Posts

Sabar je

As-salam, Ntah kenapa, beberapa ari lepas sampai hari ni naurah mula taknak pegi sekolah. Dari jumaat lepas dia buat perangai macam tu. Memang teruk sangat meraung. En.fuad la yang cerita. Aku dah selamat sampai ofis dah. So papa dia kene melayan ragam dia. Tapi jumaat lepas papa bizi sangat. So tak boleh nak layan sangat ragam dia. Bila dah meraung macam tu, so en.fuad angkat masuk kete pegi hantar rumah pengasuh sebab taknak pegi sekolah sangat. Semalam pun macam tu juga. Padahal pagi kemain baik je lagi. Aku dah pujuk baik-baik. Walaupun masa nak mandi tu dia dah nangis-nangis cakap tak nak sekolah. Syabas untuk aku la dah mula berjaya tahan marah. Kalau dulu bila naurah buat hal pagi-pagi je mesti cepat je darah aku naik. Stress tau dah la kelam kabut nak rushing kejar punch card. Kena pulak anak mengamuk. Kang di marah memang tak jadi apa. So aku ambik pendekatan biar berlembut umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Amboi kau bermadah baga

Resipi Makanan Bayi - Puree pear + pisang & puree jagung

As-salam, Dah lama tak update resipi makanan bayi kan. Rajin duk buat tapi malas ambik gambar. Jadi entry hari ni hanya bercerita tanpa gambar. Puree pear + pisang Bahan-bahan Sebiji pear Sebiji pisang Cara-cara Ambil sebiji buah pear, cuci bersih, potong kecil dan buang kulit Steam pear tersebut hingga lembut. Potong pisang kecil. Setelah pear sejuk, campur air / ebm blend bersama pisang. Buah pear ni kaya dengan serat. Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Selain tu, buah pear juga mengandungi vitamin c yang bertindak sebaga antioksida yang membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas. Kandungan pectin dalam pear juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh. Selain itu, kandungan glukosa dan fruktosa dapat memberikan sumber tenaga bagi tubuh. Banyak lagi khasiat pear tau, kalau demam, minum segelas jus pear bagi meredakan suhu panas. Pisang juga banyak khasiatnya ye. A banana a day keeps the doctor away. Pisang m

Percutian pendek ke Cameron Highland | Heritage Hotel

Image
As-salam, Sambungan dari kisah percutian pendek kami dari Bharat Tea hingga ke Lavender Garden . Macam yang aku ceritakan, malam sebelum kejadian aku pulun la mencari hotel di cameron yang bersesuaian dengan bajet aku. Ye la plan mengejutkan tambah pulak lom gaji lagi. Pencarian aku di Booking.com membawa kepada Heritage Hotel dengan harga paling murah RM162 tanpa breakfast. En.fuad cakap tak payah ambik yang sekali dengan breakfast la. Nanti kita check out cepat terus cari makan kat luar je la. Ok set, terus booking. Settle.  Heritage hotel ni terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Senang je nak mencari hotel ni, ada signboard menuju ke hotel. Kalau korang naik dari tapah, hotel ni di belah kanan korang. Proses check in memang senang sangat. Just bagi nama dan hulur IC, pastu bayar. Dalam masa 10 minit dah settle dan dapat kunci. Staff pun sangat friendly dan membantu.  Bilik luas dan bersih. Bagi aku dah ok sangat. Kami ambik 1 katil king. Tapi berhimpit juga la tidur. Seb

Percutian pendek ke Cameron Highland | Lavender Garden

Image
As-salam, Sambungan dari entry sebelum ni. Lepas petik strawberry, kami terus ke Lavender Garden. Sebelum ni dah pegi masa tengah berpantang athmar. Hari ke 30 dah berjalan ke cameron. Kalau orang tua-tua ni kompem dah mengamuk bawak anak dalam pantang berjalan. Nasib baik parents aku dan parents in law sporting. Hahaha.  Nak masuk Lavender Garden ni kene bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kalau korang ke cameron, meh singgah ke sini. Sebabnya, cantik sangat bunga-bunga di sini. Nak ambik gambar memang best.  Sampai je,  naurah terus posing depan ni pastu paksa aku ambik gambar dia. Budak ni memang pandai posing. Macam-macam gaya dia buat. Jom ambik gambar dengan athmar pula. Kalau berjalan tu kemain baik je dia duduk dalam carrier ni. Tapi kalau lapar nak susu, macam tak sempat-sempat je dia menjerit. Nasib baik mama dah terror NIP sambil babywear. Takde la gelabah nak susukan athmar.  My little family. Jenuh nak selfie wefie. Kita suruh je ora

