Posts

Kek dan brownies

Image
Assalam, Lately ni semacam ada hobi baru muncul. Pantang cuti mesti nak baking. Dulu pernah try buat kek. Tapi tak menjadi. Pastu rasa leceh sangat. Tapi sekarang ni, gila baking pulak. Memang pelik rasanya.  Yang paling menyeronokkan, dah mula ada tempahan. Alhamdulillah, dari hobi jadi duit pulak. Insha allah aku akan sentiasa upgrade skill, kualiti dan deko kek ni.  Untuk kalian yang teringin menempah boleh la wasap 018-2684992 (mar) Harga seperti berikut  Red Velvet Cheese Brownies RM 60.00 Brownies Kedut RM 55.00 Congo Bars RM 50.00 Marble Cake RM 25.00  Sebarang tambahan topping akan ada sedikit extra charge ye. :)  Love,  mar 

Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort

Image
Assalam, Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.  Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.  Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-macam maka

December Trip | Allson Klana Resort Seremban

Image
Assalam, Jom sambung cerita percutian kami december lalu. Lepas bershopping di MPO, kami terus bergerak menuju ke seremban. Sebelum tu cadang nak cari makanan dulu sebab tak makan lagi. Anak-anak ok la dah makan spageti tadi. Tapi food court di MPO kurang menarik, jadi kami terus melangkah pergi sambil menahan lapar. Mujur ada spageti lagi dan sandwich yang aku buat, cukup la buat kami lapik perut. Dari MPO ke Allson Klana tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Nak mencari hotel tu pun tak susah sebab berpandukan Waze. Kalau tak, mungkin sesat juga. Sebelum sampai di hotel, ada food court berdekatan, jadi kami singgah dan makan dulu.  Sesampai di hotel, aku terus ke kaunter reception untuk check in. Kali ni tak booking dari web, tapi terus melalui hotel. Tengah promosi masa ni, ambik bilik family cuma RM170nett dapat breakfast untuk 2 dewasa. Murah juga la kan.  Sementara mama settlekan urusan bilik, anak-anak tunggu di sana dulu ye. Family room, ada 1 katil

December Trip | Freeport A'Famosa Outlet Village, Melaka |

Image
Assalam, Sebab sepanjang cuti sekolah kami langsung tak bawak anak-anak bercuti, maka aku plan satu trip percutian. Jenuh juga fikir nak pegi ke mana. Mula-mula plan nak ke Langkawi, tapi memandangkan masalah kewangan yang melanda kami beberapa bulan sebelum ni, maka trip ke langkawi di tangguh dulu. Kalau ikutkan nak ke penang, sebab dah book hotel pun di sana. Tapi en.fuad kurang setuju sebab katanya mesti jem teruk di penang. Tambah dengan kewangan yang baru nak stabil, nak bayar yuran sekolah naurah lagi, jadi kos percutian harus di kurangkan. Fikir punya fikir, jom kita ke Seremban. Apa ada di sana? Nanti aku cerita.  So nak jimat cuti tahunan, kami pegi masa cuti Maulidir Rasul. Cuti 4 hari, rugi kalau tak kemana-mana. Sebelum ke Seremban, kami lajak ke Melaka dulu untuk menyinggah di Freeport A'Famosa Outlet Village atau juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet@MPO. Dah makin banyak premium outlet buka di Malaysia ni. Seronok menyoping bagi yang berduit. Bagi rakya

Salam 2016

Assalam, Dah hari ke 7 baru sempat nak ucapkan selamat tahun baru. Sebelum ni bukan tak sempat nak berblog, tapi mood kelautan hindi, lautan pasifik, laut china selatan sejajar dengan musim monsun. Adoi.  Sebenarnya banyak cerita nak di kongsikan. Sabar ye aku share satu persatu. Bila dah banyak cerita, tak tau pulak yang mana nak sharekan dulu.  Ok la cerita pasal kejadian hari ini. Sebenarnya takde apa yang panik pun. Kisah biasa bagi seorang perempuan yang 3 tahun sekali drive. Dulu sebelum en. fuad pindah kl, aku ada juga la drive. Nak-nak bila kena pegi kursus di Bangi. Tapi sejak en. fuad pindah kl, memang jarang pulak aku drive. Kena pula, dah makin jarang dapat kursus kat Bangi. Memang makin jarang la ahkak ni drive kete.  Sejak en.fuad kerja di tempat baru ni, dia kerap kene outstation dan selalu juga balik lambat. Selalunya memang mintak tolong alang la anta dan ambik anak-anak dari rumah pengasuh. Tapi lama-lama aku fikir mana boleh selamanya bergantung kat al

Ujian, ketenangan dalam kesulitan

Assalam, Ujian allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Ada bentuk kesedihan, kekecewaan, kemalangan dan ada juga bentuk kemewahan. Dalam banyak-banyak ujian, ujian kemewahan yang paling bahaya. Sebab ramai antara kita mudah terleka dengan kemewahan. Aku antaranya yang pernah terbuai dengan kesenangan. Pernah satu waktu, ketika agak mewah, aku agak jauh dengan penciptaku. Melupakan perkara yang wajib di lakukan. Sungguh ku berdosa. Sesungguhnya allah amat menyayangi hambanya. Dihantarnya ujian bagi menyedarkan aku. Dijentiknya kami yang selama ini terleka. Disaat aku ingin mencari cintanya, diberikan aku dugaan untuk menguji sejauh mana keimananku. Kesenangan kami ditarik sekelip mata. Benar, semua yang ada pada kita hanya pinjaman. Bila-bila masa allah boleh menariknya. Ya Allah, andai hati ini tidak kuat, pasti aku akan mengalah. Disaat suami hampir putus semangat, ku bimbing tangannya untuk terus melangkah. Disaat suami mengeluh resah, ku bisikkan nasihat agar terus tabah. Kesu

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih *Halia *Kunyit hidu