Posts

Tolong... Susu saya makin kurang

Image
As-salam, Ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak, tahniah aku ucapkan. Sememangnya susu ibu yang terbaik untuk bayi. Malangnya menyusukan anak ni tak semudah A, B, C. Jadi ilmu penyusuan tu memang amat penting sekali. Hari ni aku share lagi sekali tips bagi ibu-ibu yang sedang / telah / bakal alami masalah susu badan berkurangan. Sebelum tu cikgu nak remind sekali lagi konsep asas penyusuan apa dia murid-murid? Ye DEMAND VS SUPPLY. Ok pandai. Bila susu semakin merundum, pertama sekali sila check jadual penyusuan korang. Adakah korang menyusukan anak mengikut demand mereka. Penting bagi ibu-ibu yang bekerja, tolong jangan skip waktu pam. Usahakan diri untuk pam setiap 2 - 3 jam sehari. Makin susu merundum, semakin perlu tingkatkan aktiviti mengepam. Ingat jangan sesekali malas dan tunggu hingga breast terasa bengkak baru nak pam. Antara perkara yang perlu korang buat bila susu drop adalah: Skin to skin Bagi ibu-ibu yang baru je melahirkan anak, sememangnya digalakk

1st solid untuk athmar

Image
As-salam, Alhamdulillah hari ni athmar genap 6 bulan. Terasa macam baru je lagi bersalinkan dia. How time flies. Ok la biasanya ibu-ibu excited kan bila anak genap 6 bulan. Tak sabar nak suapkan solid untuk anak. Pastu pening fikirkan nak bagi makan apa. Kat sini aku nak share sikit menu makanan untuk sebulan pertama. Untuk 4 hari pertama disuggestkan untuk buat plain rice bersama sedikit susu ibu. Nasi dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan susu ibu. So lebih mudah untuk baby menerima makanan pertama mereka. Jangan lupa gunakan 4 days rules ye. Kenapa mesti 4 hari? Supaya kita dapat kenalpasti samada anak mempunyai alergik dengan apa-apa makanan. Dalam jadual ni ada pisang kan. Tapi apa yang aku tahu, pisang mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Ada pakar pemakanan yang tak galakkan bagi pisang untuk bayi dibawah umur 1 tahun. Pernah baca tapi tak ingat kat mana. So boleh gantikan pisang dengan sayuran lain. Ini adalah contoh-contoh makanan yang boleh dibe

Komonaya Osaka Japan

Image
As-salam, Korang kalau minat barang-barang yang cute, comel, unik mesti boleh leka kalau masuk kedai japan macam Daiso kan. Kali ni nak cerita pasal kedai japan juga agak baru kot di Midvalley. Aku kalau masuk kedai-kedai cmtu memang alamatnya berjam-jam la. Semua benda nak belek. Ok cerita pasal kedai ni, semua item dia RM5. Tak kira besar ke kecik ke harga semua sama. Dalam banyak-banyak barang aku duk belek, terberkenan pulak dengan benda ni. Cer teka apa ni? Hehehe.. Ni plastik sampah. Kecik comel je kan. Senang bila travel, nak buang sampah tapi tempat tu takde tong sampah, so boleh buang dalam plastik ni dulu. Tengok boleh gantung dekat bag lagi. Ok ai memang suka over. Plastik sampah je pun sibuk nak masuk blog. Hahaha Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Menggendong bayi

Image
As-salam, Baru-baru ni pengguna media sosial digemparkan dengan kes seorang bayi yang koma akibat terjatuh daripada carrier. Rakan kepada ibu bayi berkenaan memberitahu ibu bayi tersebut menggunakan carrier tiruan jenama ergo baby. Bercerita tentang fake ergo ni, aku juga pernah membelinya. Ini disebabkan keghairahan nak ber babywearing tapi taknak gali ilmu dulu. Perlu ke ilmu? Nak dukung anak je pun. Ok mungkin ada yang pelik kenapa aku sebut tentang ilmu. Dalam setiap perbuatan ni kita perlu ada ilmu. Ilmu bukan hanya dapat dari sekolah je. Tapi boleh didapati melalui pembacaan, pertanyaan, dan pengalaman. Macam yang aku cakap tadi, masa membeli ergo dulu, aku tak terlintas langsung produk itu pun ada tiruan. Memang nampak dari mata kasar sama, tapi perbezaan yang besar adalah dari segi kualiti. Masa membeli dulu, seller ada bagi tahu carrier tu boleh tahan berat bayi hingga 20kg. Wah macam menarikkan. Tapi kebanyakkan produk tiruan langsung tiada kawalan kualiti. Jadi ma

