Posts

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih canti...

Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Image
Assalam, Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.  1. Ilmu Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak teta...

Berbekal

Image
Assalam, Disebabkan hari ni terlebih rajin so pagi ni sempat la siapkan bekal untuk di bawa ke opis. Saja je merasmikan tupperware baru. Excited nak berbekal so beli la tupperware. So hari ni aku bawak menu sihat. Eat clean la orang kampung aku cakap.  Ni bekal aku untuk hari ni. Smoke chicken sandwich dan unsalted butter salad. Cara nak buatnya senang je. Brokoli, potato dan jagung tu aku stimkan je. Potato tu aku tak buang kulit. Tak sempat nak buat pagi-pagi. Tapi cuci bersih-bersih tau, pastu rendam jap dengan air garam. Jagung tu aku beli yang frozen je. Tapi tak sesedap yang fresh punya la. Rindunya jagung susu dari cameron. Sedap giler  Pas semua sayur tu lembut, aku cairkan pula unsalted butter dengan cara stim. Campur sikit garlic untuk lebih effect yang sedap. Hahaha. Pastu tuang je atas salad dan gaulkan. Memang sedap bak hang.  Smoke chicken tu pula aku beli yang timbang punya di Mydin. Pastu grill kan atas pan. Jangan lama sangat nanti kerin...

Apa yang best jadi ahli Shaklee

Assalam, Banyakkan orang malas nak join mana-mana business MLM ni sebab takut tertipu. Memang kebanyakkan perniagaan MLM ni menggunakkan sistem pyramid. Maknanya yang dah lama masuk, jadi orang atasan memang untung la makan komisyen dari orang bawahan. Modal nak masuk pulak selalunya cecah ribuan ringgit. Memang ramai rakan aku yang dah merana dengan sistem macam ni.  Shaklee pulak macam mana? Jujurnya shaklee juga adalah perniagaan MLM. Tapi tidak mengamalkan sistem pyramid. Maknanya apa yang anda usaha, itu ganjaran yang bakal anda dapat. Tiada maknanya dapat duit atas angin daripada jerih perih orang bawahan.  Modal untuk menjadi ahli Shaklee hanya RM68.90 plus RM10.60 postage, anda akan mendapat 1 starter kit yang mengandungi katalog produk dan marketing plan. Bayaran ini adalah untuk seumur hidup. Menariknya, tiada minimum purchase yang diperlukan setiap bulan. Jadi dah jadi ahli ni terpulang la nak pakai untuk diri sendiri atau mula berniaga. Tak perlu maintai...

Tua Sebelum Usia

Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb.  Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil.  Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk...

Menangani tantrum anak

Image
As-salam, Kalau korang ingat, aku penah ceritakan pasal naurah meragam tak nak ke sekolah. Hampir 2 minggu juga la naurah meragam macam tu. Tiap-tiap pagi menangis, bagi macam-macam alasan tak nak ke sekolah. En. fuad pun sampai naik tension melayan kerenah naurah.  *gambar hiasan *     Alhamdulillah sekarang ni dah hilang tantrum dia tu. Macam mana aku buat? Setiap malam sebelum tidur bagi kata-kata nasihat dan perangsang. Kejut dengan cara paling lembut walaupun anak meragam / menangis. Ucapkan salam ketika mengejut anak, panggil dengan panggilan manja e.g baby, princess, hensem boy, darling. Bercerita untuk mengalih perhatian bila anak mula meragam Banyak tanya soalan supaya anak sibuk berfikir untuk menjawab. Kawal kemarahan walaupun dalam hati dah nak meletop. Yang paling penting, banyakkan berdoa kepada Allah agar di lembutkan hati anak dan di permudahkan urusan kita untuk membesarkan anak-anak.  Memarahi anak ketika anak sedang meragam j...

Mini gathering @ Warisan Hati Rimba, Kemensah

Image
As-salam, Sabtu lepas family belah mak buat mini gathering. Aku selaku admin whatsapps group telah di paksa rela menjadi organizer untuk gathering ni. So seminggu sebelum acara, gigih la aku dan en. fuad pegi recce tempat ni. Sebenarnya memula nak buat picnic untuk family aku je sambil-sambil celebrate birthday athmar. Tapi bertukar menjadi mini gathering terus. Memandangkan kami pun dah lama sangat tak berkumpul bersama. Dapat tau pasal warisan hati rimba pun dari blogger-blogger juga. Baca komen-komen rata-rata puas hati dengan tempat ni. So kita try jugak la. Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara je. Dekat gila. Selama ni tak pernah aku tau pun ada waterfall di sana. Pastu dengar-dengar cerita orang tapi tak pernah terlintas langsung nak pegi.  Ok berbalik pada cerita gathering, since kami dah lama tak berkumpul. So ahli-ahli whatsapps melontarkan idea bernas la untuk berkumpul bergosip sambil makan dan bercanda. Selaku admin yang comel, aku terus je set date da...