Posts

Dah order kuih raya ke? | Jom order cheesetart sedap

Image
Assalam, Dah start order kuih raya ke? Kalau belum cepat-cepat la order. Nanti baker tutup order melopong pulak uolss. Cheesetart memang sedap dijadikan juadah di hari raya. Lain sikit hidangan kuih uolss. Takde la sama dengan kuih raya rumah cik jenab kan.  Nak order? Boleh kami masih menerima tempahan. Tapi jaga-jaga, tempahan akan di tutup tak lama lagi. Jadi cepat-cepat la Whatsapp 018-2684992 (mar) atau 011-10955164 (ad) untuk tempahan. Kami buat penghantaran di sekitar ampang, Tesco ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya. Untuk hari bekerja pula ada penghantaran di sekitar Bangsar, Masjid Jamek, KL Sentral, Kerinchi atau di sekitar laluan LRT Putra. Jadi boleh whatsapp untuk berbincang laluan penghantaran uolss. Sedap ke? In sha allah sedap. Ni ada testimoni dari pelanggan kami. Kebanyakkan mereka akan repeat order balik.  Ada 5 flavour kesemuanya iaitu Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi dan Orange. Boleh pilih any flavour kegemaran atau kalau kompius mana sedap,

Diari ramadhan | Hari ke 6

Assalam, Diari aku dah melompat ke hari 6. Mula-mula niat nak buat hari-hari tapi tak sompet nak up date pulak. Dah 6 hari berpuasa, so macam mana hari-hari ramadhan yang korang lalui? Selalu ke pegi bazaar? Aku baru 2 kali pegi. Tu pun hari weekend. Kalau hari keje memang tapau lauk je di cafe office. Tak sempat nak menyinggah nanti. Nak kejar solat asar. Naurah memula beria nak puasa, pastu liat nak bangun. Pastu semalam dia terjaga masa aku bersahur. Tapi aku suruh tidur balik. Taknak dia meragam ngantuk pulak time nak pegi sekolah. Yang lawaknya budak ni, ye2 je la dia cakap dia puasa. Kat teacher pun dia kata dia puasa. Yang teacher pun betul-betul la ingat naurah puasa. Siap cakap patut la marsya nampak letih je. Belakon betul. Hahaha Pastu tiap kali dia nak makan, dia cakap pas ni kakak puasa balik. Dia ingat boleh makan sikit-sikit kot pastu sambung puasa. Macam-macam la. Tak pe la dia pun baru 5 tahun. Aku tak paksa dia pun. Aku ajar dia bersolat dulu. Tu yang utama

Diari ramadhan | Hari ke 2 | Cabaran ibu menyusu

Image
Assalam, Ini menu bersahur aku pagi ni. Lauk beli je. Begedil 2 ketul, sambal sotong 6 ekor, sambal ikan bilis. Nasi balance dari sahur dan berbuka semalam. Padahal masak 2 pot aje. Vitamin wajib mesti ada. Zinc complex, ambik sebelum makan. Lepas tu ambik Alfalfa dan B complex. Jarakkan masa antara keduanya. Pastu minum ESP + tamar koko. Sedapnya.  Siapa di sini yang mengandung atau menyusukan? Memang mencabar minda dan fizikal kan. Masa mengandungkan naurah dulu, 1st trimester memang aku lembik sangat. Alahan yang agak teruk, muntah-muntah, pening kepala dan tak boleh bau sebarangan. Memang tak dapat berpuasa penuh la. Bangun sahur pun nangis-nangis. Sepanjang hari di ofis asik tidur je. Nasib baik bos baik. Tahun selepasnya menyusukan naurah di bulan puasa. Tiap kali lepas pam je mesti menggigil kelaparan. Tapi alhamdulillah masih mampu harungi dugaan tersebut. Stok susu pun walau berkurangan sedikit namun masih berjaya fully breastfeed naurah hinggi dia 2 tahun

Diari ramadhan | Hari pertama

Assalam, Hari ni hari pertama berpuasa. So macam mana semua masih cergas lagi ke? Aku dah mengantuk ni. Tapi masa pukul satu tadi walau mengantuk mata tak mau terlelap pulak. Bos pulak duk kalut mengacau. Adeh. Korang bersahur apa pagi tadi? En. fuad masak ikan kerapu masak merah tak pedas malam tadi untuk lauk bersahur. Beli kerapu di Sam's Grocery di Nu Sentral, murah pulak seekor RM9.95. Hari pertama nak bersahur kene makan sedap sikit. Dah masuk minggu ke 2 nanti, makan nasi dengan sambal ikan bilis je dah cukup.  Naurah mula-mula kemain beria nak berpuasa. Pastu pagi tadi kejut langsung tak mau bangun. Huhu. Pastu kejut untuk siapkan nak ke sekolah dia cakap nak puasa pulak. Sahur la kamu pukul 8 pagi. Umur baru 5 tahun aku takde la nak buat kerahan tenaga suruh dia berpuasa sangat. Lagi bagus kerah dia sembahyang dulu.  Kami makan sahur pun bergilir. Memula aku turun makan dulu, dah kenyang baru en. fuad turun makan. Pasal dia risau tinggalkan athmar kat atas.

Salam Ramadhan

Image
Assalam, Alhamdulillah masih mempunyai kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini. Ingat lagi masa awal-awal berlatih berpuasa. Masa tu umur aku 6 tahun tak silap. Sebelum tu pernah la berpuasa setengah hari, tapi masa 6 tahun ayah dah mula latih untuk berpuasa penuh. Masa 1st day berpuasa jam 6 petang aku dah mula menangis-nangis kelaparan. Jenuh la ayah pujuk sebab lagi sejam lebih je untuk berbuka kan. Aku menangis-nangis dekat meja makan sambil kata nak buka sekarang, dah tak tahan. LoL.  Pastu ayah bawak aku pegi kedai beli air laici kegemaran aku. Aku ingat ayah saja lengah-lengah di kedai. Seelok sampai di depan pintu rumah, azan berkumandang. Terus aku berlari ke meja makan dah teguk air. Macam orang tak makan sebulan. Hahaha. Itu la kenangan aku belajar berpuasa.  Dulu masa kecik-kecik pernah la juga ponteng puasa. Konon-konon berpuasa tapi tengahari curi-curi makan. Bila depan family berlakon macam letih sangat berpuasa. Dulu duk fikir kenapa la kena berpuasa

Tarik anak macam magnet

Image
Assalam, Kali ni nak cerita pasal magnet. Di tahun-tahun pertama anak, ibu bapa memang menjadi orang terpenting dalam hidup anak-anak. Tapi semakin anak menginjak remaja, kawan-kawan mereka akan mengambil alih peranan tersebut. Setiap cerita, setiap perkara, rakan-rakan mereka akan menjadi sumber rujukan terpenting. Hwuaaa.. Jangan biarkan perkara ini terjadi.  Menjadi kutub magnet yang betul Magnet mampu menarik namun ia juga mampu menolak.  Kutub magnet utara akan menolak kutub magnet utara begitu juga kutub magnet selatan akan menolak kutub magnet selatan. Oleh itu penting ibu bapa menjadi kutub magnet yang betul bagi terus menarik anak.  Ketika anak-anak masih kecil, pengaruh ibu bapa masih kuat di dalam diri mereka. Oleh itu, bagaimana garangnya kita memarahi mereka, anak-anak pasti tetap akan mencari ibu bapa mereka. Namun keadaan ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat remaja dan mempunyai ramai rakan-rakan di sekeliling mereka. Ibu bapa yang terl

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Image
Assalam, Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik.  Tahap pertama Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya leb