Posts

Showing posts from September, 2011

GEDIK

korang kalau tengok aku bergambar mesti cakap "GEDIK GILE POMPUAN NI" mesti ada yang cakap tak boleh blah kan... bajet cun je... ok aku memang gedik time bergambar.. itu aku tak nafikan. aku gile bergambar. pantang nampak kamera, situ aku tuju.. pastu bila posing memang tak hingat-hingat.. mengalahkan dynas mokhtar.. hehehehe.. tapi aku memang kalah la kan, dynas tu tinggi menggalah. aku ni rendang tak berbuah je. dynas tu cantik tak hingat.. aku ni cantik di mata suami.. ye ke ?... hahahaha tapi aku ni bukan bangsa pompun gedik ok. nak-nak bila dengan jantan... aduiii aku cukup allergic dengan pompuan yang buat-buat gedik dengan jantan. depan jantan kemain control konon dia la pompuan melayu terakhir yang paling ayu.. tapi bila tak de jantan, gelak mengilai mengalahkan cik ponti.. tolong la weii jangan nak propa ok... aku ni memang kalau orang tak kenal, bila tengok muka aku mesti mengata aku ni sombong. berlagak bagus jer.. hahahaa.. tapi bila dah kenal, mesti orang caka...

Perang dingin

Salah ke aku bila aku berkeras minta dia berpindah ke sini? bukan demi aku, tapi demi anak. anak dah makin membesar. dia perlukan mama & papanya. sebak hati aku bila si kecil memanggil papa setiap hari. tiap kali hp aku berbunyi, dia sure ingat papanya yg kol. tiap kali papa dia hang up phone, mesti dia menangis. si kecil bukan la bercakap sangat tiap kali papanya kol, tapi dia suka mendengar suara papanya. tiap kali aku tengok si kecil menangis bila papanya hang up, aku menangis dalam hati. sedih sangat-sangat.... tak tau dah berapa hari kami berperang dingin. tiada lagi panggilan mesra dan ucapan manja. aku berkecil hati, dah aku tau dia pun kecil hati jugak. masing-masing tak mahu mengalah. aku dengan pendirian aku, dia dengan pendapat dia. mangsanya, anak? aku tak marah kalau dia berusaha cari kerja kat sini. tapi sampai sekarang aku tak nampak usaha dia tu. balik-balik cari kerja lain kt area perak gak. mana aku tak sakit hati. bila aku suggest kerja kat sini, ada j...

SAKIT HATI

Maaf aku terpaksa melepaskan geram dan marah di sini. bukan niat aku nak menjaja cerita. tapi hati ni terlalu sakit, perit dan sedih. susah aku nak jelaskan. kenapa susah sangat untuk dia memahami kehendakku. kenapa susah sangat dia nak membuat keputusan untuk kemari. apa yang dia takut sangat hidup di sini. aku tak faham. tak penting kah kami ni dalam hidup dia. aku benci...aku kesal dengan apa yang berlaku. tapi perjalanan hidupku harus diteruskan. aku seorang yang kuat. aku yakin aku kuat untuk harungi segalanya. tapi macam mana dengan si kecil? YA ALLAH, KAU BANTU LA DIRI KU INI...

Baby Aura tak sihat.

Image
Tengah malam tadi aku terjaga sebab baby aura nak menyusu. tiba-tiba aku terasa badan dia panas sangat. time tu dalam pukul 1.30am. terus aku bangun, suapkan baby aura ubat lepas tu jelum dengan air + asam keping. alhamdulillah pagi ni dah turun suhunya. tapi aku tetap bagi makan ubat jugak sebelum hantar ke rumah bs dan bekalkan ubat. takut suhu dia naik tiba-tiba kat rumah bs pulak. Biasanya aku akan ambik cuti kalau baby aura demam. tapi memikirkan cuti dah tinggal sikit je tambah pulak suhu badan baby aura dah tak tinggi, so aku pegi juga la keje. tapi mood kerja memang tak ada la. risau pikirkan keadaan baby. harap tak ada apa-apa la. Ya Allah, kau lindungi la permata hati ku itu dari sebarang kejadian yang tak diingini. kau berikan lah kesihatan yang baik buat dirinya. sesungguhnya aku terlalu menyayangi anakku itu melebihi nyawaku. suka sangat naik basikal. tu basikal kak dina. hujung minggu ni insya allah kita pegi beli basikal baby ye. mama luv u so much sayang...

