Borak petang jumaat
As-salam,
Seronok betul dah jumaat. Hari ni nak balik bagan lalang. Dah lama kot tak balik sana. Adik beradik lain pun balik juga minggu ni. So seronok la dapat berkumpul semua adik beradik. Bila dah besar ni, memang jarang sangat dapat berkumpul. Masing-masing sibuk kan. Nanti anak masing-masing dah besar lagi la payah nak berhimpun semua sekali.
Rabu hari tu aku bagi tau pasal nak berebut slot SCC snuggbaby kan. Punya la beria aku menunggu depan pc dari jam 2.45 petang. Tepat pukul 3 dapat masuk slot, add to cart, lepas tu isi details. Sekali time nak check out tup..tup dah out of stock. WTfishhhh. Tak sampai seminit ok. Melopong mak tau tak. Ingatkan dah berjaya la rebut slot tu. Kenapa snuggbaby laku sangat ni. Sedih mak.
Kemarin pegi secret recipe sebab en. fuad nak order kek untuk kawan baik dia nak bertunang. Tak tau nak kasi apa so sponser kek sebijik la untuk kawan dia. Dah alang-alang tu terus la dinner sekali. Saje try fish and chip. Tapi bagi aku sedap lagi fish and chip di Mahhanttan Fish Market. Naurah pun order fish and chip kids meal. Banyak jugak dia makan. Alhamdulillah dah berselera balik. Risau je bila naurah takmau makan hari tu. Jenuh paksa dia. Ni dah ok balik selera dia. Tapi kalau tanya naurah, penin gak nak ikut selera dia. Nak sushi la, nak mee taiwanese la, nak hor fun kat old town white coffee la. Kalau hari-hari nak ikut selera macam ni memang rabak la kan.
Psss... Korang nak cantik tak? Meh rapat sini. Bulan ni ada double promotion dari shaklee tau. Nak tau apa tu? Tengok ni..
Buy 2 and get 5% off. Beli 2 vitamin samada Vita C atau Vita E dan dapatkan pada harga yang murah. Memang jimat sangat-sangat. Kalau korang nak cantik memang elok beli ni. Almaklum la Vitamin E dan Vitamin C memang sinonim dengan kecantikan bukan. Lebih-lebih lagi untuk dapatkan kulit yang sihat.
Nak lagi best, beli enam dan dapatkan 1 botol secara percuma. Banyak sangat? Ajak la kawan-kawan share. Boleh la cantik berjemaah. Apa kebaikan Vitamin C dan Vitamin E. Banyak sangat tau. Rugi siapa tak nak makan ni.
Vitamin E Complex dapat menolong melawan penuaan pra matang pada kulit, mengurangkan kolestral, antioksidan, mengurangkan kesan parut, kedut dan bintik penuaan, melindungi jantung dan mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Ia juga di gelar VITAMIN CINTA.
Sustained Release Vita C pula membantu dalam penghasilan kolagen, antioksidan semulajadi, menggalakkan gusi, gigi, tulang otot dan salur darah supaya sihat, menolong mengurangkan alergi. Sustained Release adalah kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit.
Apa tunggu lagi. Dapatkan vitamin kecantikan korang sekarang. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
luv,
mardiani
Shaklee Independance Distributor
Comments
Post a Comment