Keselamatan anak
As-salam..
Ehh lama dah tak update blog ye. Ada yang tertunggu-tunggu entry dari aku ke? haa takde. Ishh majuk la.
Hahahah. Sila sedar diri ye.
Hari ni baca dalam fb. Ada lagi budak yang hilang. Kat penang kalau tak silap aku. Bila baca kes-kes budak hilang ni, rasa serius sangat. Ye la kita dah ada anak ni, ingatan memang sentiasa pada anak kan.
Aku takde la tip-tip yang boleh dikongsikan berkenaan isu ni. Tapi sebagai ibu bapa, aku pasti kita semua cuba beri yang terbaik dan cuba sehabis baik untuk melindungi anak-anak kita kan. Macam tu gak aku. Aku seboleh-bolehnya takkan lepaskan pandangan mata aku dari naurah bila keluar. Kalau hilang dari pandangan dalam 1 saat je pun aku dah gelabah. Nasib baik sekarang ni naurah lebih suka duduk dalam stroller tiap kali keluar. Jadi kurang la dia nak berlari sana sini.
Bila anak-anak dalam stage melasak ni, kita sebagai ibu bapa kene jadi extra sabar, extra kuat dan extra prihatin. Extra sabar sebab perlu melayan kerenah mereka yang tak menentu ni. Adakala senang nak di handle. Adakala nak ikut kepala angin mereka je. Extra kuat sebab mereka dah tentu tak reti duduk diam kan. Kalau tak kuat, cmne nak berlari mengejar mereka. Hahah. Dan extra prihatin dalam erti kata lain aware dengan keadaan sekitar. Jangan asik sibuk shoping sampai tak sedar anak dah hilang pulak.
Apapun yang kita lakukan, pastikan keselamatan anak paling di utamakan. Anak-anak harta yang paling berharga kan. Ganti la dengan segunung emas permata sekali pun. Takkan sama dengan seorang anak kita tu.
Comments
Post a Comment