Smart Reader Kids

As-salam, Jenuh juga la aku dan en. fuad memikirkan nak daftarkan sekolah mana untuk naurah tahun depan. Mula-mula plan memang nak hantar ke Little Caliph. Memang ada yang paling dekat dengan rumah. Tapi yuran boleh tahan ye. Plus minus memang dekat 7k juga untuk setahun. Memandangkan dah ada 2 orang anak ni, maka perbelanjaan haruslah lebih berhati-hati dan berhemah. Tapi bukan la aku kedekut nak keluar bajet untuk persekolahan anak aku, cuma perlu lebih bijak memilih. Setelah menimbah tara segala perbelanjaan, menimbang tara persekolahan yang mana best yang bersesuai dengan bajet kami, maka smart reader kids menjadi pilihan kami. Terkejut juga la sebab aku ingat mahal sangat fee untuk smart reader. Tapi alhamdulillah under bajet. Tapi tak tau la pulak kalau fee ni ikut pada tempat or kawasan sekolah tu. Ni aku sharekan fee untuk Smart Reader Kids di Taman Nirwana. 1. Registration Fee (New Student) - RM 100.00 2. Miscellaneous Fee - RM 120.00 3. Sport and Concert Fee RM

Online Shopping

Image
As-salam, Wanita dan shopping memang sukar dipisahkan. Betul tak? Siapa sini yang tak suka shopping angkat tangan.. Eh ada yang angkat ke. Nampak sangat menipu.. Hahaha Masa zaman aku muda dulu (eh macam dah tua sangat kan) masa tu belum pemes sangat lagi pasal online shopping. So hampir tiap-tiap minggu mesti keluar, orang putih kata window shopping la. Seronok tengok-tengok barang, tengok-tengok orang. Berangan la nak beli itu ini. Bila gaji memang melonjak-lonjak la keseronokkan bershopping. Tapi sekarang ni bila dah ada anak, jarang sikit la nak kerap-kerap keluar shopping. Leceh nak tempuh jem, orang ramai, nak cari parking lagi. Belum masuk bab anak meragam. Haa memang menguji kesabaran betul la. Sekarang ni kalau keluar, mesti cari mall yang mesra kanak-kanak, yang ada tempat untuk bermain. Senang bila anak cranky je, umpan dia pegi indoor playground. Mall pulak mesti yang toilet bersih. Susah woi anak aku tu penggeli. Kalau toilet kotor, memang dia taknak masuk. Dah

Permata hati

Image
As-salam, Lama rasanya tak bercerita tentang anak-anak. Hari-hari balik kerja memang tak sabar nak terkam anak. Rindu sangat dengan keletah mereka. Si naurah tu dah makin-makin bijak bercakap. Kadang-kadang tak terduga pula kata-kata yang terkeluar dari mulut dia. Macam baru-baru ni dia cakap "mama, nanti dah besar boleh tak kakak nak kawen". Pitam kejap mama dengar. Baru 4 tahun dah pikir pasal kawen. Dia ingat kawen tu apa la agaknya ye. Tapi memang seronok sangat melayan anak berborak. Bila dah makin besar ni, layan borak macam borak dengan kawan-kawan je. Memang advance kan budak-budak sekarang ni. Maklum la kecik-kecik dah terdedah dengan teknologi, dengan gadget. So lebih hebat dari kita tau. Cerita pasal gadget, ada ibu-ibu yang taknak bagi langsung anak-anak main gadget. Bagi aku, gadget ni ada kebaikan ada juga keburukan. Bergantung pada cara kita handle. Mula-mula belikan naurah ipad china punya masa umur dia 2+ tahun. Sebab kesiankan dia yang asik nak tu

