Posts

Salam Ramadhan

Image
Assalam, Alhamdulillah masih mempunyai kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini. Ingat lagi masa awal-awal berlatih berpuasa. Masa tu umur aku 6 tahun tak silap. Sebelum tu pernah la berpuasa setengah hari, tapi masa 6 tahun ayah dah mula latih untuk berpuasa penuh. Masa 1st day berpuasa jam 6 petang aku dah mula menangis-nangis kelaparan. Jenuh la ayah pujuk sebab lagi sejam lebih je untuk berbuka kan. Aku menangis-nangis dekat meja makan sambil kata nak buka sekarang, dah tak tahan. LoL.  Pastu ayah bawak aku pegi kedai beli air laici kegemaran aku. Aku ingat ayah saja lengah-lengah di kedai. Seelok sampai di depan pintu rumah, azan berkumandang. Terus aku berlari ke meja makan dah teguk air. Macam orang tak makan sebulan. Hahaha. Itu la kenangan aku belajar berpuasa.  Dulu masa kecik-kecik pernah la juga ponteng puasa. Konon-konon berpuasa tapi tengahari curi-curi makan. Bila depan family berlakon macam letih sangat berpuasa. Dulu duk fikir kenapa la kena berpuasa

Tarik anak macam magnet

Image
Assalam, Kali ni nak cerita pasal magnet. Di tahun-tahun pertama anak, ibu bapa memang menjadi orang terpenting dalam hidup anak-anak. Tapi semakin anak menginjak remaja, kawan-kawan mereka akan mengambil alih peranan tersebut. Setiap cerita, setiap perkara, rakan-rakan mereka akan menjadi sumber rujukan terpenting. Hwuaaa.. Jangan biarkan perkara ini terjadi.  Menjadi kutub magnet yang betul Magnet mampu menarik namun ia juga mampu menolak.  Kutub magnet utara akan menolak kutub magnet utara begitu juga kutub magnet selatan akan menolak kutub magnet selatan. Oleh itu penting ibu bapa menjadi kutub magnet yang betul bagi terus menarik anak.  Ketika anak-anak masih kecil, pengaruh ibu bapa masih kuat di dalam diri mereka. Oleh itu, bagaimana garangnya kita memarahi mereka, anak-anak pasti tetap akan mencari ibu bapa mereka. Namun keadaan ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat remaja dan mempunyai ramai rakan-rakan di sekeliling mereka. Ibu bapa yang terl

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Image
Assalam, Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik.  Tahap pertama Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya leb

Dari mana datangnya tenaga dia

Image
Assalam, Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.  Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.  Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku pun smoot

Up kan imun sistem dengan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Image
Assalam, Nak berkongsi sikit cerita tentang batuk yang menyerang ayah 2 bulan lepas. Bermacam-macam ubat ayah makan. Dua tiga doktor ayah jumpa tapi batuk ayah masih belum reda. Lebih sebulan lamanya. So saya bagi sebotol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee untuk bantu tingkatkan imun sistem ayah. Alhamdulillah asbab shaklee selepas seminggu makan batuk ayah makin reda. Sekarang memang dah pulih sepenuhnya. Yang lebih menarik, ayah cakap dia semakin bertenaga. Syukur. Kenapa Sustained Release Vita-C Plus  dapat membantu dalam meningkatkan imun sistem?  SR Vita-C Plus  dapat membantu membina sel darah merah yang sihat bagi penyerapan zat besi yang lebih baik. Ia juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman . Ini dapat meningkatkan sistem imun, memulihkan alergi hidung dan memulihkan simptom selsema. SR Vita-C Plus juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolegen yang sangat diperlukan oleh kulit. Maka tidak hairan la SR Vita-C Plus begitu sinonim den

Cheesetart sure sedap Ampang | Jom tempah

Image
Assalam, Alhamdulillah dah masuk tiga minggu kami mula balik business cheesetart kami. Tempahan memang mencurah-curah kami terima. Terima kasih yang tak terhingga pada rakan-rakan yang menyokong kami. Juga pada customer baru kami. Harap korang semua sukakan nya. Kami masih lagi menerima tempahan untuk minggu ini dan minggu hadapan. Bagi yang ingin menempah, boleh whatsapp atau call saya 018-2684992 (mar) atau suami saya 011-10955164 (ad) . Kini ada 5 flavour iaitu mango, strawberry, blueberry, orange dan kiwi. Anda boleh pilih any flavour yang digemari atau boleh campur kesemua flavour. Harga seperti berikut: RM 10/12 biji RM 35/50 biji Kami juga telah mula menerima tempahan untuk raya. Jadi anda juga boleh mula menempah untuk raya nanti. Tempah awal, takut nanti dah sampai limit kami terpaksa tutup order. Karang ada yang kecewa kang.  Kami buat penghantaran di area Ampang dan sekitarnya, Tesco ampang, di LRT Bangsar, KL Sentral, Kerinchi, Ampang Park, KLC

Cheese Tart Naurah's Kitchen

Image
Assalam, Setelah hampir 3 tahun tak membaking, tahun ni kami mulakan balik projek cheese tart kami. Batch pertama telah berjaya di siapkan malam tadi. Ni hasilnya. Alhamdulillah rasa still sama macam dulu. Kali ni dah pandai sikit nak meloret atas cheese tart ni. Pasal dah dapat tips macam mana nak buat.  Buat masa ni ada 2 flavour, strawberry dan blueberry. Tapi akan di tambah flavour dari masa ke semasa bergantung pada permintaan.  Kali ni kami akan buat packaging kecil juga. Macam ni ada 12 biji.  Boleh pilih samada nak mix atau 1 flavour sahaja.  Yang ni untuk teacher naurah sebagai menghargai jasa mereka. Ada 5 orang cikgu kesemuanya.  So kami akan bagi seorang satu. Harga bagi cheese tart seperti ini: RM 10 / 12 biji RM 35 / 50 biji Kami juga akan buat packaging untuk goodies bag.  Harga adalah bergantung kepada kuantiti dan box nya nanti. Kalau berminat nak order boleh whatsapp. 018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) *Nota m