Posts

Showing posts with the label Ceritera Marsya Naurah

Sabar je

As-salam, Ntah kenapa, beberapa ari lepas sampai hari ni naurah mula taknak pegi sekolah. Dari jumaat lepas dia buat perangai macam tu. Memang teruk sangat meraung. En.fuad la yang cerita. Aku dah selamat sampai ofis dah. So papa dia kene melayan ragam dia. Tapi jumaat lepas papa bizi sangat. So tak boleh nak layan sangat ragam dia. Bila dah meraung macam tu, so en.fuad angkat masuk kete pegi hantar rumah pengasuh sebab taknak pegi sekolah sangat. Semalam pun macam tu juga. Padahal pagi kemain baik je lagi. Aku dah pujuk baik-baik. Walaupun masa nak mandi tu dia dah nangis-nangis cakap tak nak sekolah. Syabas untuk aku la dah mula berjaya tahan marah. Kalau dulu bila naurah buat hal pagi-pagi je mesti cepat je darah aku naik. Stress tau dah la kelam kabut nak rushing kejar punch card. Kena pulak anak mengamuk. Kang di marah memang tak jadi apa. So aku ambik pendekatan biar berlembut umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Amboi kau bermadah baga

Percutian pendek ke Cameron Highland | Heritage Hotel

Image
As-salam, Sambungan dari kisah percutian pendek kami dari Bharat Tea hingga ke Lavender Garden . Macam yang aku ceritakan, malam sebelum kejadian aku pulun la mencari hotel di cameron yang bersesuaian dengan bajet aku. Ye la plan mengejutkan tambah pulak lom gaji lagi. Pencarian aku di Booking.com membawa kepada Heritage Hotel dengan harga paling murah RM162 tanpa breakfast. En.fuad cakap tak payah ambik yang sekali dengan breakfast la. Nanti kita check out cepat terus cari makan kat luar je la. Ok set, terus booking. Settle.  Heritage hotel ni terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Senang je nak mencari hotel ni, ada signboard menuju ke hotel. Kalau korang naik dari tapah, hotel ni di belah kanan korang. Proses check in memang senang sangat. Just bagi nama dan hulur IC, pastu bayar. Dalam masa 10 minit dah settle dan dapat kunci. Staff pun sangat friendly dan membantu.  Bilik luas dan bersih. Bagi aku dah ok sangat. Kami ambik 1 katil king. Tapi berhimpit juga la tidur. Seb

Percutian pendek ke Cameron Highland | Lavender Garden

Image
As-salam, Sambungan dari entry sebelum ni. Lepas petik strawberry, kami terus ke Lavender Garden. Sebelum ni dah pegi masa tengah berpantang athmar. Hari ke 30 dah berjalan ke cameron. Kalau orang tua-tua ni kompem dah mengamuk bawak anak dalam pantang berjalan. Nasib baik parents aku dan parents in law sporting. Hahaha.  Nak masuk Lavender Garden ni kene bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kalau korang ke cameron, meh singgah ke sini. Sebabnya, cantik sangat bunga-bunga di sini. Nak ambik gambar memang best.  Sampai je,  naurah terus posing depan ni pastu paksa aku ambik gambar dia. Budak ni memang pandai posing. Macam-macam gaya dia buat. Jom ambik gambar dengan athmar pula. Kalau berjalan tu kemain baik je dia duduk dalam carrier ni. Tapi kalau lapar nak susu, macam tak sempat-sempat je dia menjerit. Nasib baik mama dah terror NIP sambil babywear. Takde la gelabah nak susukan athmar.  My little family. Jenuh nak selfie wefie. Kita suruh je ora

Percutian pendek ke Cameron Highland | Bharat Tea dan Abang Strawberry

Image
As-salam, Last week kami ke cameron highland. Last minute punya plan. En.fuad la duk kata kesian kat naurah pasal tak bawak dia bercuti masa cuti sekolah ni. Katanya nanti teacher tanya takkan nak naurah jawab pegi rumah aunty lang dan office mama. So malam khamis tu sambil duk bincang-bincang nak ke cameron ke tak, aku terus survey di booking.com mencari hotel di sana. Sekali tengok harga bilik Heritage Hotel cuma RM162. Terus la booking, pastu packing baju, siapkan segala keperluan sebab nak bertolak awal pagi esoknya. Yippi... Esoknya aku bangun awal macam biasa. Terus mandi, siap semua yang patut kemudian kejut naurah. Senang betul nak bangun, siap menjerit happy lagi. Tapi masa mandikan meragam pulak. Apa da. Pastu siapkan athmar dan panaskan makanan athmar. Nasib baik dah siap masak puree athmar hari rabu tu. Senang kan buat homemade food ni. Frozen kan je stok. Nak makan, just panaskan. Tak leceh pun la nak sediakan makanan baby walaupun untuk pergi bercuti.  Kami ber

Supplement untuk ibu menyusu. Perlu ke?

Image
As-salam, Nak kongsi sikit gambar stok susu untuk athmar. Alhamdulillah perjalanan penyusuan masih lancar. Kalau orang bertanya aku, apa yang aku makan untuk banyakkan susu. Susah aku nak jawab. Sebabnya aku memang minum ESP Shaklee, makan Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa Shaklee dari masa berpantang sampai sekarang. Tapi aku ambik supplement bukan hanya untuk tambah susu. Tapi sebab utama aku makan supplement ni adalah untuk kecergasan dan kecantikan badan.  ESP - adalah sumber protein yang buat rambut, kulit, kuku dan otot aku kuat dan sihat. Masa mengandungkan naurah dulu kulit aku memang kusam sangat. Stretch mark memang banyak la. Tengok pun takut. Tapi start amalkan ESP masa mengandungkan athmar, stretch mark segan nak naik. Yang bestnya stretch mark masa mengandung naurah dulu pun makin pudar. Dah la kulit makin cantik, ESP buat susu jadi lebih pekat dan berkrim. Hahaha. Serius tak tipu ni. Baby pun dapat effect juga tau. Kulit jadi gebu gitu.  Ostematrix - p

Kid'z Paradise, Quill City Mall

Image
As-salam, Sebab cuaca tak menentu sekarang ni, kejap panas terik.. Pastu kang tetiba hujan lebat pulak. So dah jarang sangat la kami bawa naurah ke taman. Kesian kat dia, bosan asik terkurung dalam rumah je. Habis-habis pun main basikal di porch rumah. Tu pun gate berkunci. Memang aku dan en. fuad tak kasi anak main di jalan. Bahaya, kereta laju. Diorang ni bukan kira pun area rumah pun bawak laju kemain macam atas highway.  So bila keluar ke mall, selalu la naurah request nak pegi main di indoor playground. Selalunya ke Kidzoona di Aeon. Tapi sesekali tukar selera pulak. Ni di Kid'z Paradise, di Quill City Mall. Sebenarnya cerita ni pegi masa bulan februari ari tu. Tapi hari ni baru update. Suka bebenor la dia dapat main kat sini. Tengok ni aksi dia. Betul-betul lepas geram la ni. tak padan dengan anak dara, memanjat pulak dia sebenarnya dia bosan terpaksa main sorang-sorang.   Hari tu tak banyak pulak ambik gambar sebab athmar tidur. So pinjam

Mewarna batik

Image
As-salam, Ni sebenarnya gambar lama. Tapi baru godek phone dan transfer gambar ke PC. Aku memang suka pelbagaikan aktiviti untuk naurah. Kebetulan masa pegi makan di komplex Muhibah, Taman Nirwana ternampak ada satu booth menyediakan tempat untuk mewarna batik. Apa lagi terus la bawa naurah ke sana. Bagi dia experience macam mana mewarna batik.  Pilih je gambar yang disukai. Semua gambar tu dah di canting. Tinggal nak kaler je. Sekeping tu tak silap RM5.  Meh layan gambar naurah kusyuk mewarna. Kebetulan masa kat sana anak sedara pengasuh naurah pun ada sekali. Diorang memang kenal each other. So together gether la mewarna. Tadaa. Ni hasil kerja naurah. Ok la kan. Pastu boleh bawa balik dan tampal. Boleh la korang bagi anak-anak mencuba. Mesti diorang seronok.  Love,  mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Farm In the City

Image
As-salam, Semalam berkesempatan pergi ke Farm in the city atau dikenali juga sebagai petting zoo. Menarik juga di sini. Bagi yang tak penah tau apa tu petting zoo, ia adalah mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan kecil seperti arnab, rusa, kambing, ayam, burung, ikan dan ular. Menarik di zoo ini adalah kita boleh pegang dan memberi haiwan ni makan (kecuali ular). Satu pengalaman baru dan mengujakan untuk bukan je anak-anak, tapi mak-mak dan bapak-bapak pun sama seronok.  Farm in the city ni terletak di Seri Kembangan, bersebelahan dengan Pasar Borong Selangor. Kami pakai waze je, aku pun tak reti nak kasi direction untuk ke sana.  Ni adalah harga bayaran masuk ke zoo tu. Boleh juga beli pakej keluarga. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Untungnya membeli pakej keluarga kanak-kanak dapat free tiket pony ride. Kalau tak kene beli RM7. Pakej juga dapat discoun voucher RM10 untuk makanan dan RM5 untuk pembelian souvenir.  Masuk je dalam kawasan zoo, terus bawak budak-budak