Goodies bag

Image
As-salam, Sebenarnya selalu je berazam nak rajin-rajin update blog. Tapi azam je la. Lepas tu kelaut. Hehe.Bulan ogos pun cuma 3 entry je. Hari ni dah 10 september, tapi baru 1 cerita je masuk. Camon mar, gigih lagi. Takde apa nak cerita sangat, jom aku kongsi pasal goodies bag yang aku sediakan untuk majlis aqiqah athmar baru-baru ni. Kami sediakan 100 goodies bag untuk diberikan pada para tetamu. Isikandungannya simple je, 1 buku surah al-mathsurat beserta doa-doa, 1 kek apolo dan air kotak. Surah Al-Mathurat tu beli borong di Mydin. Tak silap aku dalam RM0.90/pc. Ada banyak pilihan di Mydin. Sebenarnya aku nak beli doa-doa harian, tapi en. fuad nak ambik yang ni. Sebagai isteri mithali, akak turutkan. Tengah-tengah malam gigih menampal stiker kat surah. En. fuad dan anak-anak dah sedap berdengkur. Stiker tu aku buat sendiri. Edit pic athmar di photoshop, pastu print atas stiker paper. Bila dah tepek, baru terpikir, patut buat style landskap bukan potret. Lebih canti

Majlis Aqiqah & Berendoi Muhammad Athmar

Image
As-salam, Alhamdulillah niat untuk buat majlis aqiqah & berendoi athmar dah terlaksana. Lega rasanya. Cuma baru buat seekor kambing. Lagi seekor in sha allah akan dibuat kelak. Ni pic sekitar majlis minggu lepas. Kali ni buat di Bagan Lalang. Endoi cantik ni dari Buaian berendoi Pama. Boleh check it out di FB atau Instagram. Ni kali ke-2 kami gunakan khidmat dari Buaian Berendoi Pama. 1st dulu masa alang buat aqiqah khalish. Sebab berkenan, servis pun best so kali ni gunakan khidmat mereka lagi. Jenuh gak aku pikir nak pakai tema kaler apa. Lastly kaler purple + kuning jadi pilihan. Memang cantik la kaler tu. Nampak berseri-seri je dalam gambar. Selain endoi, diorang pun buat mini pelamin untuk bertunang dan nikah juga. Harga memang mampu milik. Bak kata para peniaga, harga kasih sayang je. DIY Candy Buffet. Polaraid pic dari Cintafasca di Instagram Macam biasa aku memborong candy di tempat feberet aku la di NSK Seri Rampai. Memang sakan membeli candy bila

Happy World Breastfeeding Week

Image
As-salam, Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks. Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku. Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu un

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba

Inch Loss Plan Shaklee

Image
Baru seminggu beraya, berat dah naik ke? Alamak syawal sebulan. Tiap-tiap minggu ada open house. Jangan abis sebulan syawal, baju tak muat pulak. Meh cuba inch ...loss plan shaklee. Mengandungi Cinch Shake Mix yang terdapat 3 perisa lazat, iaitu chocolate, cafe latte dan vanilla. Tinggi dengan kandungan serat yang memberikan rasa puas dan kenyang. Lecithin untuk memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan. Juga dapat menurunkan paras kolesterol. Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO yang dapat menggalakkan fungsi optimum otak. Herb-Lax mengandungi daun senna dan 8 herba yang lain untuk detox usus dan dapat menghindari sembelit. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Untuk terus membeli boleh klik di sini Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Bawang Putih - Rawatan selsema / batuk dan kahak untuk bayi

Image
As-salam, Dah 2 hari athmar selsema. Budak kecik ni kalau kene selsema memang kita kesian sangat kan. Ye la baby mana la reti nak buang hingus sendirikan. Athmar nampak tak selesa sangat bila selsema. Tidur pun kejap-kejap je. So aku buat teknik garlic socks waktu nak tidur. Alhamdulillah athmar tidur dengan lena. Senang je caranya. Ambil setengah ulas bawang putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait. Kemudian letakan bawang putih tu pada satu lagi stokin dan pakaikan pada kaki baby. Biarkan semalaman. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema. Selain dari cara garlic socks, korang juga boleh buat garlic oil untuk disapu di dada dan belakang badan baby. Caranya ambil seulas bawang putih, bakar bersama kulit hingga hitam. Kemudian lenyekkan, dan campurkan dengan sedikit minyak masak / zaitun.   Sebenarnya selain daripada menyeda