Hamil lebih cergas dengan SHAKLEE

Assalamualaikum, 

Nak kongsi sedikit pengalaman saya masa mengandung terutama semasa mengandung anak yang sulung, naurah. Masa tu memang belum mengenali shaklee lagi. Nama shaklee pun tak penah dengar.

Peringkat awal kandungan memang benar-benar menguji kesabaran. Bayangkan saya yang sebelum ini seorang yang aktif (bekas atlit sekolah), suka melaram dan kuat makan tiba-tiba berubah 100% menjadi seorang yang lembik, asik terbaring dan tidur, tak bermake up, dan hilang selera makan. 

Saya mengalami alahan yang agak teruk. Asal celik mata, muntah. Nampak makanan, muntah. Fikir pasal makan pun muntah. Kepala berpusing-pusing. Dah la masa tu saya dan suami tinggal berjauhan. Hanya berjumpa seminggu atau dua minggu sekali. 

Setiap pagi menangis. Tambah stress bila orang keliling suruh kuatkan semangat, siap kata jangan ikutkan sangat alahan tu. Yang buat lagi stress bila ayah sendiri yang cakap macam tu. Siap compare dengan mak lagi sebab katanya masa mak mengandung dulu takde alahan, make up macam biasa dan orang tak tau pun mak mengandung. Grggg.. 




Masa berpantang pun memang kuat tidur. Muka memang pucat habis. Biasa la wajah orang sedang berpantang kan. 


Bila orang sibuk bertanya, bila nak tambah lagi seorang, Saya jawab tunggu suami pindah KL dulu. Sebab masih fobia dengan alahan mengandung. Tambah kalau kena uruskan diri sendiri dan anak pula, memang saya tak larat. 







Alhamdulillah, penghujung tahun 2012, en.suami mendapat peluang pekerjaan di KL. Jadi, janji mesti di tunaikan. Hahaha. Akhirnya pada raya 2013, kami mendapat berita gembira, saya mengandung lagi. Tapi bermula lah kembali episod mabuk dan alahan. 



Letih, lesu sampai hilang mood. Bangun pagi memang satu penyeksaan ketika itu. Di pejabat memang tidur je. Saya masih menggunakan public transport tau walaupun ketika hamil. Sampai la ketika kandungan berusia 4 bulan saya mula mengenali shaklee.


Segalanya mula berubah. Saya lebih bertenaga dan aktif. Alahan mula berkurangan. Mood semakin ceria. Memang bersyukur sangat mengenali 5 vitamin ni.

Masa kandungan dah sarat pun masih sempat lagi buat preparation untuk birthday party naurah yang ke 3. Memang aktif sangat. Pastu tawaf shopping mall pun tak de masalah. Boleh lagi redah ke Mid Valley untuk ke Baby Fair. Dengan orang ramai, en.suami tak follow sebab ada keja. Usung la naurah dalam stroller sambil shopping. 

Berpantang pun masih meneruskan set ini dan tambahan beberapa lagi vitamin shaklee yang lain.


B Complex lengkap dengan asid folic sememangnya sangat diperlukan oleh wanita hamil bagi mengelakkan kecacatan terhadap janin. Seelokknya di ambil 3 bulan sebelum hamil.

Vitalea multivitamin lengkap untuk kesihatan semua. Wanita yang mengalami masalah hb rendah, memang sangat di galakkan untuk mengambilnya.

Vitamin c menguatkan imun sistem. Ia juga mengalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Kulit semakin cerah dan parut pula semakin pudar. 

Ostematrix pil kalsium yang lengkap dengan vitamin D. Wanita hamil sangat cenderung mengalami masalah sakit belakang dan kejang kaki. Pengambilam ostematrix dapat mengatasi masalah ini. Malah ostematrix juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit. 

ESP sumber protein yang terbaik. Ia menjadikan rambut lebih sihat dan tak mudah gugur, kulit lebih cantik dan anjal serta kuku yang tidak mudah patah. Masalah stretch mark juga hilang dengan ESP. ESP juga membekalkan tenaga segera dan memberi rasa kenyang lebih panjang.

Jika anda hamil atau bakal bersalin, 5 vitamin ini memang sangat di syorkan. Boleh baca testimoni tentang set hamil / bersalin ini. 




Anda boleh dapatkan set kehamilan Shaklee dengan klik pada ikon di bawah, kemudian hubungi saya untuk dapatkan jadual makan, 




Hubungi saya segera melalui 

Call / SMS / Whatsapp

Mar 018.268.4992
Pengedar Shaklee Ampang

FB  Mardiani

COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja)


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato