Posts

Showing posts from August, 2011

Salam Syawal

Image
Assalamualaikum Baby Aura , mama & papa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua kawan2 yang mengenali kami. maafkan salah & silap kami ye. bagi yg akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Baby Aura akan beraya dengan atok & anny dulu pastu mama cakap insya allah petang raya ke-2 akan balik ke batu gajah utk beraya dengan opah & tok wan pulak. jemput la datang ke rumah ye. babai..

bermanik manik

Image
ni projek charity ye. hehehe... sebenarnya aku beli manik dari zaman anak dara lagi. kononnya nak mengasah bakat dalam bidang jahitan manik ni la. tapi skg anak pun dah umur 1thn 6bln pun xde nampak sehelai pun baju aku yg berjahit manik.. klu ada pun baju nikah dlu tu pun anta tempah. angan-angan je la aku ni ye.. tapi bila aku tertengok baju kak dina yg kosong kaler ijau tu, aku pun terkenang la pada manik2 aku yg dh lama terpinggir tu. so dengan murah ati sempena bulan puasa yg mulia di tambah pulak nak raya ni aku pun offerkan diri untuk menceriakan baju raya kak dina. gigih la aku seminggu untuk menyiapkannya. hasilnya cmni la.. > > > > > > > takde la hebat pun..hahahah tapi cukup la buat aku kembali berminat nak bermain dengan jarum & manik ni..

hangit..

Image
ni bukan kes panggilan hangit ye. tp ni kes aku dh menghangitkan bubur Baby Aura. citenye cmni. semalam aku nak masak bubur budak kecik ni. time tu dlm kul 9 mlm. baru on je api, budak kecik ni mengamuk nk susu. so aku pun landing2 la depan tv sambil susukan dia. semalam lak time berbuka aku dah bedal sebungkus nasi dagang. pehhh mmg sedap.. so bila kenyang mata pun bagai di gam2 pulak dah.. tak sedar aku leh terlelap. sedar2 je alang balik dari terawih, bukak je pintu rumah terus jerit kejutkan aku tanya aku masak pe kat dapur sal dah berasap 1 rumah. kelam kabut aku berlari ke dapur.. dan hasilnya... > > > > > > > > > bis hangit bubur anak aku tu.. waaaa... terpaksa la aku buang kan aje. membazir betul la. kol hubby gtau kejadian berasap ni, dia lak marah aku sebab aku tak pakai slow cooker. bukan taknak pakai ler, tp aku silap pegi beli slow cooker kecik sape suruh. klu masak pakai slow cooker, stok utk 2 hari je

Marsya Naurah the movie

Projek terbaru, menghasilkan video utk di dedikasikan khas buat anak tersayang. Dah siap few weeks ago, tp baru ada masa untuk upload. Hasil yang memberangsangkan bagi 1st time user yang langsung xde pengetahuan dalam menghasilkan video ni. Credit sket ok! Mama & Papa sayangkan Marsya Naurah...Semoga membesar dan menjadi insan yang berguna ye.

rindu papa

Image
walaupun mr hubby jauh, tapi dia rajin kol aku tiap2 malam untuk bercakap dengan Baby Aura. cuma si kecik ni je ikut mood nk bercakap dengan papanya. kadang2 kalau si kecik ni tengah leka tengok cd nursery song or tengah syok main, mmg jangan harap la dia nak bercakap dgn papanya. tapi malam td tiba2 si kecik ni meragam bl papanya end call. papanya tengah bz pulak malam td. so dapat kol kejap2 la. tiap kali end call mengamuk la si kecik tu. tp bila papa kol bukannya si kecik ni nk bercakap pun, just nk dengar suara papanya je. tu yg bila end call, dh tak dengar suara papanya terus dia mengamuk. sedih pulak aku tengok keadaan Baby Aura mlm semalam. mungkin kalau dia leh bercakap tentu dia cakap "baby rindu papa." nasib la hari ni mr hubby balik. baby tak mo nangis2 lg ye sayang. si kecik ni memang manja dengan papanya walaupun jarang bertemu.

Mari ke dapur bersama Mizdeeni

Image
Alamak macam poyo pulak tajuk aku ni. macam la aku ni terror sangat masak. baru ni jer la belajar pegang senduk ngan kuali. tu pun nasib la dh duduk sendiri. klu still duduk ngn mum & ayah, dah confirm2 aku x masuk dapur memasak. hehehe bersempena dengan cuti Nuzul Quran semalam, aku merajinkan diri utk memasak juadah berbuka puasa. Menu kali ni ialah Butter Prawn.. mmm dengar nama je dh meleleh kan.. bahan-bahan yang diperlukan adalah: udang 1 sudu mkn butter 2 biji kuning telur 2 tangkai daun kari 5 biji cili api semangkuk chicken stok sedikit gula cara-cara memasak panaskan kuali, kemudian masukkan butter. bila butter cair, masukkan kuning telur sket2 sambil kacau. pastu masukkan daun kari & cili api diikuti dengan udang. kacau rata. last masukkan chicken stok & sedikit gula. ok siap.. ni hasilnya.. > > > > tempting tak.. aku buat berkuah sket. tp klu korang nk buat kering pun boleh. terpulang pada selera masing-

Tofu with oyster souce

Image
ni keje hari ahad lepas gak la. dah tengah rajin masak pasta utk si kecik tu, kene ada gak la juadah untuk mama. hari sabtu dah masak menu ni, sekali mak ayah suka plak. so ahad masakkan la lagi..hehehe.. tajuk masakan ni cm tajuk entry di atas ye. bahan2 yang diperlukan japanese pressed tofu - cm pic kt bawah - bawang putih 3 ulas - 1 labu - terpulang pada citarasa sendiri - potong dadu oyster souce aka sos tiram lebih kurang 3 sudu. aku suka terus bancuh dgn air panas kicap manis agak2 dalam 1 sudu madu pun lebih kurang 1 sudu minyak bijan sikit je just utk aroma pic masa masak tak sempat ambik sal si kecik tu meragam time tu so campak segala bahan secepat yang boleh cara-caranya: salutkan tofu td dengan tepung beras. dry mixed ye tak perlu campur air. pastu gorengkan sosnya pula: tumiskan bawang putih sampai naik aromanya kemudian campurkan kesemua bahan2 td. masak sampai sebati kalau tak puasa boleh rasa tahap masin or tawar so leh

persis kembar

Image
aktiviti sabtu lepas. kawan opis aku datang rumah. mr hubby dia keje, so dia dtg ngn Baby Ibriz melepak kat rumah aku finally dapat ketemukan jugak budak berdua ni. kami ke carrefour ampang dimana lokasi penggambaran ini dilakukan kecik-kecik comel la duk atas meja cmni kn kusyuk tengok rabbit. ok rest jap nape ngn Baby Ibriz tu Baby Aura lak mmg pantang nampak camera sekali pandang macam kembar kan.

mama mia...it's pasta time

Image
memang penin nak pikir menu utk budak kecik ni. hari2 makan bubur sure jemu kan. kalau kita la, mau muntah kot makan benda yang sama je hari2. so ahad lepas aku try menu baru utk Baby Aura ni. kebetulan time pegi carrefour ari tu terjumpa plak ngn pasta utk baby. kecik comel je, terus aku rembat. cam ni la rupa baby pasta tu keluaran Heinz. bentuk star. kecik je senang la baby nak telan. bahan-bahan yang diperlukan ayam, brokoli & sweet potato kerja paling senang, rebus je semua bahan2 tersebut. pastu aku lenyek2 je bagi hancur. hasilnya... tada.... ok dah siap, baca doa makan dulu ye sayang. uishh muka beria-ria makan tapi opsss... sori mama.. ishhh sape yang tumpahkan ni???? grrrggmmm < marah la ni> saya... ishh sabar je la anak mama ni. penat2 je mama masak dia leh tumpahkan pulak. tak puas ati punya pasal, petang aku try buat lagi sekali pasta utk juada

kisah cowgirl

Image
chehhwah tengok tajuk cm ler aku nk cite kisah cowgirl kt western tu. ada aku kenal ke cowgirl cmni? korang ada? takde kan..takde kan.. jgn tipu pic pinjam dari google.. apakejadahnye aku nk cite pasal minah atas ni. ada aku kisah ke dia nk cium kuda tu ke apa. ni aku nk cite sal kuda padi & budak kecik ni.. korang scroll je la. > > > > ni la kuda yg aku nk cite tu..sekor kuda padi untuk anak kesayangan aku tu. comey tak kuda ni.. leh nyanyi lagi tau. siap ada love liplapliplap lagi kt dahi dia. hehehe.... korang nak tau, aku hangkut kuda ni naik tren tau. jgn tanye aku cmne.. pak guard rapidkl siap stop aku pastu tunjuk signage ni lagi... muakakakah... ko tengok tu siap mulut dia nganga sebut yehaa lagik tau.. muka bangga gila.. tapi jap je la dia nk duk atas kuda tu. pastu dia letak mainan dia lak. ni dia suh cat pink tu naik kuda. ada time barney dia plak. kadang2 tu mama pun k

budak kecik ni punya cerita

Image
asal aku tengok jam jer, masa cm statik je. jam yang statik ke atau aku statik? nape lambat sgt masa bergerak ari nih. bosan la. sebenarnya aku nak cepat petang. nape? sebab petang dah abis keje. hehehe.. ari ni mum ayah datang. yesss best.. minggu lepas balik bagan lalang. opss entry kt bg lalang tak buat lagi. jap lagi aku menaip.. korang nak tau peel Baby Aura sekarang? pagi2 nak anta ke umh mama long dia nak naik kete. apahal nak naik kete, umh mama long sebelah umh mama je nak oiii.. leh pas2 brg ikut tembok je.. tp dari dia mengamuk di pagi2 hari, auntie lunk dia layankan jugak la. kuarkan kete reverse sampai depan umh mama long. ok dh sampai.. mesti dia pelik kan nape kejap sgt duk dalam kete. sket2 cukup, ti papa datang, kita pegi jln2 ok syg. tapi papa dia slalu ckp, ni bkn anak yg nak berjalan, mama dia yg lebih. heheheh.. mcm tau2 je kan. ada 1 insiden yg lawak jadi mlm isnin lepas. masa tu alunk dalam toilet nak ambik wuduk. tiba2 dia berlari kuar dr toilet sam

kehilangan yang pasti dirindui

Salam. Pagi ini aku menerima berita menyedihkan, kematian anak sepupuku yang baru berusia 2 minggu. Tabahlah Anis dengan dugaan Allah. Sesungguhnya Baby Aqmal menanti Anis di syurga kelak. Dugaan Anis sememangnya berat. 2 kandungan yang awal mengalami keguguran. Kandungan yang ketiga ini berjaya hingga 9bulan. Namun di akhir kandungan Anis ditahan wad kerana masalah dengan uri. 20/7/11 bayi lelakinya yang dinamakan Muhammad Aqmal Syahmi selamat dilahirkan melalui operation. Aku sepatutnya melawat anis hujung minggu lepas, namun anis bagi tau baby ditahan di NICU kerana jaundice. Jadi aku postpone la plan tersebut ke minggu seterusnya. Tapi Allah lebih menyayangi Baby Aqmal. Baby Aqmal pergi mengadap penciptanya pada 4/8/11 lebih kurang jam 4 pagi kerana jangkitan paru-paru. Aku tak berapa pasti tentang masalah yang dihadapi sebelum ini. Namun apa yang sempat Anis ceritakan, Baby Aqmal ditahan di wad kerana jaundice selama 3 hari. Selepas keluar, Baby & anis

Salam Ramadhan

Ye dh terlalu lama aku tak menjenguk blog. Sebenarnye banyak cerita yang nk di update tapi masa terbatas. Tambah pulak dengan mood untuk mengarang takda. So semua cerita tersimpan dalam hati je la. Hari ni aku paksakan jua diriku untuk mengarang. So aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia. Semoga dengan kedatangan ramadhan kali ini akan memberi rahmat yang tak terhingga buat kita semua. Dari sebelum mula berpuasa lagi dah banyak jualan sempena hari raya kt supermarket. Kat opis ni pun dh mula jualan kuih raya dari 2 minggu sebelum berpuasa. Semuanya advance. Aku sendiri pun dh mula membeli baju raya untuk si kecil sejak 3 bulan lepas. Bukan apa, yang pertamanya sebab kengkangan duit. Kalau semuanya nak di beli sekali gus time nak raya ni, perit gak nak keluarkan ongkosnya. Tapi bila mula beli sket2 dari awal, so nak raya ni, tak payah penin nak pikir nak beli baju lagi. Duit bonus leh buat bayar kuih raya & bagi angpau sket2 kat