#Tip Penyusuan Susu Ibu #Kenali Tangisan Bayi Anda
#Tip penyusuan susu ibu Kenali tangisan anak Selalu sangat kita dengar para ibu mengeluh anak mereka menangis walaupun telah disusukan. Bagi ibu-ibu baru yang masih kurang pengalaman, mereka akan menganggap bahawa bayi masih lapar. Tambahan pulak ada yang bersuara mengatakan anak tak cukup susu. Jadi bila kurang pengalaman, kurang ilmu penyusuan, disogokkan pula dengan komen negatif dari orang yang terlebih dahulu dapat anak, maka kebanyakkan para ibu baru akan mengalah. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Tangisan bayi yang baru lahir mempunyai pelbagai jenis. Penting bagi para ibu bapa untuk mengenali jenis-jenis tangisan bayi. Ingat menangis adalah cara bayi anda berkomunikasi dengan anda. Tak semestinya bayi menangis kerana lapar. Ada masanya bayi menangis kerana tidak selesa, terlalu panas, terlalu sejuk, pampers basah, kembung perut atau hanya mahu didukung. Jika bayi anda masih menangis selepas disusukan, cuba kenalpasti kenapa. Jika bayi anda hanya mahu didukung, maka du...