Posts

Showing posts from 2014

Sesi dubbing suara di Karnival Upin Ipin

As-salam, Masa karnival Upin Ipin hari tu, aku tak dapat pegi. Tapi alang dengan hubby dia pegi. Bawa naurah sekali. Baik kan adik aku ni. Terima kasih ye layan naurah. Cayang korang. Masa kat sana, alang kata diorang masuk la hall yang buat ala-ala studio dubbing suara. So naurah pun cuba jugak. Alahai comel je aku tengok anak aku ni.  Ni hasil daripada sesi dubbing tu. Rasa-rasa macam boleh pegi jauh ni. So kalau rasa-rasa berminat nak gunakan suara naurah untuk cerita animasi, atau berminat nak ambik naurah berlakon boleh contact aku yer.. Hahahahah Luv, mama mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Mencari bahagia

As-salam, Dulu saya fikir bila banyak duit, maka saya akan bahagia. Tapi saya jauh tersasar. Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang. Kerana emosi kita menentukan tindakan kita. Tindakan kita masa happy, tak sama dengan tindakan kita masa kita murung. Persoalannya bagaimana nak happy? Jawapannya ada disebut dalam Al-quran berkali-kali. Jawapannya adalah dengan bersyukur. Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang kita ada sekarang. Kita bersyukur kita masih ada tangan sedangkan ramai orang tiada tangan. Kita bersyukur kita dapat melihat sedangkan ramai orang yang buta. Kita bersyukur kita masih mendapat gaji sedangkan ramai yang hilang punca pencarian Bila kita menghargai apa yang kita ada, kita akan lupa apa yang kita tiada. Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu, tiada ini. Sedangkan kita sudah ada banyak benda yang kita tak sedari. Lepas bersyukur, kita akan rasa lebih bahagia. Bila sudah ba...

Herbal Blend Multi Purpose Cream

Image
As-salam. Nak share 1 krim yang best ni. Memang organic. So korang tak payah risau dengan kandungan kimia ke paraben ke apa ke sebab memang 100% di jamin organik. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ni sesuai digunakan dari peringkat umur dewasa hingga lah bayi. Kalau anak-anak ada masalah eczema, boleh sapukan krim ni. Tak payah pening-pening pikir nak cari krim apa untuk anak. Hanya RM27.50 untuk 1 tiub 4oz. Kecil dan ringan mudah untuk di bawa kemana-mana. Krim yang wajib ada dalam handbag setiap ibu-ibu. Just PM / SMS / WA untuk order. Boleh juga terus click sini untuk order. Luv, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Borak petang jumaat

Image
As-salam, Seronok betul dah jumaat. Hari ni nak balik bagan lalang. Dah lama kot tak balik sana. Adik beradik lain pun balik juga minggu ni. So seronok la dapat berkumpul semua adik beradik. Bila dah besar ni, memang jarang sangat dapat berkumpul. Masing-masing sibuk kan. Nanti anak masing-masing dah besar lagi la payah nak berhimpun semua sekali. Rabu hari tu aku bagi tau pasal nak berebut slot SCC snuggbaby kan. Punya la beria aku menunggu depan pc dari jam 2.45 petang. Tepat pukul 3 dapat masuk slot, add to cart, lepas tu isi details. Sekali time nak check out tup..tup dah out of stock. WTfishhhh. Tak sampai seminit ok. Melopong mak tau tak. Ingatkan dah berjaya la rebut slot tu. Kenapa snuggbaby laku sangat ni. Sedih mak. Kemarin pegi secret recipe sebab en. fuad nak order kek untuk kawan baik dia nak bertunang. Tak tau nak kasi apa so sponser kek sebijik la untuk kawan dia. Dah alang-alang tu terus la dinner sekali. Saje try fish and chip. Tapi bagi aku sedap lagi fish ...

Wordless wednesday

Assalam, Aku nak cerita apa pun tak tau. Minggu lepas kerja sehari je. Lepas tu EL sebab naurah pulak warded, muntah, cirit dan demam. Ambik kau pakej. Tahun ni dugaan aku la anak-anak kerap demam. Pak mertua pun pas raya hari tu sakit. So banyak ambik EL. Sampai habis cuti tahunan aku tahun ni. Waaaaa. Habis plan aku nak ke penang christmas nanti. Beria-ia mak buat itenirary untuk percutian ni. Kena postpone pulak. Hari ni jam 3 petang Snuggbaby akan open slot untuk order custom design baby carrier. Ada 15 slot akan dibuka. Jadi siapa yang nak, boleh la grap slot ni. Aku rasa macam nak berebut jugak. Harap la dapat rebut. Saja gatai nak order SCC untuk naurah 1. Takde la berebut boba dengan athmar. Kot-kot tahun depan tersampai ke langkawi. Ehhh, ada niat nak pegi langkawi la. Takpe babeh, kita niat dulu. Tercapai atau tak itu belakang kira. Korang boleh tolong suggest tak mana tempat percutian dekat dengan KL yang boleh aku pegi untuk mengubat hati lara ni. Nak bawak naura...

