Posts

Johor Trip 24 - 27 Jan 2013 part 1

Image
Salam. Finally dah transfer gambar. Tapi nak upload punya lah seksa. Nk upload dalam FB lagi la lembab. So aku buat sikit-sikit dulu ya. Kita mulakan dengan hari pertama percutian. Kalau ada yang baca entry aku dulu, mesti tau yang  percutian kali ni aku beli voucher daripada MyDEAL.com.my  Masa aku beli tu pakej untuk percutian ke Legoland, Hello Kitty dan Big Club termasuk penginapan di Hotel Grand Sentosa. Kat entry tu aku ada tulis persiapan untuk ke legoland. Nak tau sila baca di sini . Tak kuasa nak taip balik. Hiiii Hari pertama masa on the way ke johor kami singgah di Johor Premium Outlet. Ramai orang asik bercerita tentang JPO ni kan. So aku pun teringin merasa jejakkan kaki juga la. Sape yang belum penah pegi, kalau korang tetiba menghala ke johor sila lah singgah. Bukan nak suruh soping pun. Saja pegi cuci mata pun ok. Tapi kalau dah singgah tu, kompem ada yang terembat la. Apa yang ada di sana? Macam-macam butik yang branded ada. Nama pun premium outlet k

Little Naurah

Image
As-salam Janji nak update tentang trip ke johor lom boleh ditepati sebab tak sempat lagi nak transfer gambar. Macam bizi sangat je aku ni kan. Tapi sekarang ni memang sibuk memikirkan tentang persediaan untuk birthday naurah. Mula-mula plan nak buat kat rumah je. Tapi sibuk benda lain punya pasal tambah pergi bercuti, tak sempat nak buat preparation lebih awal. Sekali minggu lepas baru aku sedar birthday naurah lagi 2 minggu je. Memang confirm la tak sempat nak plan macam-macam kan. So aku suggest kat en. fuad buat je la birthday naurah di KFC. Nasib la en. fuad setuju. Sebelum pilih untuk buat di KFC, aku ada gak buat survey cadangan birthday party di tempat lain. Tapi banyak yang rekemen buat di KFC. So aku pun pilih la buat di sini. Hope birthday party ni meriah la nanti. Sape-sape yang mencari-cari di mana nak buat birthday party anak, boleh la try tengok kat sini . Ada 3 package yang di sediakan. Nanti bila dah selesai party naurah tu nanti, aku akan ceritakan lagi.

Teaser: Legoland Malaysia

Image
Ada yang mintak aku review tentang percutian aku ke johor minggu lepas especially tentang legoland. Ok akan aku ceritakan semua tentangnya nanti. Sekarang ni belum ada mood nak mengarang. Lagipun gambar-gambar belum di transfer dari camera lagi. Nanti bila mood mengarang dah sampai dan gambar dah di transfer, akan aku updatekan di blog ye. Harap bersabar tau. hiii legoland malaysia, kami datang.

Buah hati pengarang jantung

Image
Nak cite sikit tentang si kecik comey aku ni. Ari tu ada belikan wallet untuk dia kan.  Punya la seronok dia. Bis semua duit aku dan en. fuad dia pow nak letak dalam wallet. Pastu en.fuad belikan handbeg pulak. Lagi la dia seronok kan. Bila keluar pegi mana-mana sibuk nak bawak handbeg dan walletnya. Asal beli barang dia yang sibuk nak bayar. Cmni la gayanya. Satu lagi dah taknak duduk atas highchair. Pun alasan dia dah besar. Mm cepat matang anakku ini. takpe mama papa biar baby bayar

Sakit

As-salam. Aku secara officially dah bertukar ke HQ TNB di bangar. Pertukaran yang sangat mengejutkan sebab dalam masa 24 jam je. Walaupun apa alasan yang diberikan perasaan terkejut dan rasa tak puas hati tetap ada dalam hati aku. Aku cuma manusia biasa. Walau aku cuba pujuk hati ni. Berkali-kali aku cakap kat diri sendiriperubahan tu bagus. Tambah pulak aku dah terlalu lama di sana. Tapi kenapa terlalu mengejut?  Sejak bertukar, kepala aku selalu sakit. Malam tadi pun aku tak boleh tido. Sakit kepala menjadi-jadi. Sakit tengkuk dan badan pun sama. Kenapa ye. Tu tanda darah tinggi ke? Takan sebab terlalu stress sampai darah aku naik macam tu skali.  Aku harap ni cuma sakit kepala biasa je. Aku perlu sentiasa kuat dan sihat untuk marsya naurah. Dia sumber kekuatanku. Jiwa dan ragaku.  Mama syg baby teramat sangat..

Mood tak berapa best

As-salam Mesti ada yang ingat aku monday blues kan. Tak la. Pagi tadi happy je nak pegi kerja sebab air dah ada. Tapi masuk je opis bos panggil dan sampai kan satu berita yang tak berapa nak best. Dia terpaksa transferkan aku untuk sementara ke HQ. Sebabnya ada sorang pegawai di sana yang tak layak untuk mendapat PA tapi sudah bikin kecoh pada board director sebab dia tak ada PA. Hey common la, tak kan la sebab tu je ko nak kecoh kan. Bagi meredakan kekecohan tu bos aku terpaksa mengorbankan PAnya buat sementara sampai la pegawai tu dapat PA baru untuk dia. Senangnya kan, ko kecoh-kecoh pastu dapat apa yang ko nak. Aku pun nak bikin kecoh boleh tak? Another berita yang tak berapa best aku dengar is that person agak kureng ajar sikit. Haa. Aku tak kisah bekerja dengan work load yang agak banyak tapi bekerja dengan orang yang kurang ajar? Dan yang paling aku tak boleh belah bila dengar aku terpaksa serve 2 bos. Means KPI aku 50% dengan si A dan another 50% dengan si B. And the wor

Celoteh pagi jumaat

As-salam. Sebenarnya takde apa sangat nak bercerita. Nak berpesbuk terasa bosan pulak asik-asik cerita sama. So kita berceloteh di sini ye.  Mana nak mula ye. Ok mula-mula cerita pasal air la. Semalam ada la air kat rumah aku. Sempat gak mendobi. Tapi pagi ni langsung tak keluar pulak. Dah la tong hampir kosong. So mandi ala kadar je la. Huhu. Mmm jom cerita pasal percutian. Insha allah kurang dari 2 minggu aku akan pergi bercuti lagi. Kali ni cuma aku, en. fuad dan naurah je. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku bawak naurah bercuti ke tempat yang memang dia nak sangat pegi. Mane lagi kalau bukan ke Legoland. Tiap kali iklan tu keluar di tv mesti dia cakap " mama nanti nak pegi legoland boleh?" Insha allah anakku. Untuk percutian ni aku beli voucher dari Mydeal untuk pakej penginapan termasuk breakfast, dan tiket masuk ke Legoland dan Hello Kitty Town untuk 2 dewasa bagi 4 hari 3 malam total RM700. Murah la kan. Cuma hotel yang kami bakal menginap ni jauh sedikit da