Posts

Erti kehilangan

Image
Assalam, Pagi tadi terbaca status dari fb Dr.MAZA.com tentang kehilangan. Ini membuka minda aku tentang erti sebuah kehilangan.  Kurnia Allah atas kehilangan sesuatu Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kadang kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita. Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah. Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikian Nabi Lut isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas di

Jom masak lasagna

Image
Assalam, Lasagna ni memang favourite aku sesangat. Tapi nak makan selalu tak la sebab harga agak mahal, pastu makan tak kenyang. Daripada beli sepinggan lasagna, lebih baik makan nasi. Kompem kenyang sampai malam. Pastu aku kurang suka lasagna di Pizza Hut sebab yang tu seafood lasagna. Aku suka beef.  Dulu penah ambik resepi lasagna dari kawan. Pastu rasa macam lecehnya nak buat. Banyak sangat step nak kene buat. Last-last campak tepi je la resepi tu. Tapi sejak dua menjak ni ntah hantu chef mana yang merasuk jiwa aku ni, duk gila nak mencuba macam-macam resepi pulak. So semalam di petang yang damai, maka terhasil la beef lasagna yang penuh dengan kasih sayang.  Kita tayang sepinggan lasagna bagi proses merembes ailio korang dulu ye.  Bahan-bahan yang di perlukan .(maaf ye tak ambik gambar bahan)  Sebiji bawang besar (potong dadu) 400g daging cincang (aku guna sepeket daging ramly) 1 tin cendawan butang (hiris nipis) 1 tin sos prego traditional 1 b

Resepi makanan bayi / toddler | White Sos chicken pasta

Image
Assalam, Semalam nak masak lauk untuk athmar. Tapi takde idea. Malas buat sup ayam, sal isi ayam seketul je. So potong-potong je la bawang. Pastu keluarkan je la unsalted butter. Ingat nak tumis bawang pakai butter je. Saja takmo pakai minyak. Bila bau butter dan bawang bersatu, terus terasa nak letak serbuk oregano. Masa ni still tak tau nak masak apa lagi. Tiba-tiba athmar mintak cheese. Sebelum tu dah habis sekeping cheese mother choice dia bedal. So aku pun kasi la lagi sekeping. Dah siap-siap bukak, sekali athmar takmo makan pulak cheese tu. Daripada membazir, terus terpikir masukkan je la cheese tu dalam lauk athmar ni. Maka terjadi la white sos versi mama mar.  Gambar masa memasak tak ambik ye. Sal memula ingat lauk simple je.  Bahan-bahan. Untuk sekali or dua makan je Sepotong ayam 2 ulas bawang putih Sedikit serbuk oregano Sedikit daun parsley Sekeping cheese (aku pakai mother choice)  Cara-cara Tumis bawang menggunakan unsalted butter hingga n

Cerita malam jumaat

Assalam, Amboi korang kalau cerita pasal malam jumaat je memasing dah sengeh sampai telinga ye. Tambah sekarang ni musim hujan. Di beritakan ampang hujan lebat ye tengahari tadi. Sekian wartawan kami melaporkan dari tempat kejadian.  Wokeh la ni bukan nak cerita pasal aktiviti tengah malam jumaat korang. Kita cerita pasal awal malam ye. Usai solat maghrib elok la di capai surah yasin dan baca la ia. Selain surah yasin, surah Al- Kahfi juga elok dibacakan pada setiap malam jumaat.  Dari Sa’id al-Khudriy ia berkata, Rasulullah Saw bersabda: مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ. “Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat cahaya antara dirinya dengan rumah yang mulia (Mekah)” (HR. Ad Darimi). Selain membaca Surah Al-Kahfi, amalan sunat malam Jumaat yang lain adalah memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W: “Perba

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Image
Assalam, Lama tak up resepi makanan bayi kan. Sebenarnya athmar tak bayi lagi dah. Hari ni dah genap 1 tahun 6 bulan. Patut dah kene tukar tajuk, resepi makanan toddler. Memang cepat sangat masa berlalu. Hoiii.  Kadang-kadang pening juga nak masak apa. Dulu masa athmar baby, boleh juga buat stok puri untuk seminggu. Sekarang ni kalau dia kene repeat menu sama je, mula la dia taknak makan. Demand sungguh tau. Dah la mama dia ni rajin sungguh memasak kan.  Dalam freezer ada ikan merah. Asik buat sup je, so kali ni mama buat masak tomato. Pakai bahan simple je. Tu je pun yang ada. Maklum la minggu lepas raya haji, so memang tak membeli stok bahan masak la.  Bahan-bahan. Sekeping ikan merah. (nak pakai ikan tenggiri ke, ikan bawal ke, ikan jenahah ke boleh je) Ikan ni aku lumur dengan tepung, serbuk oregano dan serbuk daun parsley sikit. Nak bagi kelainan rasa sikit.  Sebiji tomato Sayur (carrot, kubis, ikut apa yang korang suka la. aku pakai brokoli. Menghabiskan

Kerja-kerja En.fuad

Image
Assalam, Pagi-pagi en.fuad anta wasap, nak pantau kain yang di jemur katanya. Sebenarnya ni tengah test device baru. Esok nak tunjuk dekat client. Yang ni en.fuad pasang di tv kami. Puas hati memantau dengan screen besar kan. Kalau ikut pakej cctv biasa, ada dapat LCD monitor. Berapa inci tak ingat pulak dah. Tapi kalau client nak pakai tv boleh juga request. Macam projek terbaru di Masjid Al-Bukhairy, pihak masjid nak pakai LED TV. Ni pulak salah satu projek banglo di Damansara. Owner request 8 camera untuk cctv berserta alarm sistem. Untuk cctv dah siap pasang. Sekarang ni nak pasang alarm sistem pula. Tu pun owner dah minta pasang juga cctv di gym yang akan mereka buat nanti. Alhamdulillah owner berpuas hati dengan kerja-kerja en.fuad. Selain daripada cctv dan alarm sistem en.fuad buat juga kerja-kerja lain seperti pemasangan autogate dan wiring. Ni antara salah satu kerja-kerja pemasangan autogate yang dia buat baru-baru ni. Kesian client ni, contra

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan.  Se