Penyimpanan EBM

Image
As-salam. Akhirnya terkemas pun stok ebm aku ni. Dah lama duk bebel kat en. fuad suruh dia diy rak untuk susun semua ebm aku. Pastu dia beli bakul ni 5 bijik dah tolong susun kan ikut date. Tapi tak cukup rupanya 5 bijik bakul. Patut beli 7 katanya. Next time bila pegi kedai tu balik boleh beli lagi 2. Bila dah kemas macam ni lebih senang nak ambik. Make sure gunakan kaedah FIFO iaitu first in first out. Jangan lupa labelkan setiap pek ebm dengan tarikh, masa dan jumlah oz.  Korang pun boleh kumpul ebm macam ni. Yang penting kene penuhi konsep Demand vs Supply tu. Rajin-rajin kosongkan cik B. Jangan duk pikir susu tak ada, susu sikit. Fikiran negatif hasilkan negatif result. Tempoh penyimpanan ebm seperti berikut: Nak supplement, meh PM makcik.. ** SPECIAL GUIDE AND TIPS ON BREASTFEEDING TO MY CUSTOMER ONLY** Set menyusu asas Shaklee Independent Distributor  Mardiani Mohamad Nor 1091078 Pengedar Sah Shaklee Ampang : ...

Babywearing vs Stroller

Image
As-salam, Stroller antara benda yang wajib dibeli oleh pasangan yang tengah expeting anak kan. Tak tipu la sebab dulu aku pun macam tu. Masa duk mengandungkan naurah dulu sibuk nak usha stroller. Tapi tak beli pun sebab masa tu pinjam along punya. Masalah tentang stroller ni, masa naurah baby dia langsung taknak duduk dalam stroller. Masa dia tidur boleh la letak kejap. Tapi bila dia jaga, meraung la dia mintak di angkat. Sudahnya memang jarang guna la. Bila dah besar ni baru la dia nak duduk dalam stroller. So masa kitorang nak ke legoland, beli la buggy stroller sebab kompem tak larat nak dukung dia. Masa ngandungkan athmar aku baru berkenalan dengan babywearing ni. Aku pernah cerita pasal terbeli fake ergo kan. Lepas tu sementara nak beli Soft Structure Carrier (SSC) lain, aku guna Ring Sling brand Babe Sachi. Sekarang dah beli SSC brand Boba 4G. Memang best pakai SSC ni, tak terasa beban berat pun kendong athmar walaupun pakai berjam-jam lamanya. Benda baik kena la d...

Sembang petang jumaat

As-salam, Seronok hari ni dah jumaat. Esok cuti. Yahuuu... So apa plan korang hujung minggu ni? Aku ada weeding member ofis. Tapi tak boleh nak pegi pulak sebab en. fuad ada job pulak esok. Tak pe la nak buat cmne kan, redho je la. Tak silap minggu ni ada karnival upin dan ipin di Putrajaya. Presint berapa aku pun tak sure. Alang ajak naurah pegi. So biar je la naurah pegi dengan alang. Nak bawak athmar kesian pulak dia berpanas kat sana nanti. Dah la budak tu tengah selsema sekarang ni. Asik-asik selsema je kan. Athmar pulak baru keluar wad je 2 minggu lepas sebab demam panas. Demam start dari hari rabu lagi. Tinggi pulak tu walaupun dah bagi makan ubat, pakaikan pampers je, jelum dan buat lemon socks. Tapi tak turun suhunye. So pagi jumaat decide bawak pegi hospital terus. Tapi pagi tu aku request takmo admit. Tengah malam tu pun tak surut-surut demamnya. So en.fuad suruh bawak ke hospital terus. Maka berkampung la  kami di Ampang Putri selama 4 malam. Nasib baik la kali n...

