Posts

Diari pengguna LRT Bahagian 3

As-salam, Dulu zaman anak dara, dalam handbag aku cuma ada henpon, lipstik, compact powder dan perfume. Ye la anak dara kan nak maintain cun sokmo la. Handbag pun kecik comel lotey je. Badan kecik kene la pakai handbag kecik. Tapi sejak jadi mak budak ni, jangan harap la ko nak pakai handbag kecik-kecik. Ingat muat nak letak segala jadah barang anak kalau pakai handbag besar tapak tangan.  Berbalik pada cerita handbag zaman anak dara, aku ni memang pengguna tegar LRT dari zaman sekolah membawa ke bekerja. So memang hari-hari naik LRT la. Nak dijadikan cerita, satu hari tren delay. So memang penuh sesak la dalam tren. Kendian ada sorang pregnant lady masuk. Ngam-ngam ada satu tempat kosong. Tapi masa pregnant lady tu nak duduk, dia notice seat tu kotor. Terkorek-korek dia mencari tisu dalam bag dia. Pastu aku nampak dia lap kotoran tu guna kertas. Masa tu aku terfikir kalau la aku ada tisu, dapat aku tolong dia. Sejak tu memang aku make sure ada tisu dalam handbag aku. Nak-nak bi

Gambarku di curi

As-salam, Pengajaran buat aku, mesti letak watermark untuk setiap gambar yang aku tepet di blog. Dulu memang rajin buat watermark for each photo. Lepas tu macam malas sikit. Sekali pagi ni en. Fuad tag aku, ada satu page ambik gambar kaki athmar dari entry bawang putih, rawatan batuk untuk bayi . Yang buat aku bengang, dia claim info tu dari mereka. Tak credit langsung blog ni. Kuang ajo betul la. Bukannya aku nak apa pun, tapi acknowledge la sikit.  Kita ni semua dah dewasa. Admin page tu pun dah bergelar mak budak pun. Kalau orang ambik barang dia tanpa kebenaran mesti dia marah kan. Jangan la buat perangai tak elok macam ni. Walaupun sekadar gambar, tapi ambik tanpa kebenaran tetap salah. Tunjuk la teladan yang baik. Macam mana nak didik anak kalau mak sendiri pun berperangai tak elok. Ibarat ketam la cuba ajar anak jalan betul padahal dia pun jalan senget. Please la ye. Love hate, Mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.n

Supplement untuk ibu menyusu. Perlu ke?

Image
As-salam, Nak kongsi sikit gambar stok susu untuk athmar. Alhamdulillah perjalanan penyusuan masih lancar. Kalau orang bertanya aku, apa yang aku makan untuk banyakkan susu. Susah aku nak jawab. Sebabnya aku memang minum ESP Shaklee, makan Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa Shaklee dari masa berpantang sampai sekarang. Tapi aku ambik supplement bukan hanya untuk tambah susu. Tapi sebab utama aku makan supplement ni adalah untuk kecergasan dan kecantikan badan.  ESP - adalah sumber protein yang buat rambut, kulit, kuku dan otot aku kuat dan sihat. Masa mengandungkan naurah dulu kulit aku memang kusam sangat. Stretch mark memang banyak la. Tengok pun takut. Tapi start amalkan ESP masa mengandungkan athmar, stretch mark segan nak naik. Yang bestnya stretch mark masa mengandung naurah dulu pun makin pudar. Dah la kulit makin cantik, ESP buat susu jadi lebih pekat dan berkrim. Hahaha. Serius tak tipu ni. Baby pun dapat effect juga tau. Kulit jadi gebu gitu.  Ostematrix - p

Diari pengguna LRT - Bahagian 2

As-salam, Korang mesti la pernah terjatuhkan henpon kan. Tapi penah tak korang tercampak henpon kat orang lain? Menda ni jadi kat aku beberapa minggu lepas. Masa tu dalam tren putra on the way nak pegi ofis. Tren agak penuh, takde seat. So aku terpaksa la berdiri sambil pegang tiang. Macam biasa masuk je tren aku pun nak ambik henpon aku. Nak belek-belek sambil update status ke. Ntah macam mana tiba-tiba henpon aku tu macam ikan yang hidup pulak, boleh pulak terlucut dari tangan aku terus tercampak kat akak yang tengah duduk kat depan aku. Dah la akak tu tengah sedap tido. Terbantut terus mimpi indah akak tu. Adoi.. Tersipu-sipu aku mintak maap kat akak tu. Jenuh wei aku tahan gelak sepanjang perjalanan.  Satu lagi menda kelakar jadi kat aku sebagai pengguna setia LRT ni. Biasa la aku bila berjalan turun naik tren mesti buat muka paling macho. Kadang-kadang kesian juga kat orang yang 1st time naik LRT. Nak bertanya arah pun tak sempat sebab semua orang yang keluar dari pintu tre

Kid'z Paradise, Quill City Mall

Image
As-salam, Sebab cuaca tak menentu sekarang ni, kejap panas terik.. Pastu kang tetiba hujan lebat pulak. So dah jarang sangat la kami bawa naurah ke taman. Kesian kat dia, bosan asik terkurung dalam rumah je. Habis-habis pun main basikal di porch rumah. Tu pun gate berkunci. Memang aku dan en. fuad tak kasi anak main di jalan. Bahaya, kereta laju. Diorang ni bukan kira pun area rumah pun bawak laju kemain macam atas highway.  So bila keluar ke mall, selalu la naurah request nak pegi main di indoor playground. Selalunya ke Kidzoona di Aeon. Tapi sesekali tukar selera pulak. Ni di Kid'z Paradise, di Quill City Mall. Sebenarnya cerita ni pegi masa bulan februari ari tu. Tapi hari ni baru update. Suka bebenor la dia dapat main kat sini. Tengok ni aksi dia. Betul-betul lepas geram la ni. tak padan dengan anak dara, memanjat pulak dia sebenarnya dia bosan terpaksa main sorang-sorang.   Hari tu tak banyak pulak ambik gambar sebab athmar tidur. So pinjam

Diari pengguna LRT

As-salam, Sebagai pengguna tegar public transport, aku berdepan dengan bermacam-macam ragam manusia setiap hari. Selalu aku bermonolog sendirian bila terlihat seseorang yang ada je tak kene pada mata aku. Contoh macam bila orang tu melangkah masuk dalam tren, tapi berjalan kemain lemah gemalai macam pengantin. Ingat pintu tren tu terbukak 1/2 jam ke. Pastu masuk dalam tren tapi sibuk nak berdiri di pintu sampai blocking laluan orang lain nak masuk. Tu memang aku geram sangat. Semalam masa berjalan kaki nak tukar tren di stesen masjid jamek, ternampak satu family kecil ni. Si bapa tarik luggage bag sambi pimpin anak lelaki mereka yang berusia dalam 3 - 4 tahun. Manakala si isteri menolak stroller. Bagi sesiapa yang biasa tukar tren dari LRT star ke LRT Putra di stesen masjid jamek ni sure tau stesen ni memang bukan stroller friendly. So si isteri terpaksa mengangkat stroller turun tangga yang tinggi. Dalam hati aku duk berkata, kan senang babywearing je, tak perlu leceh nak angka

Testimoni ESP

Image
As-salam, Nak share sikit apa kata para pengguna ESP. Ramai yang jatuh cinta setelah meminum ESP. Aii sendiri pun memang minum ESP sejak dari mengandungkan athmar. Sampai sekarang masih minum. ESP boleh diminum semasa berpantang. Baik untuk ibu yang menyusukan anak. Boleh menambahkan susu dan memekatkan susu. Jadi baby akan merasa kenyang lebih lama. Ibu juga akan lebih bertenaga. Memang banyak sangat kebaikan ESP ni. Rasa pun enak. Nak lagi sedap, nanti ai kasi resepi ESP Shaklee khas untuk pelanggan saya. Jangan berlengah lagi. Promosi ESP sedang berlangsung sepanjang bulan mac. Hubungi saya segera untuk dapatkan tawaran yang menarik.  Love, Mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992