Diari ramadhan | Hari ke 21
Assalam, Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini. Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lagi bi