam.  Nak kongsi cerita sikit, masa mengandungkan naurah dulu, bila perut terasa gatal, memang rancak saya menggaru. Tak sangka pulak bila menggaru, stretch mark pula jadinya. Patut la mak marah bila nampak saya menggaru perut. Sapu lotion pun tak menjadi apa. Tapi memang tak tahan gatal kan.  Hingga lah saya mula amalkan ESP ketika mengandungkan athmar. Kesan stretch mark lama mula pudar. Yang baru segan nak muncul. 😍 😍 Mula-mula tak perasan pulak kesan stretch mark berkurangan, tapi en.suami la yang tegur. Katanya "eh, stretch mark kat perut ayang makin kurang la". Lepas tu baru sibuk nak tengok cermin. Ye la betul. Tersengeh-sengeh la saya. Sebab dulu memang saya rimas betul tengok kesan stretch mark tu. Naik segan pun ada.  Kenapa ESP boleh membantu hilangkan kesan stretch mark?   ❓ ❓ Sebab ESP mengandungi Asid Amino yang dapat merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, anti-penuaan dan mengurangkan parut. Protein pu

Osteoporosis. Cegah sebelum kena, rawat sebelum parah.

Image
Pernah dengar tentang osteoporosis?  Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium. Wanita merupakan golongan yang sering terdedah dengan risiko osteoporosis. Ini kerana para wanita lebih cenderung mengalami penyusutan kalsium disebabkan mengandung dan menyusukan bayi.  Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) : 1. Osteoporosis Primer Antara sebab-sebabnya ialah:- ✔  Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah ✔  Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis 2. Osteoporosis Sekunder Antara penyebabnya ialah:- ✔  Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism. ✔  Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu l

HB rendah ketika mengandung?

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang HB rendah ketika mengandung. Rezeki saya kedua-dua kandungan saya tidak mengalami HB rendah. Bagaimana mengetahui anda mengalami HB rendah?   Ketika rawatan mengandung yang dilakukan setiap bulan, klinik akan mengambil darah bagi membuat test HB. Penting untuk mengetahui paras HB ibu-ibu. Kerana HB rendah boleh membahayakan ibu dan kandungannya.  Kesan HB rendah kepada ibu hamil dan bayi.  Ibu mudah pitam/pengsan Risiko tinggi untuk mengalami keguguran Mengalami kegagalan jantung Pendarahan semasa mengandung dan bersalin Risiko alami penyakit berjangkit dengan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut Lahir tidak cukup bulan Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia Mati ketika dilahirkan Jika anda disahkan mengalami HB rendah, sila jangan ambil mudah. Cari jalan untuk meningkatkan balik bacaan HB anda. Antar

Set Hamil Bajet dari Shaklee

Image
Assalam, Anda di sahkan hamil? Tahniah ye. Ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang cukup untuk membesar. Begitu juga dengan ibu, kekurangan zat mineral dan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan ibu mengalami kelesuan yang melampau. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung akan dibekalkan vitamin sebagai makanan tambahan.  Ingin cuba vitamin shaklee yang 100% menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang kandungan yang merbahaya? Mahal? Tidak, set kehamilan bajet pastinya sesuai dengan bajet anda.  Terdiri daripada B-Complex yang mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Dapat membekalkan tenaga, melawan tekanan dan meningkatkan fungsi otak, membantu tumbesaran, membaiki masalah rambut gugur dan beruban. Asid folik sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung bagi mengurangkan risiko kecacatan terhadap janin. Kerana itu, wanita yang merancang untuk hamil amat digalakkan untuk memakan B-Comp

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku terus makan

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih cantik. Kalau di ba

Tua Sebelum Usia

Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb.  Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil.  Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk menarik

Supplement untuk ibu menyusu. Perlu ke?

Image
As-salam, Nak kongsi sikit gambar stok susu untuk athmar. Alhamdulillah perjalanan penyusuan masih lancar. Kalau orang bertanya aku, apa yang aku makan untuk banyakkan susu. Susah aku nak jawab. Sebabnya aku memang minum ESP Shaklee, makan Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa Shaklee dari masa berpantang sampai sekarang. Tapi aku ambik supplement bukan hanya untuk tambah susu. Tapi sebab utama aku makan supplement ni adalah untuk kecergasan dan kecantikan badan.  ESP - adalah sumber protein yang buat rambut, kulit, kuku dan otot aku kuat dan sihat. Masa mengandungkan naurah dulu kulit aku memang kusam sangat. Stretch mark memang banyak la. Tengok pun takut. Tapi start amalkan ESP masa mengandungkan athmar, stretch mark segan nak naik. Yang bestnya stretch mark masa mengandung naurah dulu pun makin pudar. Dah la kulit makin cantik, ESP buat susu jadi lebih pekat dan berkrim. Hahaha. Serius tak tipu ni. Baby pun dapat effect juga tau. Kulit jadi gebu gitu.  Ostematrix - p