Jamuan Raya lagi.

Aku baru lik dari jamuan raya peringkat bahagian pulak. syoik jugak la tahun ni sebab makanan banyak dari 2 tahun lepas. tapi yang lagi syoik sebab aku dapat hadiah. hahaha.. terkejut gak aku. memang tau aku menang tapi tak sangka pulak tempat pertama. aku menang apa? hehehe aku menang shape up program. few months ago, bahagian aku buat pertandingan shape up sempena minggu kesihatan. aku join suka-suka je. memang BMI aku ketegori normal. puasa hari tu berat badan aku turun banyak pulak. sal tu la menang. rezeki.. hadiahnya ialah vitamin. alhamdulillah tak payah aku nak beli vitamin. jimat duit aku.. ti aku upload gambar-gambar jamuan raya kt opis aku & peringkat bahagian ni. sal hari ni malas nak edit. banyak sangat pic gedik. hadap la nanti..  

keMALASANan...

Dah bape hari tak jenguk blog. banyak cerita nk story mory tapi malas nak mengarang. hari ni tak sempat sebab jap lagi aku nak kene g training kat ILSAS. dalam kul 1 keluar la dari opis. hope training abis awal leh cabut lik umah awal. tak kuasa la nk masuk opis balik kan. Ti kalau lik awal, nak kemas umah sket. kain baju pun dah bape hari tak bercuci. malas jugak. pastu nak pegi pm lak. tau ke pm tu apa? pasar malam la.. nak beli stok lauk sal semua dah abis. dah 2 hari anta bubur kosong je ke bs baby aura dengan harapan bs leh masakan sup untuk si kecik tu. kesian anak aku tu. so hari ni nak beli ikan & ayam. hari tu buat sup ikan untuk baby aura. dia suka lak. dulu aku penah masak bubur ikan. time tu masak sekali dengan nasi. hampeh si kecik tu tak suka langsung. hanyir la tu kan. teruk betul mama ni kan ada ke kasi anak makan cmtu. kali ni buatkan sup, tumis bawang sket, letak potato, letak sayur sket, hurmmm makan sampai licin mangkuknya. bagus anak mama.. ok mau bersiap-sia...

Sayangkan anak...sayangkan isteri

Jika sayangkan anak tangan-tangankan Jika sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Boleh pakai ke pepatah tu? tangankan anak untuk mendisplinkan anak. aku boleh terima itu asalkan tidak mencederakan anak. dulu sewaktu kecik, kami adik beradik selalu kena rotan dengan ayah bila kami buat salah. tapi ayah merotan hanya di kaki dan tak la bertalu-talu. cukup dalam 2 atau 3 kali sebatan sebagai peringatan. hasilnya kami membesar menjadi lebih baik disebabkan displin yang ayah telah terapkan. namun untuk kata-kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan macam mana pula? adakan permaksud tinggalkan isteri sementara untuk keluar mencari rezeki. untuk berapa lama? 8 jam? 9 jam? atau bermaksud berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin juga berbulan-bulan. adakan itu pengorbanan?  bila dah terlalu lama ditinggalkan, tak mustahil kan sayang tu akan mula menghilang? aku tak cakap tentang perkahwinan aku dan en hubby. memang kami PJJ. namun alhamdulillah setakat ini kasih sayang kami tetap utuh. c...

Nursing In Public - kempen flashmob breastfeeding di klcc tu memalukan??

Image
Baru-baru ni dalam KIM ada sorang mommy ni post tentang ada viewer yang komen menghentam kempen flashmop brestfeeding kt KLCC. aku pun terus la gogel youtube. sebab dulu masa mula-mula aku view clip tu dulu takde pulak yang menghentam. rata-rata memuji kempen yang diadakan tu. aku pun ralat sebab tak sempat nak join aktiviti tu sebab tak tau lebih awal. bila baca hentaman-hentaman tu terus aku tergelak. sebab mereka yang menghentam tu nampak tak tau apa yang diorang cakapkan. sedap-sedap je jari-jari korang nak komen ye. nak kutuk kaum-kaum ibu yang breastfeed anak kat public pulak. sekurang-kurangnya ibu-ibu tersebut ada kesedaran, keberanian & ada ilmu tentang kepentingan susu ibu ni. korang tu apa yang ada? kat sini aku nk tegaskan kempen flashmob breastfeeding ni bukan kempen untuk menayang buah dada sape lagi besar, buah dada sape yang dah lonyot, buah dada sape yang cantik ye. tapi satu kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan susu ibu dan adalah hak...

