Babywearing vs Stroller
As-salam,
Penting untuk korang follow TICKS rule bagi menggendong bayi. Ini penting bagi menjamin keselamatan baby korang.
Stroller antara benda yang wajib dibeli oleh pasangan yang tengah expeting anak kan. Tak tipu la sebab dulu aku pun macam tu. Masa duk mengandungkan naurah dulu sibuk nak usha stroller. Tapi tak beli pun sebab masa tu pinjam along punya. Masalah tentang stroller ni, masa naurah baby dia langsung taknak duduk dalam stroller. Masa dia tidur boleh la letak kejap. Tapi bila dia jaga, meraung la dia mintak di angkat. Sudahnya memang jarang guna la. Bila dah besar ni baru la dia nak duduk dalam stroller. So masa kitorang nak ke legoland, beli la buggy stroller sebab kompem tak larat nak dukung dia.
Masa ngandungkan athmar aku baru berkenalan dengan babywearing ni. Aku pernah cerita pasal terbeli fake ergo kan. Lepas tu sementara nak beli Soft Structure Carrier (SSC) lain, aku guna Ring Sling brand Babe Sachi. Sekarang dah beli SSC brand Boba 4G. Memang best pakai SSC ni, tak terasa beban berat pun kendong athmar walaupun pakai berjam-jam lamanya.
Benda baik kena la di kongsikan. So aku kasi alang, dik wan dan kak yong test drive SSC ni. Semua kata memang selesa pakai. Alhamdulillah kak yong pun dah mula menggendong anak dia yang bongsu tu. Semalam baru pegi beli preloved TULA carrier dari sorang sweet mommy. Cantik sangat ok carrier tu. TULA memang antara carrier yang aku nak dan dok usha sebelum beli Boba. Tapi TULA lagi mahal dari Boba. Masa tu en. fuad offer beli Boba je, so terima je la. Meh tengok action pic kami ber babywearing.
Lepas dapat TULA terus pegi test drive. Kak yong kata memang berbaloi membeli. |
Di dataran merdeka, kebetulan ada mini konsert awie & kristal. |
Macho kan bila bapak menggendong anak. |
Kadang-kadang naurah yang 4thn tu pun nak up jugak |
Ada orang cakap menggendong ni macam bibik. Hello, ibu-ibu seluruh dunia menggendong anak ok.. Jangan la kolot sangat.
Pada yang teringin nak menggendong anak, tapi tak tau macam mana nak mula. Aku kasi tips sikit ye. Meh join group Malaysian Babywearers. Banyak info dan ilmu dalam menggendong anak yang boleh korang dapat. Yang penting, masuk group tu rajin-rajin godek file dan baca. Kami langsung tak menggalakkan penggunaan Crotch Carrier, iaitu carrier yang mempunyai narrow base sebab tak support kaki anak sepenuhnya. Penggunaan CC yang terlalu lama boleh sebabkan hip dysplasia. Lagipun anak tak selesa dikendong macam tu. Tengok dalam gambar di bawah ni, yang mana korang rasa lebih selesa, kanan atau kiri?
Ada juga yang takut anak-anak akan menjadi kengkang bila di gendong macam tu. Sebenarnya itu adalah posisi seperti didalam rahim. So don't worry tu semua mitos je ye.
Penting untuk korang follow TICKS rule bagi menggendong bayi. Ini penting bagi menjamin keselamatan baby korang.
Lagi 1, tolong jangan kendong baby dengan posisi facing out. Walaupun di kotak carrier ada suggest position untuk menggendong, tapi facing out bukan posisi terbaik. Baca ni ye.
Memang banyak jenis alat kendongan yang di jual di pasaran. Pening fikir nak beli jenis atau brand apa. Sebab tu aku suggest join group malaysian babywearers. Mommy-mommy di sana selalu buat gathering. So kalau korang nak, boleh la join gathering tu. Kat sana nanti boleh la cuba carrier yang ada. Beli carrier ni macam beli kasut. Kene try dulu mana yang selesa. Sebab apa yang selesa pada aku, maybe tak selesa pada korang.
Bagi yang tertanya, antara stroller dan baby carrier mana yang ok. Kedua-duanya ok. Bergantung pada cara penggunaan kita. Stroller ni kalau anak tido atau memang jenis tak kesah memang senang la letak je dalam tu. Cuma masalah kalau anak jenis tak nak duduk dalam stroller macam anak-anak aku ni. Lagi 1, kalau pegi tempat sesak atau ramai orang, leceh sikit berstroller ni. Asik terlanggar orang je. Nak naik turun dari 1 tingkat ke tingkat lain pun susah kene tunggu lift. Kadang-kadang lebih 10 minit nak tunggu lift je. Ada setengah tempat pulak tak stroller friendly. Banyak tangga. Jenuh la nak angkut stroller. Lagi 1, kalau kereta kecik, penuh bonet dengan stroller je. Bila nak pegi bercuti, jenuh la.
Babywearing pulak memudahkan kita menggendong anak tanpa rasa lenguh. Cuba la dukung anak bare hand, 10 minit je dah lenguh kan. Nak kemana-mana pun senang, tak payah tunggu lift. Bonet kereta pun tak penuh. Yang paling best, boleh menyapu, menjemur kain, memasak, mandikan anak sulung sambil kendong baby. Tak kan nak usung stroller dalam rumah pulak kan. Lagi 1 yang bestnya, boleh carry baby sambil susukan baby. Mudahnya berbabywearing dan breastfeeding.
love,
mar
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment