Posts

Showing posts from August, 2010

Naurah 6 bulan.

17 Ogos 2010. Alhamdulilah Naurah dah genap 6 bulan. Macam tak percaya dah besar anak aku ni rupanya. Naurah sekarang dah semakin bijak & mengenal orang. Naurah suka sgt mendengar& perati org berborak. Kadang2 tengah menyusu pun dia boleh berenti sebab nak tengok org borak-borak. Iklan yang paling Naurah suka pulak iklan TV3. Ala iklan yang kuar tiap-tiap kali habis show & nak start show baru tu yang ada lagu 'kau ku suka, kau ku cinta...tv3'. Kalau iklan tu kuar je, tengah nangis pun Naurah leh stop nangis sebab nak tengok. Sampaikan aku suruh adik download iklan tu dari Youtube & pasang kat laptop if Naurah nangis. Tapi masalahnye bila tinggal mak je kat umah menjaga Naurah, mana la mak tau nak on kn laptop tu. Tak dapat la mak pujuk Naurah dengan iklan tu. 18 Ogos 2010 Semalam time bersahur Naurah terjaga sekali. Bila pegang badan dia je, panas. Naurah demam pulak. Dia memang tengah selsema sekarang. Kesiankan Naurah, aku ambik cuti la. Lagi pun tengah demam ...

Baru..Baharu

Image
Motif letak pic aku?? Huhu.. Sebenarnya saje nk tempek pic aku bertudung syria nih.. Dah lama aku mengidam nk try pakai tudung nih. Akhirnya tercapai.. Hehehe. So raya tahun ni bergaya cmni leh? Lagik 1 benda yang aku baru beli. Cooler bag Jingle Jungle. Lebih besar, kemas, teguh & menarik. Yang penting susu yang di simpan leh tahan lebih lama. Gumbira..

Penyusuan

Image
Pagi ni lambat lagi. Pas dh bersiap2 nk keluar umah, sakit perut lak. Oh harus menuju ke toilet dlu. Naurah seperti biasa, bangun awal. Tapi hari ni dia tak bersahur sekali. Lena tido hingga aku selesai mandi. Hari ni Naurah mahu di layan. Tak macam selalu, pagi ni dia nak ajak bermain. Maaf sayang, mama kene bersiap utk pergi kerja. Sambil aku bersiap pakai tudung, ambik botol susu & ice packs aku lihat Naurah dh menirap jauh dari tilamnya. Lajunya anak mama ni bergolek. Jadi sekarang tilam Naurah dah tak muat untuknye. Membiarkan Naurah sorang2 atas katil pn dah bahaya. Tapi takan la nak tido di bawah pulak ye. Nampaknya kena letak bantal banyak-banyak la nanti. Dalam LRT tadi terserempak dengan Fisha, kwn sekolah alang. Seperti aku, Fisha juga seorang breastfeeding mother dan amat obses dengan dunia penyusuan. Alhamdulilah babynya senang minum dari botol. Tak macam Naurah yang tak suka minum dari botol. Fisha bagi tau aku kt opis dia selalu pump di mejanya sahaja sebab terlalu ...

2 Ramadhan

Image
Hari ke-2 berpuasa. Setakat jam 3.30 ptg ni masih gagah (walaupun dh agak melepet) meneruskan pose disamping aktiviti pump. Memang agak memenatkan berpuasa + breastfeeding ni. Rasa lapar memanjang walaupun bersahur dah pulun nasi. (Tetap berselera mkn di awal pagi.) Pagi ni Naurah bangun menemani aku bersahur lagi. Macam tau-tau je mamanye tinggalkan dia sorang-sorang. Dah pujuk dan diberi susu bagai, mata Naurah tetap bulat dan segar. Terpaksa la aku angkut dia bersahur sekali. Menu sahur pagi ni oat + nasi + sup daging + kurma blended. Wah tiap-tiap pagi minum kurma blended. Kurma ni memang elok utk menambah tenaga. Jadi untuk wanita yang menyusu, sememangnya amalan memakan kurma dapat membantu menambahkan tenaga semasa berpuasa. Dalam berpuasa, aktivit pump tetap akan ku teruskan jua demi puteri kesayangan ku itu. So ku gagahkan jua mengangkut beg pump yang berat ini ke opis setiap hari. Tiada lagi handbag. Backpack ini teman setiaku ke opis setiap hari. (Loan dari alang) Sgt berken...

Ramadhan

Hari pertama berpuasa. Pagi tadi bangun sahur pukul 5 pagi. Turun bawah, tgk makanan dh siap terhidang atas meja. Alang ckp dh banyak kali ketuk pintu bilik, payah lak aku nk terjaga. Maybe sebab mlm td Naurah byk kali terjaga. Sebab cuaca panas kot yg buat Naurah tak lena tido. Tengah2 syok bersahur (selera gak aku mkn) Naurah terjaga lagi. Terhenti suapan aku seketika. Puas aku try tido kan Naurah lik, tapi takmo la pulak. So aku bawak Naurah turun bersahur sekali ngn aku. Menu bersahur pagi tadi, oat + nasi + udang grg kunyit + sayur pucuk + kurma blended. Emmm makan banyak la konun nak elakkan lapar. Tapi baru kul 10 pagi perut dh krok krok..Cmne ni..? Tadi baru lepas pump utk sesi pertama. Dapat 5 oz. Harap-harap untuk sesi kedua nanti tetap maintain la.

