Hantaran mahal. Macam mana nak kawin

Assalam,

Hari-hari hangat topik di fb pasal hantaran mahal, berzina murah. Errr... Nak kupas perkara ni susah. Masing-masing nak menegakkan pendapat masing-masing. So bagi aku, takde jawapan yang sohih betul dan salah. Ni pandangan aku je. Nak jugak bagi pendapat. Hahaha

Dalam islam tiada hantaran. Hanya ada mahar atau mas kawin. Tu memang wajib lelaki beri pada isteri dan menjadi hak isteri. Nilai mahar pula bergantung pada negeri. Tapi ada juga lelaki yang beri lebih daripada nilai yang ditetapkan. Itu terpulang pada pihak lelaki. Andai dia berkemampuan, boleh je. Tak menjadi kesalahan pun. 

Duit hantaran pula hanya la adat. Duit hantaran ni kebiasaannya pengantin perempuan akan gunakan untuk majlis persandingan. Nak bayar khemah, katering, pelamin dan sebagainya. Tapi ada juga yang sengaja letak hantaran tinggi, dah macam pertandingan pula. "Anak cik jemah tu hantaran dia 10K. Anak cik bedah pulak 15K, anak aku nanti mesti kene 20K." Berlumba-lumba pulak nak tau hantaran siapa paling tinggi. Kalau pihak lelaki berkemampuan, tak pe la cik kiah oiii. Nak letak hantaran sampai 2.6 bilion pun tak de hal. Tapi kalau bakal menantu lelaki tu kerja biasa-biasa, gaji pun cukup-cukup makan je, maka beragak-agak la.

Ada pulak lelaki yang merungut, bayar hantaran mahal-mahal, tapi si perempuan apa pun tak reti. Masak tak pandai, kemas rumah tak pandai, buat rugi je. Cik abang, kalau nak yang pandai serba serbi, cari la maid. Kalau dah isteri ko tu tak tau serba serbi, ko belajar juga la buat kerja rumah. Pastu ajak dia berkemas sekali, memasak sama-sama. Dah memang tugas suami mendidik isteri. Jangan la pandai komplain je. Padahal ko pun tak tau apa. 

Hidup berumah tangga ni, kene la sama-sama membantu. Macam masa kita kecik-kecik, bukan nya keluar dari perut mak dah terus boleh berlari. Semua ikut step, dari menerap, mengensot, merangkak, pastu terketek-ketek berjalan. Kemudian baru berlari. Macam tu dalam alam rumah tangga. Baru-baru berumah tangga, macam baru hidup la. Merangkak mencari keserasian bersama. 

Yang perempuan pulak, jangan la pemalas sangat. Asik nak tidur je. Kain baju jangan dibiarkan bertimbun tak berlipat. Nanti lama-lama anak korang pun boleh sesat dalam rumah korang. Aku ni pun bukan la rajin sangat sebelum berkahwin dulu. Masak pun tak pandai. Tapi lepas kawin, aku latih diri untuk tidak terlalu malas. Dah ada suami dan anak, jangan la buat perangai macam masih bujang. Sesekali memang ada hari malas kita kan. Tapi kalau dah hari-hari malas, aku pun malas nak komen. 

Ok la dah melalut cerita lain. Berbalik pada hantaran mahal, memang barangan semua mahal sangat sekarang. Kalau dengan RM3000 kenduri apa sangat yang boleh buat kan. Tapi kalau dah itu je kemampuan korang, jangan paksa diri berhutang sana sini semata-mata nak buat kenduri grand sampai RM300K. Jangan takut orang mengata. Manusia yang jenis suka mengata ni, kalau korang buat macam mana baik pun dia tetap akan mengata juga. Seeloknya bersederhana la. 

Jangan la bandingkan jumlah hantaran yang mahal dengan berzina yang percuma. Fikirkan tentang dosa yang kalian dapat dengan berzina. Sanggup ke tanggung dosa tu hanya kerana barang percuma. Ingat neraka tu macam penjara ke? Terkurung je, tapi dapat makan free. Ada siksaan tau tak. Kalau hukuman dunia pun korang tak sanggup nak rasa, agak-agak hukuman allah korang boleh tahan ke? Kalau korang tau nikmat sebuah perkahwinan, pasti korang takkan merungut langsung tentang jumlah hantaran. Dan pasti korang tak hingin langsung berzina. 

Cantiknya sebuah perkahwinan bukan terletak pada up to date nye konsep pelamin kita, atau betapa meletopnya baju kita, atau siapa jurufoto kita. Tapi cantiknya sebuah perkahwinan terletak pada bahagianya kehidupan kita selepas itu. Carilah keredhaan Allah, in sha allah bahagia. 

Bagi yang duk pening kepala tentang bajet perkahwinan boleh baca tips hakak ni di sini. 


Love,
mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids