Posts

Showing posts from December, 2012

Jelly bunny

Image
Banyak kengkawang yang sibuk duk post pasal kasut ni. Tak kiralah di pesbuk ataupun di blog. Aku pun apa lagi gedik gak la nak sepasang. So jumaat lepas time lunch hour bergegas ke ke KLCC. Target cuma nak ke kedai jelly bunny je. Ramainya orang kt dalam kedai tu. Tak peduli aku rempuh je terus. Berpasang-pasang yang aku ambik untuk try. Tapi frust gak sket sebab banyak yang aku berkenan takde saiz. Jenuh gak memilih. Sedar-sedar jam dah kul 2.15pm. Lunch hour abis 2.30. Dari KLCC ke asia jaya lebih kurang 30minit. Haaa kompem masuk opis lambat. Lambat pun lambat la janji tercapai hasrat di hati. Hahaha ambik ko sekali 3 pasang aku cekau. tapi lom test drive lagi.hehehe Harga kasut jelly bunny ni ok la tak mahal sangat. Kasut yang aku beli tu yang kaler grey tu RM39, yang kaler purple tu RM49 dan lagi 1 tu RM29. Jadi total semua RM117. Kira ok la kan. Kalau berminat nak dapatkan kasut jelly bunny ni boleh la ke KLCC. Di LG berdekatan dwngan butik Uniqlo ye. Pengeda...

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Image
Tengah rajin nak update blog. Jom kita cerita pasal makan-makan. Sabtu lepas aku ke jeram pekena ikan bakar. Kak lin dah ajak nak ke restoran ni dah lama dah. Dari pas kenduri kawin alang lagi. Asik tertangguh je. Kali ni aku paksa semua block date masing-masing untuk join. Mak ayah pun di kerah untuk turun ke KL jugak. Alhamdulillah tahun ni aku ada rezeki lebih sikit, so boleh la di kongsi beramai-ramai. Kami gerak dari rumah pukul 4.30ptg. Plan asal nak gerak kul 4. Tapi biasa la kan, mesti ada yang terlewat. Sampai di restoran aroma tu dalam kul 6.30ptg. Masa ni dah penuh meja. Nasib dah booking awal-awal. Kami semua dalam 20 orang termasuk budak-budak. Mana yang tak booking, terpaksa la menunggu. Sebaik sampai en. fuad dan along terus pegi pilih ikan. Budak-budak sibuk nak ke pantai. Ikan yang di pilih ialah kerapu, siakap, pari dan kembung. Pastu pilih udang dan sotong. Nama je nak pegi makan ikan bakar, tapi kami tak buat bakar pun. Kerapu tu buat masak 3 rasa manakala ...

Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Image
Minggu lepas family en. fuad bertandang ke rumah aku. Diorang sampai malam sabtu, sebelum tu kami ke Jeram makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar. Nanti aku ceritakan. Sebelum tu, ni cerita ke Bukit Tinggi, Pahang. Takde dalam agenda pun sebenarnya nak ke Bukit Tinggi ni. Pagi ahad ayong tanya aku, apa program untuk hari ini. Kesian pulak kan, takkan la jauh-jauh diorang datang nak terperap dalam rumah je. Aku tak kisah nak kemana, cuma gtau ayong kalau kita ke KLCC aku nak cari kasut. Sekali pejoi ajak ke Bukit Tinggi. Ok gak la kan memandangkan aku pun tak penah sampai lagi kat sini. So terus bersiap-siap dalam kul 11 pagi kami bertolak dari umah aku. Perjalanan lancar je. Dari rumah aku di ampang ke Bukit Tinggi ni ambil masa hampir sejam. Masa balik laju sikit sebab menurun bukit kan. Anak-anak ayong, lisa dan kak ngah naik kereta aku. Biasa la semua suka naik kete aku sal, mak lang ni kan best. Hiii.. aku, naurah,  lisa dan kak ngah.  tu dia dh nampak cas...