Aktiviti pam di opis

Image
Hari ni adalah birthday adik bongsuku yg ke 20. Hapy birthday dik. Hope bertambah matang ye. Emm sok umat islam seluruh dunia dh mula berpuasa. Semoga kedatangan ramadhan ni membawa seribu rahmat buat semua umat islam termasuk aku. Tahun ni tahun kedua bergelar isteri. Walaupun masih berjauhan dengan hubby, alhamdulilah sekarang aku telah ada peneman. Marsya Naurah, si kecil ku yg semakin bijak. Sebenarnya entry kali ni aku nk bercerita ttg pumping.. Semenjak mgu lepas aku makin giat menambah stok utk Naurah. Takut production menjunam di kala berpose ni. Ya allah maintainkan la susuku ini.. Sebenarnya utk memastikan hasil susu lumayan atau maintainkan production, seorg patut pam sekurang2 nye 5 kali sehari. Bermakna 3 kali di opis, sekali awal pagi dan sekali tengah malam. Bila breast di kosongkan, secara automatic signal akan di hantar ke otak utk menghasilkan susu lagi. Tapi jujurnya, aku tak pam sebanyak 5 kali. Paling banyak yang aku buat pun 3 kali je. Walaupun sebenarnya aku suka...

Pagi yang indah..

Wah cm tajuk lagu la pulak. Heheh. Sebenarnya pagi ni aku terbangun lambat. Masa alarm bunyi, aku off' kan. Pastu sambil nyusukan Naurah aku terlelap lik. Sedar-sedar je dh pukul 7.. Kuang..kuang..kuang. Apa lagi aku pon terus bertukar menjadi superman.. Terbang ke toilet (mandi yg sgt cepat..tapi tetap bersih tau..) capai baju, (nasib ada bj yg tak payah iron.. ) & make up (hahah walau lambat tetap kene make up..polisi ku , never leave home without make up) Amazing, aku berjaya buat semua tu dlm masa 15 minit. Hahah.. Cuma pagi ni tak sempat nak change diapers Naurah. Mintak tlg mak je yang tukarkan. Feeding?, mm rasanya last Naurah menyusu 6 lebih td. Terpaksa la Naurah minum EBM pagi ni ye sayang. Tadi sampai ofis pukul 8.15. Lambat sket dari biasa. Sory ye bos.. Mmg sekarang ni aku slalu jer sampai opis lambat. Dah try nk sampai cepat tapi ada je halangan-halangan yg membantutkan niat murni ku itu. Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia mgu depan, aku berazam akan sampai ke...
Pejam celik pejam celik, hari ni dh hari ke 5 bulan 8. Lagi 5 hari je utk umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan. Kalau tahun lepas, cabaran ramadhan aku adalah kerana aku sedang mengandung, tahun ini pula cabarannya adalah menyusukan anak. Yang paling merisaukan aku ialah rasa lapar yg extream. Kalau dulu boleh bilang la dalam seminggu berapa kali aja aku makan nasi, tapi sejak menyusu ni, aku makan nasi 2x sehari. Wahh mcm bukan diriku aje.. Rata-rata mommies yang breastfeeding cakap, berpuasa mmg mencabar sgt. Selain rasa extra penat, production pon merundum gak. Oh no.! Ini sungguh merisaukan aku. Mcm mana kalau production menurun. Takut nanti terus kurang. Aku still nak brestfeed Naurah hingga Naurah 2 tahun. So tadi aku pun surf forum kegemaran aku susuibu.com.. Tup tup terjumpa lak threat nih.. Ada resepi & tips berbuka puasa utk ibu-ibu yang menyusu. http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=3695&forum=2&post_id=207992#forumpost207992 K...

Naurah nk mama je..

Waahh sejak akhir-akhir ni Naurah asik nak memerap ngn aku je. Kalau dulu Naurah asik nk berdukung je sampai sakit pinggang anny (granny yg menjaga sepanjang aku bkerja). Sekarang ni walau Naurah didukung oleh org lain, tapi kalau ternampak muka aku, dia akan merengek mintak didukung. Kalau dibuat tatau, huh alamatnye dia akan meraung bagai dicubit.. hui hui hui.. Haru gak la anakku sorg ini. Mmg mama tak leh buat apa-apa keje la jawabnya.. Macam mana ye nk kurangkan anak memerap dgn kita? Mmm.. agak sukar. Baby memang suka bila bersama mamanye. Dia dpt rasakan bahawa dia selamat dan selesa bila berada di pangkuan mama. Mungkin juga baby sukakan bau susu mama. Tambahan pula Naurah mmg exclusive breastfeeding, so bonding antara aku dan dia sangat rapat. Mungkin sebab tu kot Naurah takmo kat org lain termasuk papanye yg seminggu sekali je jumpa. Takpe la walaupn aku terpaksa menatap je Naurah, aku akan tetap layankan juga la. Sebabnya ini je la masanya utk aku spend time utk Naurah setel...