Posts

Diari ramadhan | Hari ke 12

Assalam, Minggu lepas balik bagan lalang. Bila balik sana, menu utama yang wajib di cari adalah nasi ambeng. Sejak 1st time try nasi ambeng terus terpikat. Sedapnya mak ai. Kena dengan sambal tempe, memang terangkat la. Nasi ambeng ni 1 bungkus dia memang banyak giler. Kalau yang jenis makan tak banyak memang boleh share 2 atau 3 orang. Tapi sebab tamak haloba semalam aku dan en. fuad beli sorang sebungkus. Lepas tu jenuh nak menghabiskan. Sorry ye tak ambik gambar pulak. Duk kejar masa nak makan dengan athmar pulak asik nak berdukung. Kalau di rumah sendiri ada high chair. So bila waktu berbuka letak athmar atas high chair, pastu upah la dia biskut. Elok je nanti dia duduk makan kat situ. Mama papa pun boleh makan dengan tenang.  Hari ni ada majlis berbuka puasa di opis. Tapi aku malas nak stay. Kesian nanti kalau ambik anak-anak lewat. Ni pun dah banyak terhutang masa dengan diorang. Jadi habis je office hour memang aku akan rushing balik ambik anak-anak. Lagi pun ada orde...

Diari ramadhan | Hari ke 8 | Solat terawih

Assalam, Masa kecik dulu perkara paling best masa bulan puasa adalah waktu malam. Sebabnya meriah sangat waktu malam. Kalau hari-hari biasa, waktu malam memang kene berkurung dalam rumah. Waktu magrib tak balik rumah lagi, siap la kene rotan dengan ayah. Tapi bila bulan puasa ada kelongaran sikit sebab boleh ikut mak ayah ke surau untuk terawih. Tapi buat separuh je, lepas tu main dengan kawan-kawan. Memang riuh kawasan surau dengan suara kami semua bermain. Bila dah dekat nak raya makin riuh pulak dengan bunyi mercun. Aku dulu geng dengan budak lelaki. Tu yang lasak sikit.  Kenangan waktu kecik, bila di ingat balik memang menarik. Rindu juga kadang-kadang. Tambahan pulak sejak ada anak, memang aku dah tak ke surau di bulan ramadhan. Risau anak meragam hingga menggangu orang lain dah bersolat. In sha allah bila anak-anak makin besar nanti aku nak kembali ke surau.  Ada anak bukan alasan untuk tidak berterawih. Kita boleh lakukannya di rumah. Aku kongsikan cara solat...

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baj...

Dah order kuih raya ke? | Jom order cheesetart sedap

Image
Assalam, Dah start order kuih raya ke? Kalau belum cepat-cepat la order. Nanti baker tutup order melopong pulak uolss. Cheesetart memang sedap dijadikan juadah di hari raya. Lain sikit hidangan kuih uolss. Takde la sama dengan kuih raya rumah cik jenab kan.  Nak order? Boleh kami masih menerima tempahan. Tapi jaga-jaga, tempahan akan di tutup tak lama lagi. Jadi cepat-cepat la Whatsapp 018-2684992 (mar) atau 011-10955164 (ad) untuk tempahan. Kami buat penghantaran di sekitar ampang, Tesco ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya. Untuk hari bekerja pula ada penghantaran di sekitar Bangsar, Masjid Jamek, KL Sentral, Kerinchi atau di sekitar laluan LRT Putra. Jadi boleh whatsapp untuk berbincang laluan penghantaran uolss. Sedap ke? In sha allah sedap. Ni ada testimoni dari pelanggan kami. Kebanyakkan mereka akan repeat order balik.  Ada 5 flavour kesemuanya iaitu Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi dan Orange. Boleh pilih any flavour kegemaran atau kalau kompius ma...

Diari ramadhan | Hari ke 6

Assalam, Diari aku dah melompat ke hari 6. Mula-mula niat nak buat hari-hari tapi tak sompet nak up date pulak. Dah 6 hari berpuasa, so macam mana hari-hari ramadhan yang korang lalui? Selalu ke pegi bazaar? Aku baru 2 kali pegi. Tu pun hari weekend. Kalau hari keje memang tapau lauk je di cafe office. Tak sempat nak menyinggah nanti. Nak kejar solat asar. Naurah memula beria nak puasa, pastu liat nak bangun. Pastu semalam dia terjaga masa aku bersahur. Tapi aku suruh tidur balik. Taknak dia meragam ngantuk pulak time nak pegi sekolah. Yang lawaknya budak ni, ye2 je la dia cakap dia puasa. Kat teacher pun dia kata dia puasa. Yang teacher pun betul-betul la ingat naurah puasa. Siap cakap patut la marsya nampak letih je. Belakon betul. Hahaha Pastu tiap kali dia nak makan, dia cakap pas ni kakak puasa balik. Dia ingat boleh makan sikit-sikit kot pastu sambung puasa. Macam-macam la. Tak pe la dia pun baru 5 tahun. Aku tak paksa dia pun. Aku ajar dia bersolat dulu. Tu yang utama...

Diari ramadhan | Hari ke 2 | Cabaran ibu menyusu

Image
Assalam, Ini menu bersahur aku pagi ni. Lauk beli je. Begedil 2 ketul, sambal sotong 6 ekor, sambal ikan bilis. Nasi balance dari sahur dan berbuka semalam. Padahal masak 2 pot aje. Vitamin wajib mesti ada. Zinc complex, ambik sebelum makan. Lepas tu ambik Alfalfa dan B complex. Jarakkan masa antara keduanya. Pastu minum ESP + tamar koko. Sedapnya.  Siapa di sini yang mengandung atau menyusukan? Memang mencabar minda dan fizikal kan. Masa mengandungkan naurah dulu, 1st trimester memang aku lembik sangat. Alahan yang agak teruk, muntah-muntah, pening kepala dan tak boleh bau sebarangan. Memang tak dapat berpuasa penuh la. Bangun sahur pun nangis-nangis. Sepanjang hari di ofis asik tidur je. Nasib baik bos baik. Tahun selepasnya menyusukan naurah di bulan puasa. Tiap kali lepas pam je mesti menggigil kelaparan. Tapi alhamdulillah masih mampu harungi dugaan tersebut. Stok susu pun walau berkurangan sedikit namun masih berjaya fully breastfeed naurah hinggi dia 2 t...

Diari ramadhan | Hari pertama

Assalam, Hari ni hari pertama berpuasa. So macam mana semua masih cergas lagi ke? Aku dah mengantuk ni. Tapi masa pukul satu tadi walau mengantuk mata tak mau terlelap pulak. Bos pulak duk kalut mengacau. Adeh. Korang bersahur apa pagi tadi? En. fuad masak ikan kerapu masak merah tak pedas malam tadi untuk lauk bersahur. Beli kerapu di Sam's Grocery di Nu Sentral, murah pulak seekor RM9.95. Hari pertama nak bersahur kene makan sedap sikit. Dah masuk minggu ke 2 nanti, makan nasi dengan sambal ikan bilis je dah cukup.  Naurah mula-mula kemain beria nak berpuasa. Pastu pagi tadi kejut langsung tak mau bangun. Huhu. Pastu kejut untuk siapkan nak ke sekolah dia cakap nak puasa pulak. Sahur la kamu pukul 8 pagi. Umur baru 5 tahun aku takde la nak buat kerahan tenaga suruh dia berpuasa sangat. Lagi bagus kerah dia sembahyang dulu.  Kami makan sahur pun bergilir. Memula aku turun makan dulu, dah kenyang baru en. fuad turun makan. Pasal dia risau tinggalkan athmar kat a...