Wanita dan Kecantikan

Image
As-salam, Baru-baru ni satu surat pengakuan si suami yang telah terlanjur dengan seorang janda anak ramai telah menjadi viral. Si suami menyalahkan si isteri sebab tak menjaga kecantikan dan penampilan diri. Sedih kan. Si isteri penat seharian di rumah menjaga anak-anak, mengemas rumah dan memasak, namun tak sempat nak menjaga dirinya sendiri. Bila suami balik, tengok wajah kusam isteri, berbaju kelawar dengan bau hapak, suami yang kepenatan terus kelayuan. Kat tempat kerja seharian duk mengadap wanita yang bersiap cantik. Lumrah bagi lelaki malah semua manusia sukakan kecantikan. Betul tak? Jangan tipu la kata korang tak suka.   Nak cerita sikit, emak aku kalau bersiap memang berjam-jam. Bukan just bersiap kalau nak keluar berjalan, tapi bersiap pagi-pagi sebelum keluar dari bilik tidur. Duduk kat rumah pun make up tau. Katanya takkan nak keluar je baru make up, depan ayah pun kene la cantik-cantik juga. Rutin setiap hari mesti make up dan sapu lotion seluruh ...

Persediaan untuk berkahwin

As-salam, Ehhh bukan aku yang nak berkahwin ye. Mak dah kawen tau, anak 2 lagi tau. Ni nak cerita tentang persediaan untuk berkahwin kursus untuk pasangan yang tengah dalam perancangan nak kawen tu. Al-maklum la dah dekat hujung tahun, memang musim kawen kan. Sebenarnya nak cerita ni sebab baru-baru ni kawan En. fuad datang jumpa dia pening-pening kepala fikir pasal persediaan untuk bertunang dan kawen ni. So sebagai orang yang dah kawen ni meh akak share sikit tips tentang perancangan bajet ye. Nak kawen ni memang banyak belanjanya kan. Mau pitam nak pikir. Bila cerita pasal nak kawen ni, semua excited kan. Mula la berangan nak buat majlis yang meriah, pelamin yang gah, pakai baju vogue, kek 3 tingkat, photographer, barangan hantaran, honeymoon dan macam-macam lagi. Memang semua tu perlukan duit kan. So cmne tu? Semua ni ambik dari pengalaman ahkak sendiri ye adik-adik sekalian. Masa aku nak kawen dulu, gaji aku kecik je. Gaji en.fuad pun kecik. ...

The Legend, Cherating

Image
As-salam, Sabtu baru ni berkesempatan ke kemaman untuk majlis perkahwinan sepupu. Dah lama sebenarnya tak ke kemaman. Last masa hujung tahun 2012, masa bercuti ke gambang. Alang-alang ke pantai timur, ambik kesempatan bercuti sekali la. Kali ni booking di The Legend, Cherating. Sebenarnya memang dah lama teringin nak duduk di Legend ni. Masa kecik-kecik dulu penah menginap di Holiday Villa, bersebelahan dengan Legend. Pastu masa jalan-jalan tepi pantai, tengok pool di Legend ni lebih menarik dari holiday villa. Sampai sekarang ingat tau. So bila ada kesempatan macam ni, terus la booking di legend. Nak berendam puas-puas, ehh nak bagi naurah berendam puas-puas. Sebelum pegi check in kami tapau dulu otak-otak dan sata dari warung aziz satar di kuala kemaman. Korang kalau ke cherating dan nak makan sata sedap pegi la ke warung aziz satar ni. Tak jauh pun cherating dan kuala kemaman. Aku suka sata di sini sebab ada cili api sekali. Baru berasap telinga bila tergigit. ...

Esok cuti

Image
As-salam, Minggu ni rasa best sikit sebab cuma kerja 4 hari je. Esok boleh rehat, kemas rumah, masak (kalau rajin) dan packing barang. Nak berjalan sikit hujung minggu ni. Jom kita lompat katak. picture dari google Apa plan korang esok? Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Resepi makanan Bayi - Puri Barli

Image
As-salam, Minggu ni kita try puri barli pulak untuk si hero. Senang je buatnya. Mula-mula ambil segengam barli, cuci bersih-bersih. Kemudian rebus sampai betul-betul kembang. Bila dah cukup kembang, sejukkan sekejap. Lepas tu blend sampai dapat texture yang dikehendaki. Cukup 3 bullet. Boleh frozenkan. Tahukan anda, bijirin barli tinggi dengan sumber terbaik serat permakanan. Serat yang tidak mudah larut yang terdapat didalam bijirin barli baik untuk penghadaman.   Love, mar ******************************************************************************* Promosi Meal Shakes Buy 3 Free 1 berakhir Oktober ini. Cepat grab stok anda sebelum terlambat. Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Sakit Mata

