Posts

Showing posts with the label marriage

Berbekal

Image
Assalam, Disebabkan hari ni terlebih rajin so pagi ni sempat la siapkan bekal untuk di bawa ke opis. Saja je merasmikan tupperware baru. Excited nak berbekal so beli la tupperware. So hari ni aku bawak menu sihat. Eat clean la orang kampung aku cakap.  Ni bekal aku untuk hari ni. Smoke chicken sandwich dan unsalted butter salad. Cara nak buatnya senang je. Brokoli, potato dan jagung tu aku stimkan je. Potato tu aku tak buang kulit. Tak sempat nak buat pagi-pagi. Tapi cuci bersih-bersih tau, pastu rendam jap dengan air garam. Jagung tu aku beli yang frozen je. Tapi tak sesedap yang fresh punya la. Rindunya jagung susu dari cameron. Sedap giler  Pas semua sayur tu lembut, aku cairkan pula unsalted butter dengan cara stim. Campur sikit garlic untuk lebih effect yang sedap. Hahaha. Pastu tuang je atas salad dan gaulkan. Memang sedap bak hang.  Smoke chicken tu pula aku beli yang timbang punya di Mydin. Pastu grill kan atas pan. Jangan lama sangat nanti kering sangat tak s

Percutian pendek ke Cameron Highland | Heritage Hotel

Image
As-salam, Sambungan dari kisah percutian pendek kami dari Bharat Tea hingga ke Lavender Garden . Macam yang aku ceritakan, malam sebelum kejadian aku pulun la mencari hotel di cameron yang bersesuaian dengan bajet aku. Ye la plan mengejutkan tambah pulak lom gaji lagi. Pencarian aku di Booking.com membawa kepada Heritage Hotel dengan harga paling murah RM162 tanpa breakfast. En.fuad cakap tak payah ambik yang sekali dengan breakfast la. Nanti kita check out cepat terus cari makan kat luar je la. Ok set, terus booking. Settle.  Heritage hotel ni terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Senang je nak mencari hotel ni, ada signboard menuju ke hotel. Kalau korang naik dari tapah, hotel ni di belah kanan korang. Proses check in memang senang sangat. Just bagi nama dan hulur IC, pastu bayar. Dalam masa 10 minit dah settle dan dapat kunci. Staff pun sangat friendly dan membantu.  Bilik luas dan bersih. Bagi aku dah ok sangat. Kami ambik 1 katil king. Tapi berhimpit juga la tidur. Seb

Percutian pendek ke Cameron Highland | Lavender Garden

Image
As-salam, Sambungan dari entry sebelum ni. Lepas petik strawberry, kami terus ke Lavender Garden. Sebelum ni dah pegi masa tengah berpantang athmar. Hari ke 30 dah berjalan ke cameron. Kalau orang tua-tua ni kompem dah mengamuk bawak anak dalam pantang berjalan. Nasib baik parents aku dan parents in law sporting. Hahaha.  Nak masuk Lavender Garden ni kene bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kalau korang ke cameron, meh singgah ke sini. Sebabnya, cantik sangat bunga-bunga di sini. Nak ambik gambar memang best.  Sampai je,  naurah terus posing depan ni pastu paksa aku ambik gambar dia. Budak ni memang pandai posing. Macam-macam gaya dia buat. Jom ambik gambar dengan athmar pula. Kalau berjalan tu kemain baik je dia duduk dalam carrier ni. Tapi kalau lapar nak susu, macam tak sempat-sempat je dia menjerit. Nasib baik mama dah terror NIP sambil babywear. Takde la gelabah nak susukan athmar.  My little family. Jenuh nak selfie wefie. Kita suruh je ora

Percutian pendek ke Cameron Highland | Bharat Tea dan Abang Strawberry

Image
As-salam, Last week kami ke cameron highland. Last minute punya plan. En.fuad la duk kata kesian kat naurah pasal tak bawak dia bercuti masa cuti sekolah ni. Katanya nanti teacher tanya takkan nak naurah jawab pegi rumah aunty lang dan office mama. So malam khamis tu sambil duk bincang-bincang nak ke cameron ke tak, aku terus survey di booking.com mencari hotel di sana. Sekali tengok harga bilik Heritage Hotel cuma RM162. Terus la booking, pastu packing baju, siapkan segala keperluan sebab nak bertolak awal pagi esoknya. Yippi... Esoknya aku bangun awal macam biasa. Terus mandi, siap semua yang patut kemudian kejut naurah. Senang betul nak bangun, siap menjerit happy lagi. Tapi masa mandikan meragam pulak. Apa da. Pastu siapkan athmar dan panaskan makanan athmar. Nasib baik dah siap masak puree athmar hari rabu tu. Senang kan buat homemade food ni. Frozen kan je stok. Nak makan, just panaskan. Tak leceh pun la nak sediakan makanan baby walaupun untuk pergi bercuti.  Kami ber

Sesal

Image
As-salam, Hari ni gagal menahan marah pada naurah. Tiap-tiap pagi naurah menangis bila aku mandikan dia. Dalam hati aku tau, dia akan meragam. Dia akan menangis. Dia masih kecil. Apa lagi yang aku harapkan dari insan kecil berusia 5 tahun. Dia masih belum boleh mengawal akal dia.  Tapi hari ini aku tewas pada perasaan marah itu. Aku mengamuk. Aku lepaskan kata-kata yang tak sepatutnya. Aku lepaskan perasaan marah pada orang yang tak sepatutnya. Akal aku gagal berfungsi. Aku menurut nafsu marah. Aku tewas pada bisikan syaitan. Ya allah. Betapa banyak hati terluka pagi ini dek kerana perasan amarah itu. Betapa berdosanya aku.  Maafkan mama sayang. Tiada niat mama merosakkan jiwa mu.  Maafkan ayang, sayang. Permulaan pagi ini dengan jeritan amarah.  Janji ku pada diriku, perkara ini tak akan berulang lagi. Tidak sama sekali.  Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Wanita dan Kecantikan

Image
As-salam, Baru-baru ni satu surat pengakuan si suami yang telah terlanjur dengan seorang janda anak ramai telah menjadi viral. Si suami menyalahkan si isteri sebab tak menjaga kecantikan dan penampilan diri. Sedih kan. Si isteri penat seharian di rumah menjaga anak-anak, mengemas rumah dan memasak, namun tak sempat nak menjaga dirinya sendiri. Bila suami balik, tengok wajah kusam isteri, berbaju kelawar dengan bau hapak, suami yang kepenatan terus kelayuan. Kat tempat kerja seharian duk mengadap wanita yang bersiap cantik. Lumrah bagi lelaki malah semua manusia sukakan kecantikan. Betul tak? Jangan tipu la kata korang tak suka.   Nak cerita sikit, emak aku kalau bersiap memang berjam-jam. Bukan just bersiap kalau nak keluar berjalan, tapi bersiap pagi-pagi sebelum keluar dari bilik tidur. Duduk kat rumah pun make up tau. Katanya takkan nak keluar je baru make up, depan ayah pun kene la cantik-cantik juga. Rutin setiap hari mesti make up dan sapu lotion seluruh badan. Aku pun

Persediaan untuk berkahwin

As-salam, Ehhh bukan aku yang nak berkahwin ye. Mak dah kawen tau, anak 2 lagi tau. Ni nak cerita tentang persediaan untuk berkahwin kursus untuk pasangan yang tengah dalam perancangan nak kawen tu. Al-maklum la dah dekat hujung tahun, memang musim kawen kan. Sebenarnya nak cerita ni sebab baru-baru ni kawan En. fuad datang jumpa dia pening-pening kepala fikir pasal persediaan untuk bertunang dan kawen ni. So sebagai orang yang dah kawen ni meh akak share sikit tips tentang perancangan bajet ye. Nak kawen ni memang banyak belanjanya kan. Mau pitam nak pikir. Bila cerita pasal nak kawen ni, semua excited kan. Mula la berangan nak buat majlis yang meriah, pelamin yang gah, pakai baju vogue, kek 3 tingkat, photographer, barangan hantaran, honeymoon dan macam-macam lagi. Memang semua tu perlukan duit kan. So cmne tu? Semua ni ambik dari pengalaman ahkak sendiri ye adik-adik sekalian. Masa aku nak kawen dulu, gaji aku kecik je. Gaji en.fuad pun kecik. So pening juga la fikir

Keluarga kecil ku

Image
As-salam, Bila ahli keluarga makin bertambah, makin bertambah la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Menguruskan 2 orang anak kecil memang bukan mudah. Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang ada anak ramai. Fuhhh memang lelah nak handle sorang-sorang. nak ke mana tu dik oiii Athmar bila dah cecah 6 bulan, dah makin banyak akalnya. Sekarang dah mula merangkak dan memanjat. Tidur dah kurang sebab nak bermain je. Tengah menyusu, boleh pulak dia berpusing pastu tersengeh-sengeh je mengadap muka aku. Melt.. kalau dia takde memang sunyi rumah Naurah pulak sejak ada adik, kemain manja lagi. Lebih manja dari athmar. Nak dimarah tak sampai hati. Layankan je la. Nasib baik minum susu dah tak pakai botol. Kalau tak, tu pun nak suruh mama pegangkan. Naurah sekarang ni dah sebulan lebih diaper free. Setakat ni belum penah bocor lagi waktu malam. Sebelum tidur memang suruh dia ke toilet dulu. Susu pun makin kurang. Siang hari kat rumah pengasuh je minum susu. Malam selal

Majlis Aqiqah & Berendoi Muhammad Athmar

Image
As-salam, Alhamdulillah niat untuk buat majlis aqiqah & berendoi athmar dah terlaksana. Lega rasanya. Cuma baru buat seekor kambing. Lagi seekor in sha allah akan dibuat kelak. Ni pic sekitar majlis minggu lepas. Kali ni buat di Bagan Lalang. Endoi cantik ni dari Buaian berendoi Pama. Boleh check it out di FB atau Instagram. Ni kali ke-2 kami gunakan khidmat dari Buaian Berendoi Pama. 1st dulu masa alang buat aqiqah khalish. Sebab berkenan, servis pun best so kali ni gunakan khidmat mereka lagi. Jenuh gak aku pikir nak pakai tema kaler apa. Lastly kaler purple + kuning jadi pilihan. Memang cantik la kaler tu. Nampak berseri-seri je dalam gambar. Selain endoi, diorang pun buat mini pelamin untuk bertunang dan nikah juga. Harga memang mampu milik. Bak kata para peniaga, harga kasih sayang je. DIY Candy Buffet. Polaraid pic dari Cintafasca di Instagram Macam biasa aku memborong candy di tempat feberet aku la di NSK Seri Rampai. Memang sakan membeli candy bila