Posts

Hormat-menghormati

As - salam.. Laa asik lupa je nak update blog. Blog pun dah lama tak jenguk. Ni aku cuba nak menaip ni. Tapi tetiba mata ngantuk la pulak. So mana patut aku dulukan. Nak terus menaip ke atau nak pejam mata dulu. Sekarang tengah free. Bosses takde. Sorang mc, sorang lagi keluar. Ohh dah lama tak cerita pasal hal keja kan. Korang sedia maklumkan yang aku dah berpindah ke HQ sekarang. Dah masuk 2 bulan pun. Mula-mula kene transfer dulu memang berat hati sangat. Ye la dalam keadaan mengejut. Tapi lepas 2 minggu, dah mula boleh serasikan diri dengan persekitaran. Kawan-kawan di sini pun alhamdulillah memang welcome sangat-sangat. Lama-lama seronok pulak dah. Bos pun rupanya ok je. Macam-macam cerita tak best aku dengar sebelum ke mari. Bila dah kerjasama, rupanya takde la seteruk yang disangka. Bagi aku bos-bos aku ni boleh give and take la. Sebelum ni aku dengar diorang tak bertegur satu sama lain. Tapi aku tengok elok je bercakap. Cuma bukan la geng makan bersama. Cuma sa

Keselamatan anak

As-salam.. Ehh lama dah tak update blog ye. Ada yang tertunggu-tunggu entry dari aku ke? haa takde. Ishh majuk la. Hahahah. Sila sedar diri ye. Hari ni baca dalam fb. Ada lagi budak yang hilang. Kat penang kalau tak silap aku. Bila baca kes-kes budak hilang ni, rasa serius sangat. Ye la kita dah ada anak ni, ingatan memang sentiasa pada anak kan. Aku takde la tip-tip yang boleh dikongsikan berkenaan isu ni. Tapi sebagai ibu bapa, aku pasti kita semua cuba beri yang terbaik dan cuba sehabis baik untuk melindungi anak-anak kita kan. Macam tu gak aku. Aku seboleh-bolehnya takkan lepaskan pandangan mata aku dari naurah bila keluar. Kalau hilang dari pandangan dalam 1 saat je pun aku dah gelabah. Nasib baik sekarang ni naurah lebih suka duduk dalam stroller tiap kali keluar. Jadi kurang la dia nak berlari sana sini. Bila anak-anak dalam stage melasak ni, kita sebagai ibu bapa kene jadi extra sabar, extra kuat dan extra prihatin. Extra sabar sebab perlu melayan kerenah mer

Lahad Datu

As-salam Negara kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Lahad Datu. Keamaan malaysia cuba di gugat oleh penceroboh dari luar. Namun apa yang lebih sedih ialah bila membaca cerita-cerita dari blog atau facebook. Masing-masing tuduh menuduh parti-parti politik yang terlibat. Aku bukan sesiapa untuk memperkatakan tentang isu ini. Namun tolong jangan politikkan keamanan negara. Ini kes malaysia diceroboh. Kes anggota polis kita ditembak dan dibunuh. Kes keamanan kita yang cuba diragut pihak luar. Dan kita masih boleh duduk tenang depan PC sambil mengutuk anggota polis kita dan mereka cerita konsprasi dalang yang terlibat? Kita tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Dan CIA kah kita untuk bercerita tentang konspirasi? Ye kita marah jika benar itu satu konspirasi. Tapi jika tidak, tak pasal dapat dosa kering kan sebab pandai-pandai tabur fitnah. So lebih baik berdiam diri jika tak tahu tentang sesuatu perkara. Jangan sebab kita dengar or baca dari blog, fb atau mulut

