Persediaan untuk berkahwin

As-salam,

Ehhh bukan aku yang nak berkahwin ye. Mak dah kawen tau, anak 2 lagi tau. Ni nak cerita tentang persediaan untuk berkahwin kursus untuk pasangan yang tengah dalam perancangan nak kawen tu. Al-maklum la dah dekat hujung tahun, memang musim kawen kan.

Sebenarnya nak cerita ni sebab baru-baru ni kawan En. fuad datang jumpa dia pening-pening kepala fikir pasal persediaan untuk bertunang dan kawen ni. So sebagai orang yang dah kawen ni meh akak share sikit tips tentang perancangan bajet ye. Nak kawen ni memang banyak belanjanya kan. Mau pitam nak pikir.

Bila cerita pasal nak kawen ni, semua excited kan. Mula la berangan nak buat majlis yang meriah, pelamin yang gah, pakai baju vogue, kek 3 tingkat, photographer, barangan hantaran, honeymoon dan macam-macam lagi. Memang semua tu perlukan duit kan. So cmne tu?

Semua ni ambik dari pengalaman ahkak sendiri ye adik-adik sekalian. Masa aku nak kawen dulu, gaji aku kecik je. Gaji en.fuad pun kecik. So pening juga la fikir macam mana nak buat. So setahun sebelum berkawen, aku dah mula buat preparation. Memula book dewan dulu. Kalau korang plan nak buat majlis di dewan, sila tempah awal-awal ye. Kang takde venue, menangis pulak korang.

Kemudian boleh mula cari mak andam. Bila cari awal, kita boleh pegi banyak tempat untuk buat perbandingan harga. Benda macam ni memang tak boleh buat last minute, nanti bila duk rushing mula la main ambik mana yang sempat je. Lagi 1, kalau booking awal, korang boleh la buat installment plan. Bincang dengan mak andam pilihan korang tu. Takde la terasa sangat kan bila buat installment plan ni. Dulu aku bayar sebulan rm100 macam tu, sampai la hari pasang pelamin.

Antara benda penting yang wajib ada masa hari bersejarah korang tu, cameraman. Rugi la kalau tak abadikan kenangan. So macam mak andam, korang cari la cameraman seawal yang mungkin. Pun boleh bincang dengan abg cameraman untuk installment plan. Tu pun aku buat jugak. Hehehe..

Cerita pasal hantaran ni, kompem ramai yang teruja. Nak 9 dulang balas 11 dulang, nak 13 balas 15. Tak kisah la bape banyak dulang yang korang nak. Takde orang nak marah pun. Masa aku nak kawen dulu aku buat cmni. Sebulan beli 1 barang. Ataupun dua bulan sekali beli 1 barang. So merasa la beli barang yang best sket. Nak keluar semua sekali rap, mak tak mampu. Pastu hantaran tu semua aku deko sendiri. Bukan la terror mana sangat pun. Tengok majalah or google, pastu ikut la sikit-sikit. Memang lebih jimat la daripada upah orang buat.

Untuk mas kawen pulak, ikut negeri. Tapi ada gak yang bagi lebih ke bakal isteri dia. Tak kisah la. Kalau mampu, kasi la lebih. Itu hak isteri dan sebagai penghargaan untuk wanita pilihan kalian. Duit mas kawen tu pulak si isteri buat la beli barang emas. Nak beli cincin ke, rantai ke, gelang ke terpulang la.

Ok la aku cerita sikit je dulu. Nanti aku sambung kisah persediaan lain pulak. Tapi persediaan untuk malam pertama aku malas nak cerita la, pandai-pandai korang la cari sendiri ye.


Mar,
Weeding planner tak berdaftar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato