As-salam.
Dah lama sebenarnya aku nk cite pasal percutian aku ke Gold Coast Morib hari tu. Tapi duk takde mood nak ngadap blog kan. Bila ada mood plak, tak boleh nak update. Masuk pic, hilang. Pastu asik error. Menambahkan kemalasan aku la nak update. Kali ni aku type je dulu. Last nanti baru korang tengok gambar ok.
Cm biasa la, voucher percutian kali ni pun aku beli dari Mydeal.com.my. Yang dah biasa baca blog aku, mungkin tau kot yang aku ni suka membeli voucher dari Mydeal atau Streetdeal. So korang rajin-rajin la gogel ye. Kalau nak beli voucher, korang kene register dulu kat mydeal or streetdeal tu. Pastu kena ada internet banking. Tak payah credit card pun takpe. Janji buleh bayar online. Pastu ikut je la step-step yang diberi. Sonang je.
Ok terus cerita pasal Gold Coast Morib la. Aku beli voucher untuk weekdays. Plan check in hari ahad. Konon tak ramai orang la. Lagi pun bukan musim cuti sekolah. Sekali masa nk register tu, ohh mak ai punya la panjang orang beratur. Full house rupanya. Lama gak la kene beratur. Tapi cara check in ni tak proper sangat la. Dah la kaunter untuk register lain, cuma 2 orang je yang bertugas. Pastu kene beratur lagi untuk ambik kunci pulak. 1 kaunter je pulak tu. Agak menyusahkan la di situ.
Bila masuk bilik je, mmm belum siap berkemas lagi. Budak housekeeping cakap yang resort tu full house dari hari jumaat lagi. Diorang pulak kekurangan staf. Takpe la, aku tak komplen sangat la. Bilik memang oshem la. Besar, dan yang buat naurah melompat-lompat seronok sebab ada jakuzi dalam toilet. Yeahh, boleh berendam sepuas hati. Aku suggest kat korang, bawak la air freshener jenis apa pun. Lagi best kalau jenis oil burner tu. Sal ada bau kurang menarik. Tak tau la samada hidung aku ni terlalu sensetip ataupun sebab pembawakan. Tapi tiap kali masuk toilet aku rasa nak termuntah. Tapi kat area jamban dan sink je. Kat area jakuzi tu takde pulak bau.
Tarikan kat sini tentu la water theme park nye tu kan. Naurah dan ibriz memang enjoy sangat-sangat la. Bukan anak je, kami mak-mak dan bapak-bapak budak ni pun berendam tak ingat. Water park ni dibuka dari jam 8.00 pagi sampai 7.00 petang. Kalau just datang nak mandi pun boleh. Harganya cuma RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak. Bagi yang duduk di resort ni pulak, 1 studio suite dapat 2 tiket untuk dewasa, apartment 2 bilik dapat 4 tiket dan apartment 3 bilik dapat 5 tiket. Wristband tu korang pakai dari hari check in sampai la hari check out. Boleh berendam sampai lebam. Tak macam kat Tiara beach resort yang ada break time pukul 1.00pm - 1.30pm tu, pastu kene tukar tiket baru. Kat sini korang boleh mandi dari pukul 8 sampai 7 petang tak payah keluar kolam pun takpe.
Apa lagi nak cerita, ok bab makan. Voucher ni include dengan sarapan pagi. Aku memang suka sarapan pagi di hotel. Walau kadang-kadang makanannya takde la sedap mana kan. Menu pun sama dengan gerai-gerai tepi jalan, tapi aku tetap suka buffet breakfast di hotel. Di resort ni, buffet breakfast not bad la. Yang menarik sebab ada dim sum. Aku dan En. Fuad memang penggemar dim sum. Seronok la kami. Lagi 1, asal breakfast kat hotel, mesti tetap nak mintak telur. Padahal boleh goreng sendiri kat rumah kan. Tapi yang chef masak lain sikit rasanya. So tetap nak request omelet la, scramble la. Gedik kan.
Rasanya tu je la kot yang aku nak cerita. Pada yang bertanya best ke resort ni, jawapan aku dah nama pun bercuti tentu la best. Tambah pulak ada water park kan. Cuma bagi yang terlalu cerewet tu, mungkin tak suka la dengan servis resort ni. Mungkin ada yang expect layanan macam hotel 5 bintang. Memang tak dapat la. Nak makan pun tak susah mana. Banyak je tempat makan di kawasan sekitar.
Ohh ye, lupa nak mention pasal bau busuk. Hati-hati dengan bau busuk ye sekitar jam 10 - 11 malam. Ada yang kata dekat area tu ada ladang ternak ayam. Tu la punca bau tu. Hehehe.
Ok sekarang sila la layan pic.
|
sangat ramai orang masa nak check in tu. tapi diela yang beratur.
aku duduk je. hehehe |
|
2 katil single yang dicantumkan menjadi 1 katil king.
seronok berguling |
|
1st time berendam dalam jakuzi. jakun weiii |
|
pas berendam dalam kolam, si kenit ni sambung dalam jakuzi pulak. |
|
2 orang budak yang sangat enjoy. nak pujuk naik, memang payah la. |
|
laki diela pun kemain galak melayan budak berdua ni |
|
En. fuad pun kemain lagi |
|
bila budak berdua ni membuli abah |
|
kami yang gumbira dapat bercuti dan berendam |
|
wiiii |
|
breakfast. dim sum yang lazat |
|
2 orang anak dara kami yang chomel. Naurah dan ibriz |
|
aktiviti petang |
|
main pasir dan layang-layang |
|
pas dinner, kitorg lepak-lepak di pantai morib.
bagi budak-budak ni letih berlari |
|
masa ni dah nak check out.
ehh baju sama la. nampak sangat taste mama-mama ni serupa kan |
|
tahun ni masih bertiga. next year insha allah berempat. wiiii |
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment