Tandem nursing
Bagi ibu-ibu yang sedang alami masalah kekurangan susu, tentu risau kan. Tambah pulak dah dekat nak berpuasa. Risau stok susu makin kurang, risau tak cukup untuk baby. Hentikan kerisauan tu. Mulakan langkah untuk menambah kuantiti susu. Macam mana? Mengepam sambil menyusukan baby adalah cara terbaik untuk up kan balik kuantiti susu. Ingat kan konsep demand vs supply? Apabila korang tandem nursing, automatik signal akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Tambahan pula rangsangan baby adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Hujung minggu memang hari yang sesuai untuk korang mencuba tendem nursing ni. Cuba la, pasti korang kagum dengan hasilnya. Athmar yang kekenyangan selepas menyusu Ini adalah hasil ku selepas tandem nursing baby athmar. Dapat 5oz. Alhamdulillah setakat ni hasil tuaian ku memberangsangkan. Namun masih gigih untuk menambah stok susu. Buat masa ni athmar minum 15oz sehari di rumah pengasuh. Sebab tu aku kene make sure...