Mencari bahagia

As-salam,

Dulu saya fikir bila banyak duit, maka saya akan bahagia. Tapi saya jauh tersasar. Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita. Tindakan kita masa happy, tak sama dengan tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya bagaimana nak happy?

Jawapannya ada disebut dalam Al-quran berkali-kali.

Jawapannya adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang kita ada sekarang.

Kita bersyukur kita masih ada tangan sedangkan ramai orang tiada tangan.

Kita bersyukur kita dapat melihat sedangkan ramai orang yang buta.

Kita bersyukur kita masih mendapat gaji sedangkan ramai yang hilang punca pencarian

Bila kita menghargai apa yang kita ada, kita akan lupa apa yang kita tiada. Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu, tiada ini. Sedangkan kita sudah ada banyak benda yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, kita akan rasa lebih bahagia. Bila sudah bahagia, tindakan kita akan berlipat kali ganda lebih mampat. Dan dari situ bermula, duit akan datang lebih cepat.

Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka pada anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada pelanggan.

Jangan pandang rendah pada ayat "Don't worry, be happy"

*sumber: dipanjangkan dari whatapp
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato