Posts

Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Image
Assalamualaikum Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye?  Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin. Apa Sebenarnya Nikotin? Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses.  Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok.  Sejauh mana kita sedar t

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf otak

Punca Dan Gejala Sakit Sendi Serta Cara Untuk Mengatasinya

Image
Assalamualaikum, Apa itu sakit sendi? Biasanya sakit sendi atau juga di panggil arthritis terjadi kepada mereka yang telah berusia. Namun ramai juga orang muda yang mula mendapat arthritis. Arthritis adalah kesakitan di bahagian sendi, adakalanya bengkak atau kekejangan sendi. 3 kategori arthritis yang paling lazim adalah gout, arthritis rheumatoid dan osteoarthritis. Bagaimana Ianya Terjadi Sakit sendi boleh terjadi akibat ligamen yang terkoyak, luka atau terseliuh.  1. Gout - Menyebabkan sakit yang berulang akibat pembentukan kristal yang terdapat di dalam asid urik. Biasanya ia menyerang sendi di bahagian ibu jari kaki. 2. Kerosakan di bahagian tulang rawan atau belakang tempurung lutut. 3. Arthiris rheumatiod - Sakit sendi di bahagian sendi jari, pergelangan tangan dan buku lali. 4. Osteoarthritis - bengkak di bahagian tisu atau sekitar sendi akibat kerosakan tulang pelindung. Biasanya terjadi kerana faktor umur atau kerana obesiti. 5. Penyakit yang menyer

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral setiap hari

7 Tips Yang Menjadikan Berpantang Czer Lebih Menyenangkan

Image
Assalam, Siapa yang bersalin czer? Perit kan menahan sakit setelah hilang ubat bius. Ramai orang yang akui, bersalin normal lebih mudah di jaga. Saya akui kebenarannya. Pengalaman dua kali bersalin normal dan terpaksa di czer pada kelahiran ke tiga memang memberi pengalaman baharu buat diri saya. Saya terpaksa di bedah lantaran baby telah berak di dalam perut walaupun bukaan servik saya telah 8cm ketika itu. Setelah ubat bius mulai hilang, rasa perit di bedah mula terasa. Berdenyut dan ngilu. Segala pergerakan mula terbatas. Batuk merupakan perkara yang paling mengerikan. Memang seksa sungguh. Belum cerita lagi bab mahu ke toilet. Menangis beb. 7 Tips Berpantang Czer Lebih Menyenangkan 1. Jaga pemakanan Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan gatal. Seeloknya minggu pertama czer, makan bubur nasi supaya makanan mudah di cerna. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seharusnya di elak sama sekali. Makan sayuran serta buahan dapat memberikan

Bagaimana Merawat Tulang Patah Agar Sembuh Dengan Lebih Pantas Dan Cepat

Image
Assalamualaikum. Tulang patah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hanya kemalangan yang kecil sahaja boleh mengakibatkan berlakunya tulang patah. Proses penyembuhannya pula mengambil masa yang agak lama, berbulan-bulan bergantung kepada usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih lewat penyembuhan berlaku. Ini menyebabkan mereka yang mengalaminya berasa tertekan kerana pergerakan mereka yang terbatas. Tambah leceh dengan pemakaian simen yang berat, panas dan merimaskan. Nak garu pun tak boleh. Jadi bayangkan kena pakai selama beberapa bulan.  Dr. Zubaidi di dalam artikel beliau ada menyebut proses penyembuhan tulang patah melalui 3 peringkat secara serentak. Pembengkakan berlaku di bahagian yang patah akibat darah beku bagi memberi kestabilan kepada struktur di bahagian yang patah. Kemudian sel-sel yang rosak akan mula di singkirkan dan sel baru akan mula terbentuk.   Rawat Tulang Patah Dengan Supplement Bagi Penyembuhan Lebih Pantas Sungguh pun tulan