Hormat-menghormati

As - salam..

Laa asik lupa je nak update blog. Blog pun dah lama tak jenguk. Ni aku cuba nak menaip ni. Tapi tetiba mata ngantuk la pulak. So mana patut aku dulukan. Nak terus menaip ke atau nak pejam mata dulu. Sekarang tengah free. Bosses takde. Sorang mc, sorang lagi keluar.

Ohh dah lama tak cerita pasal hal keja kan. Korang sedia maklumkan yang aku dah berpindah ke HQ sekarang. Dah masuk 2 bulan pun. Mula-mula kene transfer dulu memang berat hati sangat. Ye la dalam keadaan mengejut. Tapi lepas 2 minggu, dah mula boleh serasikan diri dengan persekitaran. Kawan-kawan di sini pun alhamdulillah memang welcome sangat-sangat. Lama-lama seronok pulak dah.

Bos pun rupanya ok je. Macam-macam cerita tak best aku dengar sebelum ke mari. Bila dah kerjasama, rupanya takde la seteruk yang disangka. Bagi aku bos-bos aku ni boleh give and take la. Sebelum ni aku dengar diorang tak bertegur satu sama lain. Tapi aku tengok elok je bercakap. Cuma bukan la geng makan bersama.

Cuma salah sorang bos aku ni yang insist sangat nak PA dah bertukar ke tempat lain pulak. Masa tu walaupun aku baru je kenal dia, ada timbul rasa sedih jugak la. Sebab selama ni tempat ni bagi aku ceria je dengan suara bos tu. Staff bawahan dia pun memang seronok bekerja dengan dia. Memang setiap hari ada je usikan mereka bersama bos tu yang dapat aku dengar.

Sekarang ni dah ada pengganti baru. Bos baru ni, emm macam mana ye aku nak ceritakan. Hari pertama aku rasa dia ok. Bila berbual dengan dia, aku rasakan dia seorang yang very open dan ramah. So bagi aku, mudah untuk aku bekerja dengan dia.

Tapi lama kelamaan perasaan tu berubah. Aku mula dapati dia seorang yang agak sinis bila bersuara. Ada beberapa kali aku terdengar kata-kata sinisnya yang ditujukan kepada aku dan staff lain. Aku bukan seorang yang mudah terasa hati, jadi aku boleh ignore je kata-kata itu. Tapi bagi aku adalah tidak matang atau profesional bagi seorang yang bergelar senior manager berperangai sedemikian. kenapa harus menjadi seorang yang sinikal? Mungkin bagi dia, kata-kata tu adalah lawak semata-mata. Ni lah yang dikatakan lawak tak bertempat. Ok untuk menjadi seorang yang kelakar. Tapi sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata, fikir dulu adakah perkataan itu bakal menyinggung perasaan orang lain.

Bos ni juga seorang yang bossy. Ok kau ketua, ko boleh mengarah staff bawahan kau. Tapi cara memberi arahan perlu betul dengan caranya. Nada suara juga perlu betul. Jangan sampai orang label kau sebagai suka mengarah, atau biadap. Suka ke digelar biadap? Walaupun kau ingin memberi arahan kepada seorang buruh kasar sekali pun, perlu ke dengan nada kasar. Mereka masih bergelar manusia yang mempunyai hati perasaan. Jatuh ke harga diri kita jika menggunakan perkataan 'TOLONG'? Bukan ke lagi manis jika sebarang arahan dimulakan dengan perkataan tolong. Orang yang menerima arahan pun akan senang hati nak melakukan kerja tersebut. Kau pun tentu senang hati bila staff tak berkira nak membuat sesuatu kerja.

Tak kira siapa pun kita, tinggi mana pangkat kita. Namun menghormati sesama manusia adalah amat perlu. Walau pun sebagai ibu bapa, kita masih perlu menghormati anak kita walaupun mereka lebih muda dari kita. Kerana mereka tetap mempunyai perasan dan harga diri yang wajar kita hormati.

#salam jumaat# 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato