Posts

Percuma namun khasiat di dalamnya,

Image
Assalam, Selalu kita berfikiran bahawa setiap benda yang lebih mahal tentu lebih baik. Ada yang betul, namun ada juga yang tak betulnya. Ada benda yang mahal hanya kerana namanya. Ada benda yang mahal kerana memang kualitinya terjamin. Namun ada benda yang percuma, tetapi tiada satu pun yang mahal mampu menandinginya. Benda itu adalah susu ibu. Titisan emas yang terlalu tinggi nilai, khasiat dan kebaikannya.  Tengok ni banyak betul perbezaan diantara susu ibu dan susu formula. Jadi semahal manapun susu formula masih tidak dapat menandingi kehebatan yang terkandungan di dalam susu ibu. Susu tak cukup untuk bayi anda? Ini adalah punca kebanyakkan ibu gagal menyusukan bayi mereka. Tahukan anda, susu yang terhasil di awal kelahiran di kenali sebagai kolostrum.  Kolostrum mengandungi banyak protein, karbohidrat dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebagai makanan pertama bayi, kolostrum juga mudah dicerna, mengandungi sel darah putih, mampu melindungi salura

Lebih Langsing dan Menawan

Image
Assalam, Siapa yang suka kelihatan lebih langsing dan cantik menawan. Mesti la semua orang suka betul tak. Bukan hanya kaum wanita je tau, kaum adam pun dah ramai mula ada kesedaran untuk menjaga penampilan. Rasa lebih berkeyakinan gitu. Jadi bagi sesiapa yang nak kelihatan lebih langsing dan menawan agar nampak muda remaja sentiasa, jom dapatkan set kurus meletop shaklee ni. Lecithin Berasakan sumber daripada kacang soya bukan GMO, Lecithin sangat berkesan untuk memecahkan lemak dengan cara melekat pada lemak dalam darah dan mengapung. Ini dapat menggelakkan lemak tersebut melekat pada dinding membran. Dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana Lecithin membantu menurukan paras kolestrol. Lecithin juga membantu dalam masalah sembelit kerana dapat melembutkan najis. Bukan itu saja, dengan pengambilan Lecithin yang bertindak sebagai pemecah lemak dan senaman yang bersesuaian dapat membuatkan proses penurunan berat badan jadi lebih cepat. Cinch Shake M

Apa yang best sangat dengan GLA Shaklee

Image
As-salam, Hari ni nak share tentang GLA Complex Shaklee. Satu produk meletop-letop untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Apa itu GLA? GLA adalah nama ringkas kepada Gamma Linolenic Acid, iaitu asid lemak tidak tepu yang mengandungi Omega -6 yang sangat baik untuk kesihatan. GLA terdapat di dalam tumbuhan seperti Evening Primrose, Bogare, dan blackcurrent. GLA sangat diperlukan oleh manusia tapi tubuh tidak mampu menghasilkannya. Jadi kita harus mendapatkannya dari sumber lain. Kenapa tubuh perlukan GLA? GLA bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, asid lemak omega-6 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Juga dikenali sebagai asid lemak poli tak tepu (PUFA), mereka membantu merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan. GLA dan Diabetis Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil asid gamma linolenik (GLA) selama 6

Hilang idea

Assalam, Bila idea nak menulis hilang, mula la buntu. Tak tau nak update apa dalam blog. Sebab tu dah beberapa hari blog aku sunyi sikit. Tambahan pula dengan keje yang melambak. Memang tak sempat nak perah otak untuk menulis. Nak tulis ni bukan senang. Bila ada idea mencurah-curah, rasa macam tak sempat nak menaip je. Tup tup tup idea tu terbit. Tapi bila dah kering kontang tu, tenung pc 3 jam pun tak menyala lagi mentol kat kepala ni.  Ok bagi yang belum tau, promosi shaklee sepanjang april ni memang meletup-letup tau. Ada GLA Complex, ada DTX Complex, ada Lecithin, ada Cinch Shake Mix, ada Vita Lea for children. Jom singgah ke kedai d.ni vitamin sihat untuk lihat apa promosi yang sedang berlangsung. GST? Apa tu? Hahahah. Semua harga retail shaklee tetap sama tau. Betapa sayang betul shaklee pada pelanggannya sampai tak nak naikkan harga untuk semua produk shaklee. Jadi korang jangan risau ye.  Kenapa perlu rebut peluang tambah stok masa promosi? Bayangkan la kalau promo

OMJII.. Athmar dah setahun

Image
As-salam, Saat ini, detik ini setahun yang lalu, aku bertarung nyawa menahan kesakitan demi melahirkan seorang anak. Demi allah, semua kesakitan tu hilang serta merta sebaik menatap wajah anak yang di kandung selama 9 bulan. Allahu akhbar.  Serius aku tak sedar cepat betul masa berlalu. Dah setahun? Macam tak percaya. *tampar pipi sendiri*  Kenapa cepat sangat besar ni. Tak puas gomol lagi la. Jom layan gambar athmar dulu.  rindu bau newborn   ngantuknya saya nyum..nyum.. sedap jari saya saya marah bila benda ni ada kat (.)(.) mama. kacau betul kita nak pegi mana ni mama ehh apa tu nak ikut ke helo ladies cute juga awek tu Alhamdulillah athmar ni senang di urus. Masa dalam pantang dulu pun tak banyak ragam. Penah sekali dua je athmar menangis malam sampai aku tak tidur. Dengan pengasuh pun takde masalah. Athmar mau minum ebm tak macam naurah dulu. Makan memang selera ja. Umi dia kata, suka tengok athmar makan. Nganga je bila d

Sabar je

As-salam, Ntah kenapa, beberapa ari lepas sampai hari ni naurah mula taknak pegi sekolah. Dari jumaat lepas dia buat perangai macam tu. Memang teruk sangat meraung. En.fuad la yang cerita. Aku dah selamat sampai ofis dah. So papa dia kene melayan ragam dia. Tapi jumaat lepas papa bizi sangat. So tak boleh nak layan sangat ragam dia. Bila dah meraung macam tu, so en.fuad angkat masuk kete pegi hantar rumah pengasuh sebab taknak pegi sekolah sangat. Semalam pun macam tu juga. Padahal pagi kemain baik je lagi. Aku dah pujuk baik-baik. Walaupun masa nak mandi tu dia dah nangis-nangis cakap tak nak sekolah. Syabas untuk aku la dah mula berjaya tahan marah. Kalau dulu bila naurah buat hal pagi-pagi je mesti cepat je darah aku naik. Stress tau dah la kelam kabut nak rushing kejar punch card. Kena pulak anak mengamuk. Kang di marah memang tak jadi apa. So aku ambik pendekatan biar berlembut umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Amboi kau bermadah baga

Resipi Makanan Bayi - Puree pear + pisang & puree jagung

As-salam, Dah lama tak update resipi makanan bayi kan. Rajin duk buat tapi malas ambik gambar. Jadi entry hari ni hanya bercerita tanpa gambar. Puree pear + pisang Bahan-bahan Sebiji pear Sebiji pisang Cara-cara Ambil sebiji buah pear, cuci bersih, potong kecil dan buang kulit Steam pear tersebut hingga lembut. Potong pisang kecil. Setelah pear sejuk, campur air / ebm blend bersama pisang. Buah pear ni kaya dengan serat. Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Selain tu, buah pear juga mengandungi vitamin c yang bertindak sebaga antioksida yang membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas. Kandungan pectin dalam pear juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh. Selain itu, kandungan glukosa dan fruktosa dapat memberikan sumber tenaga bagi tubuh. Banyak lagi khasiat pear tau, kalau demam, minum segelas jus pear bagi meredakan suhu panas. Pisang juga banyak khasiatnya ye. A banana a day keeps the doctor away. Pisang m