Cerita Sedih

As-salam, Aku sebelum tido suka bercerita dengan naurah tentang aktiviti aku harian. Pastu suka tanya naurah apa pulak aktiviti dia seharian. Kadang-kadang aku reka cerita-cerita yang melibatkan naurah sebagai heroin. Biasanya cerita-cerita aku tu simple dan kelakar. Tapi semalam sengaja aku reka satu cerita pengajaran yang agak sedih. Kisahnya begini, Ada seorang budak, namanya marsya naurah. Dia suka bermain. Satu hari, dia main jauh dari kawasan rumahnya, Walaupun mama dan papanya melarang, tapi marsya naurah ni tetap bermain jauh dari mama papanya. Tiba-tiba marsya naurah tersedar yang dia tersesat ke dalam hutan. Dia pun menangis. Kemudian datang seekor katak dan bertanya, "wahai budak, kenapa kamu menangis" marsya naurah menjawab "saya tersesat. saya tak tahu jalan pulang. tolong la saya" katak tu menjawab. "itu la kenapa kamu tak dengar cakap mama dan papa kamu. maaf saya tak dapat tolong kamu" Mar

SMS

Image
As-salam, Kali ni nak bercerita sal aku dengan en. fuad. Korang tau kan kami dulu bercinta jarak jauh. Dah kawin pun duk jauh gak.  Hujung tahun 2011 barulah en. fuad pindah ke ampang. Kalau masa berjauhan dulu, sms adalah alat komunikasi terpenting pada kami. Lebih-lebih lagi masa bercinta. Sehari beratus-ratus msg di hantar. Tapi sejak dah tinggal serumah ni, SMS kami dah berupa macam ni. Sesuai dengan namanya, Short Message Service ;p Tiap-tiap pagi message sama bagi tau dah sampai opis. Pastu message lagi bagi tau dah nak balik. Nak cerita panjang-panjang, sambung kat rumah je. hahaha sekian.

Marsya Naurah's 3rd birthday celebration

Image
As- Salam, Alhamdulillah selesai sudah majlis hari lahir naurah. Terima kasih tak terhingga pada para sahabat yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Plan untuk birthday party ni bermula lepas pulang dari JB hari tu. Mula-mula aku plan nak buat di rumah je. Tapi memandangkan tak sempat untuk buat persiapan, so aku pilih untuk buat di KFC je. Senang sebab semua keperluan di disediakan oleh pihak KFC Rentetan majlis adalah seperti berikut: (cheh poyo gila..hahaha) 2 Februari 13: Sabtu (sambil borak dengan En. Fuad) Aku: sayang, jom pegi survey KFC untuk birthday party naurah En. Fuad: nak survey kat mane? Aku: mana-mana la. wangsa maju boleh, carefour ampang boleh. En. Fuad: carefour ampang je la. dekat sikit. So petang tu kami ke carefour ampang. Sebelum tu aku dah check website KFC. Sepatutnya kena call hotline untuk booking untuk birthday party. Tapi aku kan suka main redah je. Sesampai di KFC, aku terus bertanya pada staff KFC. Staff berkenaan memb

Happy 3rd Birthday darling Marsya Naurah

Image
As-salam, Kejap je kan pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia anak mama ni. Masih terasa sakitnya bersalin. Masih terbayang saat pertama memegang dan mendukung naurah.  Masih terasa saat pertama menyusukan naurah. Mata mu yg galak memandang mama tiap kali menyusu Semuanya masih segar dalam ingatan. Hari ni puteri mama telah berlari dengan lajunya. Memanjat tanpa rasa takut. Bercakap dan berbual seperti orang dewasa.  Selamat ulang tahun ke 3, puteri mama dan papa. Semoga dengan pertambahan usia mu sayang,  semakin bertambah kepintaranmu itu. Membesarlah menjadi seorang wanita sejati Yang pandai menjaga dirimu  Mama dan papa sentiasa mendoakan kesejahteraan mu Mendoakan kesihatanmu Mendoakan kejayaanmu Mendoakan kebahagiaanmu Walau apa pun minat mu, asalkan tidak bertentangan dengan syarak mama dan papa akan menyokong mu sayang Salam kasih dan sayang dari mama dan papa di hari lahirmu. Puteri hati kami selamanya.