Tips dalam hubungan?
Bismillahirohmanirohim, Mana nak mula pun dah tak tau. Lama tak update. Kerja opis menimbun-nimbun banyak sekarang. Menjaga dua orang bos bukan perkara mudah. Tapi bukan juga perkara yang susah. Janji pandai bahagikan tugas dan tau macam mana nak tackle hati bos. Opss jangan salah faham, tackle hati bos bukan bermaksud membodek ye. Aku tak percaya pada bodek membodek. Politik di ofis memang sentiasa ada di mana-mana. Jalan paling selamat, jangan libatkan diri dalam politik ofis. Politik negara, silakan. Hiiii. Tips untuk bakal-bakal setiausaha, sentiasa natural dalam tugasan anda. Bina hubungan kerja yang baik di antara bos, pegawai, eksekutif, kerani atau ofis boy. Ini kerana anda amat memerlukan mereka semua dalam melaksanakan tugas-tugas harian anda. Jangan libatkan diri dalam mana-mana konflik di pejabat. Jangan jadi penyampai. Sebagai seorang setiausaha, anda harus bijak menyimpan rahsia. Anda adalah orang yang paling hampir dengan bos. Jadi banyak rahsia-rahsia yang ...