kuantan trip

Image
Ok dh janji bape lama dah kan nak citekan pasal percutian ke kuantan tempoh hari. Dah boleh masukkan gambar, baru best nak bercerita. Tapi tak banyak sangat la gambar. Ti slow plak jadinya. Aku masukkan mane yang penting je la ye. Just read my story. hihi  port wajib ambik gambar di Gambang Waterpark  Sesampai di Gambang, pas settle tukar baju kami ambik gambar dulu la. Bukti kami dah sampai sini. Ohh lupa ari tu nak kasi tau harga tiket kan. Masa kami pegi tu tengah promosi, harga RM23.90 bagi dewasa dan RM 15.90 bagi kanak-kanak. Kalau harga asal pun tak jauh beza sangat la. Kalau entry sebelum ni aku cakap sal jangan compare Gambang Waterpark ni dengan Sunway Lagoon kan. Aku baru pegi Sunway isnin lepas, ok boleh gak compare la. Bagi aku untuk wave pool, gambang lebih best sebab wave memang kuat. Pool untuk kanak-kanak, sunway ok sebab banyak pilihan. Naurah mandi sakan. Ntah berapa jam berendam tak nak naik makan langsung.  mulut ikan tu akan menuangkan ari. ...

sayonara dear friend..

Image
entry yang sangat tertangguh. last friday diela last kat crystal plaza. geng makan aku ni. Mula kenal dengan diela masa dia bertukar ke crystal plaza 3 tahun lepas. masa tu aku tengah preggy. reaksi pertama diela bila tengok aku, "menyampah aku tengok minah ni, muka ala bagus je" ok tu memang biasa aku dengar. Orang bagus, mesti la muka pun ala bagus. Hahahah Kebetulan diela pun preggy juga masa tu. Kami mula rapat sebab selalu berkongsi cerita tentang pregnancy. Masing-masing tak sabar untuk menimbang anak maklum la anak sulung. Sampai la lepas bersalin, kami mula mengepam susu bersama. Sejak itu, kami lebih rapat. Rupanya kami sekepala. Persahabatan aku dengan diela banyak mengubah diri aku. Apa yang aku nampak pada diri diela ialah, dia tak kedekut berkongsi. Apa saje yang dia ada, walau sedikit apatah lagi jika banyak pasti dia akan offer pada orang. Diela tak pernah berkira, lebih-lebih lagi dengan insan yang rapat dengannya. Dari situ aku mula belajar b...

Bukit Gambang Water Park

Image
Sebenarnya nk update cerita tentang trip ke kuantan. Tapi check dalam PC cuma pic kat gambang je yang ada. Aku tak tau apa masalah dengan hp aku sekarang, tak boleh nak transfer pic yang latest ke PC pulak. Bila cucuk cable, yang appear cuma pic lama je. Sape yang pakai Samsung Note, ada problem cmni tak? Apa korang buat ek. Takpe la kita cerita pasal gambang dulu la ye. Kami sekeluarga ke gambang pada 8/12/12. Mula-mula rancang nak gerak dari umah aku pukul 7.30am. Dah banyak kali remind along & alang suh berkumpul kat rumah aku pukul 7 pg. Mak & ayah dah sampai kat rumah aku dari jumaat lagi. Kali ni kami paksa mak ayah join sama. Mula-mula ayah macam berat hati juga nak join. Sebab sebenarnya dia nak join makcik-makcik dari kemaman pegi bercuti ke langkawi. Kami adik beradik taknak pegi sebab alang tengah sarat. Tak seronok la pegi bercuti kalau kurang korom kan. Akhirnya ayah mengalah, setuju nak join kami. hihi Disebabkan ramai kepala, so plan sepatutnya ber...

9.12.12 dan 12.12.12

Image
dah lama lepas pun tarikh ni. tapi lupa nak update. sibuk plus penat setelah vacation. ti aku update cite sal percutian aku ke kuantan ye. before that nak update sal 2 tarikh ni.  ok apa ada dengan tarikh 9.12 ni ye. kalau 12.12.12 tau la no cantik kan.. jangan buat2 lupa la ye 9.12 tu kan birthday ai.. tahun ni celebrate kat kuantan. tapi yang hangin tepat 12.00mlm takde sorg family aku yg msg wish bday including my deary hubby. kecik hati mak ok. masa duk jauh dulu slalu en.fuad la org pertama kol dah wish. ni bila dh duk sama dia leh lupa. hampeh. malam 9.12 tu kami menginap hotel sentral kuantan. tak salahkan sangat la rest of my family member sebab maybe diorang dah tertido keletihan sebab seharian berendam main air di gambang water park. yg aku hangin kat en.fuad sal malam tu dia leh kuar bilik lepak kat lobby hotel ngan budak2 hotel sambil jual rokok lektrik dia tu..uuhh tapi sweet la pagi 9.12 tu time bekpes kat restorant hotel tetiba ayah nyanyi birthday song kat ...

touched

afdlin sauki... sape tak kenal nama tu kan. aku bukan la peminat afdlin. selama ni aku lihat afdlin sebagai lelaki urban yang hanya sukakan dunia glamor. nyata jangkaan aku silap. kesal dengan sikap jugde a book by its cover ku. pagi tadi ntah macam mana aku terclick fb afdlin. nyata hatiku benar-benar tersentuh bila tengok gambar afdpin di gaza. sungguh aku tak sangka lelaki glamor seperti afdlin, bront dan zain saidi sanggup tinggalkan keluarga, anak, isteri, kesenangan, keselesaan dan ketenangan di bumi bertuah malaysia untuk menyelami sendiri penderitaan rakyat palestin. aku menatap gambar dan status fb afdlin sambil menahan sebak. sumpah kalau bukan sebab aku dalam LRT pg tadi dah tentu aku menangis. sungguh tulus hati mereka kerana sanggup bersusah demi membantu saudara islam di gaza. Ya Allah kau lindungi la mereka dan semua umat islam di seluruh dunia. berila kekuatan buat mereka agar mereka dapat terus berjuang menegakkan agamamu. andai kata mereka gugur dalam menegakka...

kasut

Image
sape yang suka kasut sila angkat tangan.... hahaha kompem majoriti perempuan yang sukakan kasut kan. tapi ni aku bukan nak cerita pasal kasut dewasa. aku nak cerita tentang kasut baby. mungkin ada setengah orang beranggapan rugi beli kasut untuk baby sebab bukan diorang boleh jalan lagi. ok terpulang pada pendapat masing-masing. tapi tu bukan alasan korang untuk biarkan kaki comel baby korang togel tanpa sebarang kasut atau stokin bila korang keluar ye. banyak kali sangat aku nampak baby yang dipakaikan baju yang sungguh cantek tapi bila tengok kaki, bogel je. kesian kat baby tu la. tak lengkap. kasut adalah pelengkap tau. kalau tak berkasut pub atleast pakaikan la stokin. tiada istilah panas ye sebab badan baby tak sama dengan badan kita yang dewasa ni. lagipun kalau dibiarkan bogel je kaki tu takut ti masuk angin pulak. korang taukan kat kaki ni banyak urat. sebab tu la urut reflesologi kat tapak kaki. so please jangan biarkan kaki comel baby korang bogel je. hiasi kaki ...

ke salon

Image
last naurah dipotongkan rambutnya masa hari ke 40 lepas kelahirannya. masa tu cukur botak. since tu naurah tak penah potong rambut lagi. bayangkan panjang mana rambut naurah pas 2thn 10bln. tu pun puas pujuk gak untuk dipotong rambut.  mula-mula aku potong rambut dulu. sambil tu en.fuad borak2 dan pujuk naurah untuk potong rambut. nasib bila dah duk kat kerusi dia diam je.. bagus anak mama. aku suh hair stylish tu potongkan sket je. layerkan buat v cut. janji boleh ikat. sebab aku suka ikatkan rambut naurah dengan macam2 gaya. ok puas ati dengan hasilnya. semakin cun anak mama ni..hehehhh muka tenang je sambil tersenyum

it's december.

wow dh bulan 12 rupanya.. cepat  betul masa berlalu.. rupanya dh hampir setahun ad berpindah ke kl. ok check balik wish list last year. ada beberapa perkara dah tercapai. ada gak yang belum tercapai. kita cite dengan yang belom la.. 1. pegi bercuti. ingat nak 2nd honeymood. tapi lom kesempatan lagi. next year la insya allah time anniversary g 2nd honeymoon. kali mesti lagi best sbb ada naurah.. kacau daun? ohh no tak mungkin tinggalkan naurah.. 2. saving dapat la simpan sket2.. tapi tak leh dikira berjaya 3. rajin masak memang sangat fail. boleh kira bape kali je la aku masak. asik makan luar je. haihhh 4. ajar naurah membaca camne nak berjaya, baru cakap baby ikut mama sebut A, naurah terus berpaling sambil cakap huh... baru je cakap baby cepat sebut 123 mama nak dengar, naurah jawab ala 123 baby dah tau.skg baby nak tengok tv...adoiii 5. tambah anak erkkk... tembakan lom tepat...hahahah ok yang dah tercapai. 1. nak ada kete. alhamdulillah dah memiliki kereta...