Hanya yg terbaik

Ni nak cerita tentang buah ati pengarang jantung aku tu, Marsya Naurah binti Mohamad Fuad. Alhamdulilah raya haji ni naurah genap 9 bulan. Syukur kerana naurah masih lagi mendapat khasiat dari susu mama. Bersyukur pada mu Ya Allah kerana memperkenankan niatku untuk menyusukan puteriku ini. Tapi naurah sekarang ni dah demand takmau minum frozen EBM. Dia just nak yang fresh EBM aje. Makanya sekarang ni aku harus lebih gigih pam untuk membekalkan fresh EBM buat si kecil ni. Tak kisah la kalau mama kene bekerja keras asalkan naurah sihat ye. Walaupun agak sedih sebab tak berjaya Exclucive Breastfeeding kerana kejahilanku dlm ilmu penyusuan dahulu, aku berazam takkan ulangi lagi kesilapan ini di masa akan datang.

Naurah juga tak begitu memilih tentang makan. Setakat ni dia makan apa saja yang aku masak. Resepi yang terbaru, Baked Apple & Raisin. Thanks tu anisfuad for sharing the recipe. Setakat ni aku masih lagi gigih memasak makanan buat puteri kesayanganku. Pernah sekali aku menyuapkan nestum baby pada naurah. Lepas sejam tiba-tiba naurah muntah dengan banyaknya. Panik aku masa tuh. Hampir menangis aku tengok keadaan naurah yang agak lembik. Dengan segera kami bawak naurah ke klinik. Sejak itu aku berjanji takkan memberikan naurah makanan instant lagi. Sejak itu juga, aku gigih mengumpul resepi2 buat si manja ini. Aku nak naurah merasa pelbagai jenis makanan & masakan. Apa yang pasti kebersihan harus di utamakan. Dan yang penting garam & gula harus dikecualikan dalam makanannya hingga naurah berusia 2 tahun. Tapi kadang2 sakit ati bila ada tangan yang gatal nak suapkan mcm2 makanan lain ke mulut naurah. Alasannya nak bagi naurah rasa. Hello, naurah akan merasa semua tu bila sampai masanya.

Si kecil ni pulak semakin lasak sekarang. Ada je benda nak dicapai & pegang. Memanjat usah di kenang la. Panjat tangga la, panjat sofa la. Apa saja yang boleh dipanjat pasti akan dipanjat. Sebab itu, naurah tak boleh lepas dari pandangan aku. Risau terjatuh bila memanjat, terluka bila terpegang benda yang tajam atau melecur jika terkena benda yang panas. Minta dijauhkan segala kemalangan. Aku tak nak menyekat naurah dari belajar meneroka dunia barunya ini, namun keselamatan tetap diutamakan. Benda utama yang harus aku beli bila berpindah ke rumah baru nanti adalah safety gate supaya naurah tak dapat menjelajah hingga ke dapur. Banyak kemalangan boleh terjadi di dapur kan. Jadi lebih baik elakkan. Walaupun harga safety gate agak mahal, tapi demi keselamatan naurah, aku sanggup. Ala beli baju, kasut or handphone beratus-ratus boleh, takkan la untuk keselamatan anak pun nak berkira kan..

Sekarang tengah mencari babysitter untuk naurah. Kalau boleh nak start hantar naurah ke babysitter mulai bulan december ni. Saja nak train dia duk dengan orang lain before mak berpindah hujung bulan depan. At least masa mak ada ni, if naurah mengamuk teruk kat rumah BS, mak ada leh tolong jengukkan kejap. Cuma aku berharap sangat hubby BS ni tak merokok. Aku cukup tak berkenan dengan orang yang tak ada tahap kesedaran tentang bahaya merokok ni. Kalau dia nak sakit ke, mati cepat ke buat la sorang2. Jangan la libatkan orang lain pulak kan. ~agak kasar ayat aku ni~ Tapi aku memang cukup pantang dengan orang yang merokok depan baby. Ada yang sambil dukung baby leh pulak merokok. Kesian betul la kat baby ni. Sebab tu aku dah awal2 warning kt hubby jangan merokok dalam rumah & bila naurah ada bersama. Tapi kadang2 geram, bila hubby memahami, ada pulak orang lain yang tak memahami. Selamber je la nak merokok dalam rumah kami. Mulut ni terasa ringan je lak bersuara. Sakit hati bila hubby tak reti nak sound orang tu. Alasan nanti orang tu kecik hati. Abis kalau anak sakit sapa yang susah. Mama gak yang kene ambik EL..


~Salah ke kalau aku hanya nak buat yang terbaik untuk anak~

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato