Posts

Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Image
Assalam, Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la.  Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.  Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan. Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya.   Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.  Kaki kecil. Masa zaman dinasti ch

Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Image
Assalam, Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni).  Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la. Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya memang s

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku terus makan

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih cantik. Kalau di ba

Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Image
Assalam, Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.  1. Ilmu Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak tetap me

Berbekal

Image
Assalam, Disebabkan hari ni terlebih rajin so pagi ni sempat la siapkan bekal untuk di bawa ke opis. Saja je merasmikan tupperware baru. Excited nak berbekal so beli la tupperware. So hari ni aku bawak menu sihat. Eat clean la orang kampung aku cakap.  Ni bekal aku untuk hari ni. Smoke chicken sandwich dan unsalted butter salad. Cara nak buatnya senang je. Brokoli, potato dan jagung tu aku stimkan je. Potato tu aku tak buang kulit. Tak sempat nak buat pagi-pagi. Tapi cuci bersih-bersih tau, pastu rendam jap dengan air garam. Jagung tu aku beli yang frozen je. Tapi tak sesedap yang fresh punya la. Rindunya jagung susu dari cameron. Sedap giler  Pas semua sayur tu lembut, aku cairkan pula unsalted butter dengan cara stim. Campur sikit garlic untuk lebih effect yang sedap. Hahaha. Pastu tuang je atas salad dan gaulkan. Memang sedap bak hang.  Smoke chicken tu pula aku beli yang timbang punya di Mydin. Pastu grill kan atas pan. Jangan lama sangat nanti kering sangat tak s

Apa yang best jadi ahli Shaklee

Assalam, Banyakkan orang malas nak join mana-mana business MLM ni sebab takut tertipu. Memang kebanyakkan perniagaan MLM ni menggunakkan sistem pyramid. Maknanya yang dah lama masuk, jadi orang atasan memang untung la makan komisyen dari orang bawahan. Modal nak masuk pulak selalunya cecah ribuan ringgit. Memang ramai rakan aku yang dah merana dengan sistem macam ni.  Shaklee pulak macam mana? Jujurnya shaklee juga adalah perniagaan MLM. Tapi tidak mengamalkan sistem pyramid. Maknanya apa yang anda usaha, itu ganjaran yang bakal anda dapat. Tiada maknanya dapat duit atas angin daripada jerih perih orang bawahan.  Modal untuk menjadi ahli Shaklee hanya RM68.90 plus RM10.60 postage, anda akan mendapat 1 starter kit yang mengandungi katalog produk dan marketing plan. Bayaran ini adalah untuk seumur hidup. Menariknya, tiada minimum purchase yang diperlukan setiap bulan. Jadi dah jadi ahli ni terpulang la nak pakai untuk diri sendiri atau mula berniaga. Tak perlu maintain point p