Posts

Showing posts with the label makan-makan story

Kek dan brownies

Image
Assalam, Lately ni semacam ada hobi baru muncul. Pantang cuti mesti nak baking. Dulu pernah try buat kek. Tapi tak menjadi. Pastu rasa leceh sangat. Tapi sekarang ni, gila baking pulak. Memang pelik rasanya.  Yang paling menyeronokkan, dah mula ada tempahan. Alhamdulillah, dari hobi jadi duit pulak. Insha allah aku akan sentiasa upgrade skill, kualiti dan deko kek ni.  Untuk kalian yang teringin menempah boleh la wasap 018-2684992 (mar) Harga seperti berikut  Red Velvet Cheese Brownies RM 60.00 Brownies Kedut RM 55.00 Congo Bars RM 50.00 Marble Cake RM 25.00  Sebarang tambahan topping akan ada sedikit extra charge ye. :)  Love,  mar 

Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort

Image
Assalam, Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.  Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.  Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-macam maka

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih *Halia *Kunyit hidu

Jom masak lasagna

Image
Assalam, Lasagna ni memang favourite aku sesangat. Tapi nak makan selalu tak la sebab harga agak mahal, pastu makan tak kenyang. Daripada beli sepinggan lasagna, lebih baik makan nasi. Kompem kenyang sampai malam. Pastu aku kurang suka lasagna di Pizza Hut sebab yang tu seafood lasagna. Aku suka beef.  Dulu penah ambik resepi lasagna dari kawan. Pastu rasa macam lecehnya nak buat. Banyak sangat step nak kene buat. Last-last campak tepi je la resepi tu. Tapi sejak dua menjak ni ntah hantu chef mana yang merasuk jiwa aku ni, duk gila nak mencuba macam-macam resepi pulak. So semalam di petang yang damai, maka terhasil la beef lasagna yang penuh dengan kasih sayang.  Kita tayang sepinggan lasagna bagi proses merembes ailio korang dulu ye.  Bahan-bahan yang di perlukan .(maaf ye tak ambik gambar bahan)  Sebiji bawang besar (potong dadu) 400g daging cincang (aku guna sepeket daging ramly) 1 tin cendawan butang (hiris nipis) 1 tin sos prego traditional 1 b

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan.  Se

Resepi makanan bayi | Cheezy Butter Chicken Porridge

Image
Assalam, Lama tak up entry mak-mak. Hari ni nak share resepi mudah dan ringkas ni untuk anak-anak setahun ke atas.  Bahan-bahan Unsalted Butter 2 sudu besar Cheese 1 Slice Bawang putih seulas dan merah sebiji Ayam Sayur (carrot, bunga kobis, brokoli, etc) Segenggam beras Cara-cara  Cuci bersih beras kemudian toskan air. Ketepikan Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.   Masukkan ayam, gaulkan sekejap. Masukkan beras kemudian gaul rata.  Kemudian masukan air mengikut sukatan yang dikehendaki.  Masukkan sayur Bila air hampir kering, masukkan cheese slice. Kacau sebati.  Tutup api. Siap.  Memang senang sangat-sangat buat ni. Rasa pun sedap. Ada rasa lemak-lemak dari butter dan masin-masin dari cheese. Kalau korang nak pakai ikan pun boleh. Sebelum ni aku pernah buat pakai salmon. Memang lagi meletop rasanya. Athmar pun suka sangat.   Reason kenapa aku kata resepi ni untuk 1 tahun ke atas sebab ada cheese. Mungkin ada orang yang d

Berbekal

Image
Assalam, Disebabkan hari ni terlebih rajin so pagi ni sempat la siapkan bekal untuk di bawa ke opis. Saja je merasmikan tupperware baru. Excited nak berbekal so beli la tupperware. So hari ni aku bawak menu sihat. Eat clean la orang kampung aku cakap.  Ni bekal aku untuk hari ni. Smoke chicken sandwich dan unsalted butter salad. Cara nak buatnya senang je. Brokoli, potato dan jagung tu aku stimkan je. Potato tu aku tak buang kulit. Tak sempat nak buat pagi-pagi. Tapi cuci bersih-bersih tau, pastu rendam jap dengan air garam. Jagung tu aku beli yang frozen je. Tapi tak sesedap yang fresh punya la. Rindunya jagung susu dari cameron. Sedap giler  Pas semua sayur tu lembut, aku cairkan pula unsalted butter dengan cara stim. Campur sikit garlic untuk lebih effect yang sedap. Hahaha. Pastu tuang je atas salad dan gaulkan. Memang sedap bak hang.  Smoke chicken tu pula aku beli yang timbang punya di Mydin. Pastu grill kan atas pan. Jangan lama sangat nanti kering sangat tak s

Sushi ohh Sushi..

Image
As-salam, Lately ni kemaruk nak makan sushi je la. Dua minggu lepas baru je ke Sushi King dengan naurah. Dating anak beranak sempena en. fuad takde. Bulan lepas pun ke Sushi King gak masa keluar dengan diela dan ibriz di Ipoh. Sabtu lepas pun ke sushi lagi. Tapi kali ni ke Octopuss Sushi pulak. Sebenarnya niat mula-mula nak ke Seoul Garden di KL Festival City Mall. Tapi en. fuad kata dia malas nak makan buffet, so kami tukar lokasi la. Dia suggest sushi. Baik betul la walaupun empunya diri tak makan sushi, tapi disebabkan isteri kesayangan dia ni tengah menghantui sushi maka en. suami penyayang ni terus mengoffer sushi. Aku bagaikan budak kecik dapat lolipop, terus melompat keriangan. Malangnya Sushi King agak penuh. Lagipun en. fuad kelaparan. Nak makan nasi katanya. Maka kami ke Octopuss Sushi sebab ada nasi-nasi gak. Aku macam biasa order set salmon. En. fuad order thai fried rice. Naurah pun macam biasa ambik plate sushi ikut sukati dia je. Tapi bukan makan sangat pun.  

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Image
Tengah rajin nak update blog. Jom kita cerita pasal makan-makan. Sabtu lepas aku ke jeram pekena ikan bakar. Kak lin dah ajak nak ke restoran ni dah lama dah. Dari pas kenduri kawin alang lagi. Asik tertangguh je. Kali ni aku paksa semua block date masing-masing untuk join. Mak ayah pun di kerah untuk turun ke KL jugak. Alhamdulillah tahun ni aku ada rezeki lebih sikit, so boleh la di kongsi beramai-ramai. Kami gerak dari rumah pukul 4.30ptg. Plan asal nak gerak kul 4. Tapi biasa la kan, mesti ada yang terlewat. Sampai di restoran aroma tu dalam kul 6.30ptg. Masa ni dah penuh meja. Nasib dah booking awal-awal. Kami semua dalam 20 orang termasuk budak-budak. Mana yang tak booking, terpaksa la menunggu. Sebaik sampai en. fuad dan along terus pegi pilih ikan. Budak-budak sibuk nak ke pantai. Ikan yang di pilih ialah kerapu, siakap, pari dan kembung. Pastu pilih udang dan sotong. Nama je nak pegi makan ikan bakar, tapi kami tak buat bakar pun. Kerapu tu buat masak 3 rasa manakala siak