Wordless wednesday

Assalam,

Aku nak cerita apa pun tak tau. Minggu lepas kerja sehari je. Lepas tu EL sebab naurah pulak warded, muntah, cirit dan demam. Ambik kau pakej. Tahun ni dugaan aku la anak-anak kerap demam. Pak mertua pun pas raya hari tu sakit. So banyak ambik EL. Sampai habis cuti tahunan aku tahun ni. Waaaaa. Habis plan aku nak ke penang christmas nanti. Beria-ia mak buat itenirary untuk percutian ni. Kena postpone pulak.

Hari ni jam 3 petang Snuggbaby akan open slot untuk order custom design baby carrier. Ada 15 slot akan dibuka. Jadi siapa yang nak, boleh la grap slot ni. Aku rasa macam nak berebut jugak. Harap la dapat rebut. Saja gatai nak order SCC untuk naurah 1. Takde la berebut boba dengan athmar. Kot-kot tahun depan tersampai ke langkawi. Ehhh, ada niat nak pegi langkawi la. Takpe babeh, kita niat dulu. Tercapai atau tak itu belakang kira.

Korang boleh tolong suggest tak mana tempat percutian dekat dengan KL yang boleh aku pegi untuk mengubat hati lara ni. Nak bawak naurah tido hotel yang ada pool. Dapat 1 malam pun jadi la. Sebagai penganti sebab tak jadi ke penang tu. Nak ke melaka atau PD rasanya macam pack sangat la. Nanti aku yang tensen pasal jem. Oo ye booking hotel dekat penang tu aku belum cancel kan lagi. Sebab hati memanng dah sampai sana, cuma jasad aku je di sini. Wah melampau..

Korang nak kelihatan lebih cantik menarik meletop gebu gebas tak sempena tahun baru nanti. Bulan ni adalah bulan untuk sihat, cantik, subur. Nanti aku tunjukkan macam mana mau kelihatan lebih cantik di tahun baru nanti ye. Stay tune.

Luv,
mar
bukandutaprodukkecantikan

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato