Posts

Showing posts from May, 2015

Cheese Tart Naurah's Kitchen

Image
Assalam, Setelah hampir 3 tahun tak membaking, tahun ni kami mulakan balik projek cheese tart kami. Batch pertama telah berjaya di siapkan malam tadi. Ni hasilnya. Alhamdulillah rasa still sama macam dulu. Kali ni dah pandai sikit nak meloret atas cheese tart ni. Pasal dah dapat tips macam mana nak buat.  Buat masa ni ada 2 flavour, strawberry dan blueberry. Tapi akan di tambah flavour dari masa ke semasa bergantung pada permintaan.  Kali ni kami akan buat packaging kecil juga. Macam ni ada 12 biji.  Boleh pilih samada nak mix atau 1 flavour sahaja.  Yang ni untuk teacher naurah sebagai menghargai jasa mereka. Ada 5 orang cikgu kesemuanya.  So kami akan bagi seorang satu. Harga bagi cheese tart seperti ini: RM 10 / 12 biji RM 35 / 50 biji Kami juga akan buat packaging untuk goodies bag.  Harga adalah bergantung kepada kuantiti dan box nya nanti. Kalau berminat nak order boleh whatsapp. 018-2684992 (mar) ...

Kembali hangat seperti malam pertama

Image
Assalam, Wah kali ni tajuknya daring sikit ye. Ni untuk para isteri sahaja tau. Yang belum kawin tu nak baca boleh la untuk dapatkan ilmu. Tapi praktikkan lepas kawin je tau. Jangan berzina pulak. Eh melalut pulak. Suka atau tidak kita para isteri harus akui antara cara untuk mengikat suami adalah semasa di kamar tidur. Namun kebanyakkan suami mengeluh setelah beberapa tahun perkahwinan, 'Miss V' isteri dah tak grip lagi. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Jadi wanita ni bukan senang kan. Semua nak kene jaga. Lepas bersalin lagi la kene extra jaga. Maklum la lepas bersalin, banyak part yang berubah. Ada mengelebeh, ada longgar, ada lonyot. So macam mana nak kembalikan semua tu ke asal. Senaman Bersenam baik untuk kesihatan anda. Dengan bersenam, korang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, membakar lemak, mengembalikan bentuk badan yang langsing, membaiki koordinasi dan keseimbangan, mengawal tekanan darah, dan mengawal paras glukos dalam darah. Orang yang ...

Hadiahkan Al-fatihah untuk anak

Assalam, Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara bimbang kian patah riuk jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak-anak kecil ni pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akhbar !! Sebab tu setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang lain orang, lain cara pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya.  Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah mengetuk pintu hatinya. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa seba...

Our 6th anniversary

Image
Assalam, Hari ni, detik ini, saat ini, 6 yang lepas aku selamat bergelar isteri kepada Mohamad Fuad bin. Mohamed Yusoff. Perkenalan secara tidak sengaja tanpa di sangka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjadi suami, teman sahabat untuk ku dan menjadi bapa terhebat buat anak-anak kita. En.fuad, walaupun rupanya garang tapi dia mempunyai soft heart terutama dengan anak-anak. Setiap perkara yang dibuat, anak merupakan agenda utama dalam hidupnya. Keperluan anak dan isteri sentiasa di dulukan berbanding keperluan dirinya sendiri. Dia seorang yang sanggup bersusah payah, berhujan panas demi memastikan keselesaan keluarganya. Terima kasih atas segala pengorbanan mu sayang.  Moga perhubungan kita berkekalan hingga ke jannah. Ayang akan sentiasa berada di sisi sayang ketika susah mahupun senang. Luv u so much.  Love,  mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.n...

Set Hamil Bajet dari Shaklee

Image
Assalam, Anda di sahkan hamil? Tahniah ye. Ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang cukup untuk membesar. Begitu juga dengan ibu, kekurangan zat mineral dan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan ibu mengalami kelesuan yang melampau. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung akan dibekalkan vitamin sebagai makanan tambahan.  Ingin cuba vitamin shaklee yang 100% menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang kandungan yang merbahaya? Mahal? Tidak, set kehamilan bajet pastinya sesuai dengan bajet anda.  Terdiri daripada B-Complex yang mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Dapat membekalkan tenaga, melawan tekanan dan meningkatkan fungsi otak, membantu tumbesaran, membaiki masalah rambut gugur dan beruban. Asid folik sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung bagi mengurangkan risiko kecacatan terhadap janin. Kerana itu, wanita yang merancang untuk hamil amat digalakkan untuk memak...

Suprise trip ke Genting Highland | First World Hotel dan Snow World

Image
Assalam, Sambungan dari cerita suprise trip ke genting lepas penat bermain di indoor theme park ke Ripley's Believe It Or Not kami pun menuju ke lobi hotel untuk check in. Macam yang di beritahu sebelum ni, aku booking hotel ni melalui agoda.com dengan bayaran RM100.00 semalam. Aku pilih bilik XYZ Deluxe iaitu bilik yang baru di renovate di tower 2. Proses nak check in senang juga la. Just hulurkan slip booking yang di print dari agoda.com dan IC lepas tu buat bayaran. Cuma kaunter yang aku beratur tu slow sikit. Ntah nape la. Kalau dulu banyak proses nak check in, tapi sekarang ni dah senang. Ada gak kiosk untuk check in. Tapi aku tak try la kat kiosk tu. Aku dapat bilik di tingkat 6 dengan pemandangan yang sangat terhad sebab di blok oleh bangunan lain. Huhu. Bilik pula aku rasa lebih kecil dan sempit berbanding dengan bilik lama dan lebih mahal sedikit berbanding bilik lama. Cuma bilik ni ada mini fridge, hair dryer dan saiz tv yang besar sedikit. Aku pilih bilik ni s...

Siapa nak Multivitamin PERCUMA dari Shaklee

Image
Assalam, Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta satu formulasi multivitamin pertama di dunia yang dinamakan 'Vitalize Mineral' dan ringkasannya di sebut 'Vita-min'. Perkataan vitamin yang kini digunakan secara meluas adalah berasal daripada ini.  Tahun demi tahun Dr. Shaklee sentiasa memperbaharui formula multivitamin beliau. Dengan teknologi terkini, shaklee telah mengubah bentuk daripada cecair kepada tablet yang kini di kenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan yang optimum. Ia dapat menyokong jangka hayat hati, usus dan mata serta dapat membekalkan tenaga. Selain itu multivitamin juga dapat meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.  Siapa yang perlukan multivitamin ini? Lelaki, wanita, atuk, nenek, wanita mengandung, wanita berpantang, wanita menyusu, yang ingin hamil.....Pendek kata,   SEMUA ORANG PERLUKANNYA Jadi macam mana nak dapa...

Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Image
Assalam, Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la.  Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.  Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan. Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya.   Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.  Kaki kecil. M...

Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Image
Assalam, Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni).  Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la. Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya mema...

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku te...