Testimoni ESP

Image
As-salam, Nak share sikit apa kata para pengguna ESP. Ramai yang jatuh cinta setelah meminum ESP. Aii sendiri pun memang minum ESP sejak dari mengandungkan athmar. Sampai sekarang masih minum. ESP boleh diminum semasa berpantang. Baik untuk ibu yang menyusukan anak. Boleh menambahkan susu dan memekatkan susu. Jadi baby akan merasa kenyang lebih lama. Ibu juga akan lebih bertenaga. Memang banyak sangat kebaikan ESP ni. Rasa pun enak. Nak lagi sedap, nanti ai kasi resepi ESP Shaklee khas untuk pelanggan saya. Jangan berlengah lagi. Promosi ESP sedang berlangsung sepanjang bulan mac. Hubungi saya segera untuk dapatkan tawaran yang menarik.  Love, Mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Osteoporosis - Kesan kekurangan kalsium

Image
Ini adalah gambar struktur tulang. Gambar kiri adalah tulang normal manakala gambar kanan adalah tulang yang mengalami osteoporosis. Nampak jelas ketara lompong-lompong bagi tulang yang mengalami osteoporosis.  Menurut kamus perubatan, osteoporosis adalah keadaan tulang yang mengalami kemerosotan kepadatan normal tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Sedikit kemalangan yang kecil sudah boleh menyebabkan individu yang menghadapi osteoporosis mengalami patah tulang. Perkara ini akan bertambah buruk sekiranya tidak diatasi.  Dianggarkan 3 daripada 12 wanita atau 1 daripada 12 lelaki melebihi 50 tahun di seluruh dunia mengalami masalah osteoporosis. Punca utama adalah kerana kekurangan kalsium.  Wanita yang mengandung, dan menyusukan bayi mengalami penyusutan kalsium yang amat ketara. Kerana itu golongan ini amat digalakkan untuk mengambil vitamin kalsium sebagai makanan tambahan. Osteoporosis boleh di bendung dengan pengambilan makan

Promosi bulan March 2015

Image
As-salam, Untuk bulan mac 2015 ni, promosi dari shaklee adalah: ESP Beli 6 percuma 1 atau Beli 2 dapat 5% less Aku makan ESP ni dari masa mengandungkan athmar. Rasanya yang sedap tu membuatkan aku selalu tak sabar nak minum.  Dengan promo macam ni memang seronok la aku membeli untuk stok. Bagi yang nak cantik berseri menjelang raya nanti, cepat-cepat la minum sekarang. Lagi berapa bulan je kan nak raya. Sebelum tu puasa dulu.  Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berterusan. So takde la kelaparan dan keletihan sepanjang berpuasa. Zinc Complex Beli 3 percuma 1 Zinc antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kekurangan zinc akan menyebabkan tubuh menjadi lesu, hilang selera makan, keguguran rambut dan luka lambat sembuh. Kekurangan zinc juga boleh menyebabkan mati pucuk di kalangan lelaki. (Takut woi) So jangan pandang remeh kekurangan zinc ye. Hebat kan penangan zinc ni. Sebab tu la zinc di suggest kan

Cergas ketika mengandung

As-salam, Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi. Hingg

Kelahiran permata hati, Muhammad Athmar bin Mohamad Fuad

Image
Bismillahirahmanirahim, Agak lambat nak update tentang kelahiran putera kami. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 1 April 2014 tepat jam 6.02 pagi. 7 hari sebelum due date. Lahir pada 39 minggu. Kisahnya macam ni. 31 Mar 2014. Aku dah start bercuti dari 17 mac lagi. Memang dah tak larat nak travel ke ofis. Ingat masa appointment minggu ke 38 tu dah boleh bersalin. Kalau ikutkan sejarah bersalinkan naurah dulu masa minggu 38. Tapi baby adik belum ready nak keluar lagi. So sepanjang bercuti tu, aku just meluangkan masa dengan naurah. Pagi ni masih sempat beraktiviti kraf dengan naurah. Perut memang dah kejap-kejap mengeras. Malam memang dah tak lena tido. Memang aku ingatkan ad supaya sentiasa alert dengan phone call. Malam tu macam biasa aku tido lebih kurang pukul 12. Ad habis berniaga lebih kurang pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 ad masuk bilik untuk tido. Dalam pukul 3 aku tersedar, terasa macam nak terkencing. Lepas ke tandas, aku cuba nak tido balik, tapi terjaga bali

Set Mengandung Shaklee

Image
As-salam, Minggu ni kandungan aku dah berusia 33 minggu. Terasa kejap pulak masa berlalu. Kalau ikut kiraan, tinggal lagi 7 minggu untuk aku bersalin. Tapi kalau ikut sejarah kakaknya, aku bersalinkan naurah masa 38 minggu. Kalau baby adik keluar awal pun elok juga la. Selasa lepas pegi buat check up. Alhamdulillah semuanya ok. Doktor kata berat baby adik dah jangkau 1.9kg sekarang. Ok la tu sedang-sedang je. Senang nak keluar nanti. Hopefully la. Sepanjang mengandung ni, tipu la kalau kata tak penat dan lesu kan. Alahan pun ada juga. Nak kata tak seteruk masa mengandungkan naurah dulu pun tak juga. Lebih kurang sama je. Kali ni mungkin faktor umur, dan jarak aku berjalan kaki lebih jauh berbanding dulu membuatkan aku lebih cepat letih. Cuma sepanjang mengandung kali ni, aku lebih berdisplin bab makan vitamin. Tapi kali ni aku memilih untuk makan vitamin daripada Shaklee. Ni adalah set mengandung yang aku ambil sepanjang tempoh aku mengandung sekarang. B-Comp