Posts

Birthday celebration

Image
Finally dapat gak la celebrate birthday dengan hubby. Itu pun tak berjalan according to my plan. Plan awal nak pegi makan kat Look Out Point kat bukit ampang, tapi kene ubah tempat sebabkan tak cukup masa. Camne nak cukup masa, hubby sampai petang sabtu. Pas maghrib kami ke Butik babymanja sebab nak beli high chair untuk naurah. Sebab dah lewat, just pegi makan kedai yang dekat dengan rumah. Nak cepat sebab pas makan nak ke Downtown, Cheras pulak. Tak leh keluar lama sangat sebab kesian kt naurah. Selalu dia dah tido time tu. Pagi ahad pulak hubby kena tolong mengangkut barang-barang untuk di bawa pindah ke Bagan Lalang. Sehari suntuk jugak la mengangkut barang dari Ampang & terus di bawa ke Bagan Lalang. Lebih kurang pukul 5 petang baru bergerak balik ke Ampang. Aku pulak memang nak sangat ke Sogo sebab nak beli baju naurah. Kesian kt anak aku baju dah sendat. Sambil-sambil tu nak gak ler menjenguk handbag & kasut. Tapi memang tak sempat la nak cari barang-barang aku sebab sam

Raya Aidiladha

Image
Ni sepatutnya post lama. Tapi sebab malas nk upload pic, so hari ni baru la aku postkan entry pasal raya haji ni. Tahun ni raya haji jatuh pada hari rabu. Tengah-tengah minggu. Disebabkan cuti aku pun dah tak banyak, makanya aku tak apply cuti untuk hari seterusnya. Lagi pun tahun ni beraya di ampang je. Hubby balik beraya gak. Company dia bagi cuti 3 hari. Tak banyak nak story, just nak tempek gambar-gambar ibadah korban. Sempat gak bawak naurah ke padang untuk sama-sama menyaksikan ibadah korban. Saja nak bagi pendedahan awal pada naurah tentang sambutan hari raya haji ni. Ni antara lembu yang akan dikorbankan. kurus je muka ceria dina yang excited nak tengok ibadah korban muka ceria alank yang tetap nak interprem mama yang tak sempat tukar baju raya acara korban telah bermula gaya excited naurah tengok lembu excited lagi. kalau boleh nk pegi dekat lagi acara melapah pulak dina sempat main buai gak

Birthday

Image
Semalam birthday aku yang ke 30. Happy birthday to myself. Syukur aku masih bernafas di bumi Allah ini. Terlalu banyak nikmat yang telah aku nikmati. Semalam as birthday treats, family telah membelanja aku makan nasi briani, Restorant Insaf. Thanks ayah, mum & alank. As usual tak dapat celebrate dengan mr hubby sebab dia jauh. Insya allah sabtu ni balik. Harap dapat celebrate coz ahad birthday hubby pulak. Today dapat kek dari officemate. Thanks dila. So lovely. Ni keknye Tada > > Suker sangat sangat ;P cute kan.. and so yummy...

Model cilik

Image
Si manja ni dh pandai posing. Ada bakat jadik model cilik la. Tak percaya?? Tengok ni.. Cute kan.. Agak2 kalau masuk mana-mana contest leh menang tak?

Naurah ke babysitter

Alhamdulilah setelah pencarian merata tempat untuk mencari babysitter terbaik buat naurah akhirnya bertemu jua. ~~hehehe cm poyo je ayat~~ Sebelum mencari babysitter buat naurah, ada beberapa kreteria yang telah aku tetapkan. Ini penting sebab ia dapat mencorakkan kehidupan & masa depan puteri kecilku. Kenapa aku cakap macam ni. Jom tengok kreteria yang telah ditetapkan : 1. Pandai handle EBM Ini sangat penting dalam usahaku menyusukan bayiku dengan susu ibu selama sekurang-kurangnya 2 tahun. 2. Suasana yang aman & tenang Bayangkan jika membesar dalam suasana yang bising, penuh dengan jerit pekik dan maki hamun? Apa yang akan terjadi pada anak kecil yang masih suci? Pasti mindanya akan di cemari dengan perkara yang negatif sedari awal kehidupannya bukan.! 3. Suasana yang selamat Anak kecil pastinye suka meneroka dunia barunya. Tanpa mengenal bahaya, mereka melihat setiap benda adalah seperti permainan. Mahu di pegang dan pastinya akan ke mulut. Berapa banyak kes kemalangan bay

Weekend yang penat

Last week balik ke Batu Gajah. Main reason sebab nak antar adik further study ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Congrats my lil bro. But speacial reason of couse la nak jumpa hubby tercinta. Plus opah & tokwan dah rindu sangat kat si cilik ni. Tapi sayang, bila tokwan & opahnya angkat, meraung pulak dia. Maklum la jarang berjumpa. Sepanjang kat sana memang banyak sangat aktiviti kami. Berjalan dah tentu. Makan-makan lagi. Wahh full pewot. Rasanya 4 hari kat sana aku gain 3kg kot. Sampaikan jeans aku sendat. Huhu. Time to cut the fat starting from today.~~ Alamak boleh percaya ke~~ Kalau last entry citer sal naurah demam. Well, kali ni mama pulak yang demam. Huhu. Dah lama sangat tak demam, rasanya since preggy dulu. So kali ni bila demam memang teruk sangat la. Puncanya? Mm bukan transfer dari naurah, tapi terlalu banyak berjalan. Penat melampau. Morale of the story ~~jangan berjalan melampau~~

Demam

Semalam aku EL sebab si kecilku demam. Aku notice badan naurah panas masa nak naik tido malam selasa ari tu. Terus aku bagi naurah makan ubat. Tengah malam naurah asik merengek, maybe sebab dia tak selesa. Suhu badannya memang panas, sampai 39c. Kerap la aku bangun & lapkan badan dia dengan kain basah. Risau aku kalau suhu terlalu panas, boleh mengakibatkan sawan pulak. Tiap 4 jam terpaksa bagi ubat disebabkan demam yang tak surut. Tengah malam tadi pun badan dia still panas lagi. Aku fikir kalau pagi ni dia still demam panas, memang aku akan EL lagi la. Dah la cuti tinggal 2 hari je lagi. Nasib baik la bila bangun pagi tadi suhu dah turun. Tapi aku tetap bawa naurah ke klinik pagi ni untuk pemeriksaan. Doctor cakap tekak naurah merah dan ada ulser sikit. Tentu dia sakit tekak. Kecian kat anak mama. Tapi sebabkan suhu badan naurah dah surut, aku rasa eloklah aku pegi kerja. Lagipun naurah duduk dengan anny dia, takde la aku risau sangat. Cuti tu simpan untuk perkara emergency yang

Pagi selasa

Pagi ni sampai opis je terasa nak buat failing. Cheh rajin pulak aku kan. Bukan apa, tensen tengok meja yg berselerak ni. Ada plak fail-fail meeting yang dah overload, so time to open new file la. Opss tak dapat nak upload pic lak sebab lupa bawak cable. Sebenarnya ada story raya yang nak di update. Nanti la ye bila bawak cable. Baru best ada story beserta dengan picture sekali. Buat masa ni enjoy the day. ;P

Mangsa keadaan

Semuanya kene ikut kuota. Bila terlebih dari kuota, ada la yang terpaksa jadi mangsa slash. Bengang toksah nak kata la. Tapi nak membangkang, sesia aje la. Keputusan di keluar. Suka tak suka, telan je lah.. ~~BENCI BETOL LAAA.....~~

Hanya yg terbaik

Ni nak cerita tentang buah ati pengarang jantung aku tu, Marsya Naurah binti Mohamad Fuad. Alhamdulilah raya haji ni naurah genap 9 bulan. Syukur kerana naurah masih lagi mendapat khasiat dari susu mama. Bersyukur pada mu Ya Allah kerana memperkenankan niatku untuk menyusukan puteriku ini. Tapi naurah sekarang ni dah demand takmau minum frozen EBM. Dia just nak yang fresh EBM aje. Makanya sekarang ni aku harus lebih gigih pam untuk membekalkan fresh EBM buat si kecil ni. Tak kisah la kalau mama kene bekerja keras asalkan naurah sihat ye. Walaupun agak sedih sebab tak berjaya Exclucive Breastfeeding kerana kejahilanku dlm ilmu penyusuan dahulu, aku berazam takkan ulangi lagi kesilapan ini di masa akan datang. Naurah juga tak begitu memilih tentang makan. Setakat ni dia makan apa saja yang aku masak. Resepi yang terbaru, Baked Apple & Raisin. Thanks tu anisfuad for sharing the recipe. Setakat ni aku masih lagi gigih memasak makanan buat puteri kesayanganku. Pernah sekali aku menyuap

November entry

Salam.. Oo dh lama tak update blog. Sekarang dah masuk bulan November. Bermakna tinggal lagi sebulan saje lagi untuk aku tinggal bersama mum & ayah. Mulai tahun depan, mereka akan menetap di Bagan Lalang. Macam mana aku nk lalui hari-hari tu nanti. Segala-galanya harus ku lakukan sendiri. Fikirkan itu, aku pening. Aku tak sedar betapa bertuahnya hidup aku sebelum ini. Segalanya di sediakan di depan mata. Semuanya diuruskan oleh mum & ayah. Walaupun hubby jauh, namun aku masih ada keluarga bersamaku untuk membantuku. Tapi lepas mum & ayah berpindah nanti, susahnya hidup aku. Tentu huru-hara hidup aku. Mana nak uruskan diri lagi, naurah lagi, masak lagi. Washing machine pulak takde, nak kene mula basuh tangan lak. Waaa... kene cepat beli washing machine la cmni. Namun aku masih bersyukur sebab alang akan tinggal bersamaku. Nasib baik la dia dapat posting sekolah dekat area ampang aje. Kalau la alang posting luar dari lembah klang, memang nampak gayanya terpaksa la aku berpind

Dating..

Sejak dh ada anak, memang dah lama aku tak berpeluang berdating berdua-duan dgn hubby. Tapi baru-baru ni peluang tu datang. Auww.. hepinye dapat peluang makan berdua dengan hubby macam zaman bercinta dlu. Kalau org tengok mmg sah ingat kami pasangan yang sedang hangat dilamun cinta. Sebenarnya setiap pasangan suami isteri memang memerlukan masa untuk berdua. Siapa kata lepas berkahwin dan mempunyi anak, mereka tidak boleh berdating lagi. Cuba la berdating dengan pasangan anda, pasti anda akan terkenang kembali zaman bercinta dahulu dan pastinye dapat menghangatkan kembali hubungan yang semakin suam-suam kuku tu. Hehehe..

Princess Naurah

Image
Dah lama tak bercerita ttg si kecil yang comel ni. Tiap-tiap hari tengok gelagat naurah yang semakin bijak ni memang menyeronokkan sampai tak rasa masa yang bergerak. Ada aja aksi-aksi comel naurah yang menggelikan hati. tak percaya, jom layan pics ni.. Aksi garu kepala > > > > garu lagik > > naurah rasa nk wat rebonding la, pastu blonde kn rambut ni.. ok tak mama?? > > > aksi main botol mineral > > > > musim panas ni naurah kene minum air masak byk2 tau mama > > > aksi makan biskut > > > > yumm..yumm > > > > mama nak ke?? > > > > tak leh, ni biskut naurah..hehehe > > aksi dgn drawer > > > > > > > yeah..yeah..mari terjah drawer ni > > aksi mari bersimpuh di tangga > > > > > mula-mula duduk sopan2 di kaki tangga ni ye.. > > > > mari kita panjat > > aksi menyakat kazen > > > mula-mula aim dari jauh > > > pastu tarik baj

tren ohh tren.. part 2

Image
Ni lanjutan dari entry tren ohh tren . Ni pics yang sempat aku snap pd hari kejadian. Ni time pagi kt stesen Putra Pasar Seni tren berhenti lama di setiap stesen > > time balik pulak > > LRT Star pulak yang problem. taktau dah berapa lama problem, time aku sampai org dah terlalu ramai sampai tak boleh naik ke platform. Ari tu aku terpaksa naik putra ke ampang park, ambik bas ke ampang point & tunggu alang jemput. Sampai di rumah pukul 7.30 mlm, lewat sejam dari biasa. Ayah ckp naurah dah start melalak dari 6.30 lagi. Agaknya dia dah tau time tu patutnye mama dah sampai rumah. Kesian tengok naurah yang tersedu-sedu bila aku dukung dia. "sorry sayang mama tak sengaja lewat ari tu"

Tanjung Harapan, Klang

Image
Last sunday pegi makan seafood kt Tg Harapan ngn hubby, B.I.L & his friends. Tempat tu best, luas & servis pun bagus. Yang lagi menarik sebab murah. Kami makan berlima, ambik lauk ikan kerapu, ketam, udang & sotong. Nasi putih 7, ( biasa la makan dgn lelakikan) fresh oren 2 jug. Total kos RM 110.00 sahaja. Terkejut gak aku bila tau harganya. Slalu kami makan seafood kt Bagan Lalang (tak ambik udang & ketam) pun mesti cecah RM 130++ Cmni leh pegi lagi la ke Tg Harapan ngan family aku. Cuma yang tak bestnye, aku rasa tak puas makan. Sebabnya :- 1. Naurah takmo duk diam. So kene ambik turn mkn ngan hubby. 2. Hubby lak sedap je makan smpai tak ingat nak ambikkan lauk ke dlm pinggan aku (sampai aku terpaksa suh hubby ambikkan lauk la) 3. Sebabkan itu, aku dpt makan sikit je lauk-lauk yang sedap tu. Sebab ada sorang kawan B.I.L makan tak ingat orang belakang. Sampai abis semua lauk dia kerjakan. Aku dpt merasa ikan pun sikit jer, 2 ekor udang & 3 ketul sotong. Sedey betol