Cerita Syawal Episod 2

Image
Ok kita sambung balik cerita raya Khamis 1/9/2011 pagi-pagi dah dapat SMS dari Mai ajak g beraya ke rumah mertua dia di Simpang Pulai. so pujuk-pujuk hubby suh bawak aku pegi. nasib hubby ok. kebetulan diela pun ada di rumah mertua dia kat ipoh. so pegi beraya ke sana sekali la. mula-mula plan nak ke rumah mai dulu, tapi sebab mai keluar beraya so terus la ke ipoh dulu. sampai je kat rumah mertua diela aku tergelak besar. nak tau sebab apa? sebab ni. kebetulan pulak la budak berdua ni pakai baju yang sama. aku dengan diela memang slalu shopping baju anak sama-sama. dan selalunya taste kami pun memang la sama. takpe la kecik-kecik cmni comel lagi kalau pakai sama-sama kan. dah macam kembar pulak. balik dari rumah mertua diela, terus ke simpang pulai lak. dah lama aku tak jumpa dengan mai. last masa aku kawin. tu pun tak sempat nak berborak panjang la. mai sekarang ni dah buat partime make up artis dah. cantik hasil keje dia. kalau korang nak mencari tukang make up untuk apa...

Cerita Syawal

Tadi dah cerita sal photo gedik. kali ni aku nak cerita tentang sambutan hari raya tahun ni. mula-mula start dari hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti. last day iaitu hari jumaat bersamaan dengan 26/8/2011 . mood kerja memang dah totally zero la. hari ni aku bawa si kecik ni ke opis. modus operandi bukan nak kutip duit raya ye tapi sebab ramai officemate aku pun bawak anak masing-masing. so seronok la si kecik ni bermain dengan budak-budak tu. nak kejut dia pagi tu pun punya la senang. just cakap dengan dia "nak ikut mama naik tren pegi opis mama tak" dalam mata pejam pun dia leh jawab "nak". amboi nak senangnya ko ye. slalunye bila kejut suh pegi umah mbok, punya la banyak alasan tak mo bangun tido. sabtu 27/8/11. berdua je dengan si kecik kat rumah. alang dah bertolak balik ke Bagan Lalang malam semalam. motif aku tak nak ikut? aku ni kan isteri mithali, so tunggu en hubby sampai, nak balik dengan dia sekali. baru la terasa suasana balik kampung bers...

Photo Gedik di Pagi Raya

Image
Salam Syawal semua. macam mane dengan raya korang semua. raya aku tahun ni best. raya pertama aku beraya kt kampung mak ayah aku kat Gold Coast. wahh dengar cm dasyat kan. tapi bukan di Australia ye cuma di Bagan Lalang je. kat mana pulak Bagan Lalang tu? Bagan Lalang tu terletak didalam daerah Sepang ye kawan-kawan. Ishh banyak menceceh pulak aku ni. ok la ni sket photo gedik kami sefamily di pagi raya ye. memang acara wajib kami di pagi raya lepas setel bersalaman. ni la family besar aku. tak de la besar sangat. kami 4 beradik. aku anak kedua. along aku, beza setahun jer dari aku. dah berkahwin dan ada sepasang anak. akak ipa aku orang sungkai, perak. memang best dia ni sal boleh sekepala dengan kitorg sefamily. anak diorg pulak yang sulung tu kami panggil dia kak dina, skg ni dh 6 tahun pun umur dia. kak dina ni budak baik. sopan sangat & pandai ambik hati. tapi mulut dia boleh tahan gak la laser. kalau dia dah start komplen, boleh makan hati gak la. hahaha. yang ke2 pula...

Sakit Jiwa

Aku baru nak merajinkan diri untuk menghepdet blog ni. Ingat nak la ceritakan kisah hari raya aku & family. tapi network cm bengong pulak. nak upload pic tak boley.. So tak tercapai la niat murni aku nak share kisah raya. Nanti kalau internet ni dah tak mengong aku update kisah raya aku ye.