Image
As-salam, Dah 2 hari sakit mata. Merah je pastu bertahi. Sebenarnya last week pun kene juga, tapi dah baik. Semalam kena balik. Hari ni tak tahan baru pegi klinik. Mengadakan. Kalau korang ada tanda-tanda awal sakit mata boleh cuba rawat dengan cara macam ni; 1. Menggunakan susu ibu - titikkan sedikit susu ibu kedalam mata. atau 2. Rendam mata kedalam larutan air garam Kalau tak baik juga, pegi la klinik. Sakit mata ni boleh berjangkit. Harap tak berjangkit dekat athmar dan naurah la. Nak tepek sikit gambar comel aku dengan mata merah berair ni. Hehehe. Ok dah dapat MC, so nak balik rumah sekarang. Sape nak MC, nak ambik sikit virus ni. Salam jumaat.  Love,  mar 

Resepi makanan bayi - Puri keledek

Image
As-salam, Hari ni nak share puri keledek yang aku baru buat semalam untuk athmar. Memang mak-mak sangat kan. Meh aku tunjuk step by step. Memula sediakan seketul keledek sederhana besar. Yang ni saiz kecik. Aku potong 2 sebab periuk kecik. Kemudian rebuskan keledek tersebut sampai empuk. Tak ambik pulak gambar tengah rebus. Dah cukup lembut, toskan sekejap untuk sejukkan sikit keledek tu. Tapi kalau jari korang kebal boleh pegang panas-panas boleh la terus kupas kulit keledek tu. Dah kupas kulitnya, potong kecik dan masukan dalam blender. Campurkan sikit dengan fresh ebm atau air kosong. Aku suka campur ebm sebab rasanya lebih enak. Blend sampai dapat kelikatan yang dikehendaki. Texture yang cantik untuk bayi 6 bulan adalah tidak terlalu likat. Lebih kurang macam ni ye. Untuk seketul keledek bersaiz kecil dapat 3 botol baby cube. Ingat, cuba satu-satu jenis makanan selama 4 hari bagi mengesan sebarang alergik terhadap bayi. Puri se...

Aktiviti mewarna

Image
As-salam, Oleh sebab kami belum hantar naurah ke sekolah lagi, jadi kami memikirkan aktiviti yang bersesuaian untuk naurah terutama ketika aku berpantang hari tu. Aktiviti mewarna ni memang elok untuk kanak-kanak bagi melatih otot moto mereka dan melatih mereka lebih fokus. Plaster magnets ni dapat hadiah masa birthday naurah hari tu. Memang menarik benda ni. Setiap clay tu ada magnet, so lepas warna je boleh la tampal di fridge. kemain fokus lagi naurah mewarna Door sign ni pulak beli di Hot Market, Amcorp Mall. Harga dalam RM15. Ada 4 patern iaitu Welcome, Open, Close dan Thank You. Dh siap boleh la gantung di pintu Selain dari membeli, korang juga boleh gunakkan benda-benda lain untuk mewarna. Contoh macam ni, kami warna kulit kerang pulak. Maklum la masa berpantang hari tu dekat Bagan Lalang, so senang la nak kutip kulit kerang. Apa aktiviti yang korang suka lakukan bersama anak-anak? Love, mar ************************************************...

Keluarga kecil ku

Image
As-salam, Bila ahli keluarga makin bertambah, makin bertambah la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Menguruskan 2 orang anak kecil memang bukan mudah. Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang ada anak ramai. Fuhhh memang lelah nak handle sorang-sorang. nak ke mana tu dik oiii Athmar bila dah cecah 6 bulan, dah makin banyak akalnya. Sekarang dah mula merangkak dan memanjat. Tidur dah kurang sebab nak bermain je. Tengah menyusu, boleh pulak dia berpusing pastu tersengeh-sengeh je mengadap muka aku. Melt.. kalau dia takde memang sunyi rumah Naurah pulak sejak ada adik, kemain manja lagi. Lebih manja dari athmar. Nak dimarah tak sampai hati. Layankan je la. Nasib baik minum susu dah tak pakai botol. Kalau tak, tu pun nak suruh mama pegangkan. Naurah sekarang ni dah sebulan lebih diaper free. Setakat ni belum penah bocor lagi waktu malam. Sebelum tidur memang suruh dia ke toilet dulu. Susu pun makin kurang. Siang hari kat rumah pengasuh je minum susu. Malam s...