Soru time.. @ bgn lalang
24 september 2010 Pulang ke Bagan Lalang. Trip kali ni alang, adik & along sefamily ikut sekali. Cuma hubby je yang tak dapat join sebab tuntutan kerja. Next time sayang join skali ye. Bergerak dari rumah pada pukul 9.30 malam. Kami tunggu along di R&R Seri Kembangan. Alhamdulilah perjalanan lancar tanpa kesesakan. Mungkin kerana kami menggunakan highway MEX. Dina & Aqil naik sekali sebab nak bersama dengan Naurah menyebabkan alang & adik terpaksa naik kereta along. Aqil yang dah berumur 2 thn tu dah semakin bijak bercakap. Jadi banyak sangat benda yang di cakapkannya sampai kami naik letih gak la melayan dia. Tapi naluri kanak-kanak yang sedang belajar, jadi kami layankan juga setiap pertanyaannya. Kami selamat sampai ke rumah Bagan Lalang pukul 11 malam. Alhamdulilah.. 25 September 2010 Dina dah bangun awal pagi dan mengejutkan kami semua untuk ke pantai. Sememangnya dia lah orang yang paling excited tiap kali hendak pulang ke sini. Tapi Dina ni sebenarnya takut henda