Percutian pendek ke Cameron Highland | Bharat Tea dan Abang Strawberry

Image
As-salam, Last week kami ke cameron highland. Last minute punya plan. En.fuad la duk kata kesian kat naurah pasal tak bawak dia bercuti masa cuti sekolah ni. Katanya nanti teacher tanya takkan nak naurah jawab pegi rumah aunty lang dan office mama. So malam khamis tu sambil duk bincang-bincang nak ke cameron ke tak, aku terus survey di booking.com mencari hotel di sana. Sekali tengok harga bilik Heritage Hotel cuma RM162. Terus la booking, pastu packing baju, siapkan segala keperluan sebab nak bertolak awal pagi esoknya. Yippi... Esoknya aku bangun awal macam biasa. Terus mandi, siap semua yang patut kemudian kejut naurah. Senang betul nak bangun, siap menjerit happy lagi. Tapi masa mandikan meragam pulak. Apa da. Pastu siapkan athmar dan panaskan makanan athmar. Nasib baik dah siap masak puree athmar hari rabu tu. Senang kan buat homemade food ni. Frozen kan je stok. Nak makan, just panaskan. Tak leceh pun la nak sediakan makanan baby walaupun untuk pergi bercuti.  Kami ber

Minuman bertenaga di musim panas

Image
As-salam, Cuaca sekarang memang panas sangatkan. Bahang terasa macam membakar kulit. Dalam cuaca panas macam ni memang takut nak buat sebarang aktiviti di luar rumah. Tapi dalam rumah pun terasa bahang sangat. Pasang aircond pun dah tak terasa sejuk.  Bila panas macam ni badan memang mudah terasa letih. Sebab air dalam badan akan tersejat dengan kadar lebih cepat daripada biasa. Lepas tu, dalam musim panas ni senang la hai macam-macam penyakit menyinggah. Demam la, sakit tekak la, selsema la dan yang paling kerap dengan ialah batuk. Asal pegi klinik je penuh dengan orang yang sakit. Mula la cakap ala musim ni. Jadi untuk elakkan dari berasa cepat letih, korang kene la minum air lebih banyak dari biasa. Elakkan dari minum air berais. Memang susah kan. Ye la dah la panas nak minum air suam pulak ke. Alahai.  Tapi sejak aku amalkan minum Performance Drink Shaklee ni, badan aku sentiasa cergas. Nak pulak di campur dengan ESP Shaklee. Memang bergabung meletop la. Kenapa

Sambungan kisah gambar di curi

As-salam, Semalam aku cerita pasal gambar dari blog aku di curi oleh 1 page di fb kemudian di claim sebagai hak milik kekal dia. Benda tu dah settle. Malas nak panjangkan cerita lagi. Semalam lepas aku tengok post tu, aku drop comment di post tu siap tepet link entry dari blog aku tu. After few hour still takde feedback dari admin blog tu, so aku pun PM page tu.  Sebelah malam baru admin tu reply PM aku dan say sorry. Dia kata admin dari page lain yang ambik pic aku tu. So aku minta dia edit post tu dan credit blog aku. Nasib baik dia buat.  Sebenarnya aku takde la nak giler glamor sangat dengan suruh dia credit blog aku. Point dari entry tu pun aku dapat hasil dari google jugak. Tapi aku marah sebab dia gunakkan pic aku tanpa kebenaran aku. Ambik point kendian taip guna ayat sendiri ok la. Rasanya kalau pasal petua nak hilangkan selsema tu kalau korang google memang banyak sangat blogger up entry tu. Semua lebih kurang sama je ayatnya. Tapi aku tegaskan kat sini, bila gamba