Posts

Resepi makanan bayi | Cheezy Butter Chicken Porridge

Image
Assalam, Lama tak up entry mak-mak. Hari ni nak share resepi mudah dan ringkas ni untuk anak-anak setahun ke atas.  Bahan-bahan Unsalted Butter 2 sudu besar Cheese 1 Slice Bawang putih seulas dan merah sebiji Ayam Sayur (carrot, bunga kobis, brokoli, etc) Segenggam beras Cara-cara  Cuci bersih beras kemudian toskan air. Ketepikan Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.   Masukkan ayam, gaulkan sekejap. Masukkan beras kemudian gaul rata.  Kemudian masukan air mengikut sukatan yang dikehendaki.  Masukkan sayur Bila air hampir kering, masukkan cheese slice. Kacau sebati.  Tutup api. Siap.  Memang senang sangat-sangat buat ni. Rasa pun sedap. Ada rasa lemak-lemak dari butter dan masin-masin dari cheese. Kalau korang nak pakai ikan pun boleh. Sebelum ni aku pernah buat pakai salmon. Memang lagi meletop rasanya. Athmar pun suka sangat.   Reason kenapa aku kata resepi ni untuk 1 tahun k...

Wordless wednesday

Assalam, Ada teman ofis kata, rakyat malaysia mengeluh barang naik, minyak naik, tol naik, tapi buffet ramadhan di hotel-hotel tetap penuh. Jadi dia pertikaikan bila orang mengeluh terkesan dengan kenaikan harga barangan.  Bila kita tidak terkesan dengan kenaikan harga barang, jangan anggap semua orang sama. Berapa ramai yang terpaksa menahan dari membeli semata-mata untuk berjimat. Bergaji 3000 masih bergelar miskin di bandar. Ramai rakyat yang semakin terhimpit kesan daripada kenaikan harga barang. Nilai ringgit yang semakin mengecil memburukkan keadaan.  Tolong jangan kata, rakyat masih mewah berbelanja. Masih mampu makan mewah. Itu hanya sebahagian. Tapi ramai lagi yang hanya mampu melihat. Hanya mampu menelan air liur bila melihat gambar makanan. Berapa ramai lagi rakyat yang terpaksa mencatu makanan, demi mencukupkan belanja hingga gaji seterusnya.  Jadi lah lebih peka. Jadi lah lebih sensitif. Jangan ungkap jika tak mampu makan ayam, makan la sayur. ...

Diari ramadhan | Hari ke 21

Assalam, Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini.  Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lag...

Diari ramadhan | Hari ke 12

Assalam, Minggu lepas balik bagan lalang. Bila balik sana, menu utama yang wajib di cari adalah nasi ambeng. Sejak 1st time try nasi ambeng terus terpikat. Sedapnya mak ai. Kena dengan sambal tempe, memang terangkat la. Nasi ambeng ni 1 bungkus dia memang banyak giler. Kalau yang jenis makan tak banyak memang boleh share 2 atau 3 orang. Tapi sebab tamak haloba semalam aku dan en. fuad beli sorang sebungkus. Lepas tu jenuh nak menghabiskan. Sorry ye tak ambik gambar pulak. Duk kejar masa nak makan dengan athmar pulak asik nak berdukung. Kalau di rumah sendiri ada high chair. So bila waktu berbuka letak athmar atas high chair, pastu upah la dia biskut. Elok je nanti dia duduk makan kat situ. Mama papa pun boleh makan dengan tenang.  Hari ni ada majlis berbuka puasa di opis. Tapi aku malas nak stay. Kesian nanti kalau ambik anak-anak lewat. Ni pun dah banyak terhutang masa dengan diorang. Jadi habis je office hour memang aku akan rushing balik ambik anak-anak. Lagi pun ada orde...

Diari ramadhan | Hari ke 8 | Solat terawih

Assalam, Masa kecik dulu perkara paling best masa bulan puasa adalah waktu malam. Sebabnya meriah sangat waktu malam. Kalau hari-hari biasa, waktu malam memang kene berkurung dalam rumah. Waktu magrib tak balik rumah lagi, siap la kene rotan dengan ayah. Tapi bila bulan puasa ada kelongaran sikit sebab boleh ikut mak ayah ke surau untuk terawih. Tapi buat separuh je, lepas tu main dengan kawan-kawan. Memang riuh kawasan surau dengan suara kami semua bermain. Bila dah dekat nak raya makin riuh pulak dengan bunyi mercun. Aku dulu geng dengan budak lelaki. Tu yang lasak sikit.  Kenangan waktu kecik, bila di ingat balik memang menarik. Rindu juga kadang-kadang. Tambahan pulak sejak ada anak, memang aku dah tak ke surau di bulan ramadhan. Risau anak meragam hingga menggangu orang lain dah bersolat. In sha allah bila anak-anak makin besar nanti aku nak kembali ke surau.  Ada anak bukan alasan untuk tidak berterawih. Kita boleh lakukannya di rumah. Aku kongsikan cara solat...

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baj...

Dah order kuih raya ke? | Jom order cheesetart sedap

Image
Assalam, Dah start order kuih raya ke? Kalau belum cepat-cepat la order. Nanti baker tutup order melopong pulak uolss. Cheesetart memang sedap dijadikan juadah di hari raya. Lain sikit hidangan kuih uolss. Takde la sama dengan kuih raya rumah cik jenab kan.  Nak order? Boleh kami masih menerima tempahan. Tapi jaga-jaga, tempahan akan di tutup tak lama lagi. Jadi cepat-cepat la Whatsapp 018-2684992 (mar) atau 011-10955164 (ad) untuk tempahan. Kami buat penghantaran di sekitar ampang, Tesco ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya. Untuk hari bekerja pula ada penghantaran di sekitar Bangsar, Masjid Jamek, KL Sentral, Kerinchi atau di sekitar laluan LRT Putra. Jadi boleh whatsapp untuk berbincang laluan penghantaran uolss. Sedap ke? In sha allah sedap. Ni ada testimoni dari pelanggan kami. Kebanyakkan mereka akan repeat order balik.  Ada 5 flavour kesemuanya iaitu Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi dan Orange. Boleh pilih any flavour kegemaran atau kalau kompius ma...