Trip ke Melaka

As-salam

Selamat tahun baru semua. Malas nak citer pasa azam la. Tiap-tiap tahun sama je. Hehehe. Kali ni nak cerita pasal trip tahun baru kami. Pegi melaka je pun. Sebenarnya aku plan nak ke penang masa krismas. Tapi cuti tahunan dah habis. Pastu ingat nak ke Cyberview Resort je masa tahun baru. Ye la dah dekat nak bukak sekolah so pegi bercuti dekat je la kang naurah kepenatan pulak. Sekali buka sekolah di postpone pulak seminggu. Last minute punya plan kami ke melaka la sebab en. fuad kata lagi banyak aktiviti boleh buat di melaka berbanding di Cyberjaya.

Malam sebelum tu, gigih aku menyiapkan bekalan makanan untuk athmar. Puree nasi + zuchinni + peas + ayam dan puree oat + kismis + apple. Takde masalah untuk sediakan homemade food untuk anak waktu travel. Siapkan puree, pastu frozenkan. Nanti nak bagi makan defrost dan panaskan je dalam warmer.



Pagi 1 jan, kami bertolak jam 8:30 pagi. Planning awal nak bergerak jam 7 pagi. Tapi sebab semalam tido lambat maka pagi tu bangun pun lambat jugak. Nak gerak awal sebab kami nak ke Zoo Melaka dulu. Nak kejar waktu untuk animal show.

Makan pocket sandwich dari high 5 dulu dalam kereta sebagai alas perut. Yang ni flavor chicken floss seaweed. Sedap jugak. Tak tau ada flavor lain tak sebab en. fuad yang pegi beli. Ni first time aku nampak.





Alhamdulillah selamat sampai zoo melaka jam 11.00 pagi. Sempat juga kami tengok animal show. Senang betul ber babywearing ni. Tak payah nak usung stroller lagi dah. Aku carry athmar, en.fuad carry naurah.



en. fuad menggunakan carrier Tula saiz toddler.

yeah kami sempat sampai untuk tengok animal show. Teruja betul naurah
Rupanya hari tu ada pulak sambut apa ntah di zoo. Diorang panggil budak-budak join aktiviti jugak. Naurah orang pertama yang kedepan. Rupanya kena menari chicken dance. Ok la kacang je tu. Kemain lagi ye anak aku ni. 




Asik letak muka kitorang je kan, kata pegi zoo. Meh tepek gambar rimau ni sekor. Orang kata binatang ni aktif waktu malam. Masa siang ni semua ketiduran je.


Ada juga playground di zoo ni. Sempat la berehat kejap kat sini sementara tunggu naurah main. Athmar memang behave je sepanjang di zoo. Cuaca pun berangin je sepanjang kitorang kat sana. So selesa sangat la.

buai laju-laju

Keluar dari zoo, kami terus menuju ke bandar hilir. Memula ingat nak tapau makan je lepas tu nak check in. Naurah dah bising-bising ajak check in. Dah penat katanya. Tapi biasa la bandar melaka nak-nak pulak time cuti kan memang payah nak cari parking. Lastly masuk Mahkota Parade terus makan kat sana je. Lepas tu beli megi in cup, dan roti untuk bekal. Kompem akan kelaparan balik nanti nak-nak lepas berendam dalam swimming pool.

Sebab ramai yang tertarik dengan hotel yang kami menginap tu, cerita pasal hotel akan aku review dalam entry lain. Tunggu kejap ye.


Malamnya kami ke river cruise. Kali ke dua naik. Ok la seronok jugak la tengok suasana malam bandar melaka. Kami suka naik waktu malam, kurang panas. Lagi pun dapat tengok lampu warna warni sepanjang perjalanan cruise ni. Harga tiket untuk warga malaysia hanya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.

si bijak yang pandai berdrama
Aku tak ambik gambar sepanjang dalam cruise. Takut athmar tepis henpon, kang tak pasal masuk dalam sungai pulak. Mau menangis tau.

Sebab kami payah sangat nak ambik gambar berempat yang cantik so aku beli gambar kenangan ni di river cruise. RM20 tak silap aku. Tapi kalau muka aku herot dalam gambar ni memang kompem aku takan beli.



Besoknya lepas breakfast, mula-mula plan nak berjalan kaki ke kampung morten. Sebuah perkampungan melayu yang rumahnya masih mengekalkan seni bina tradisional. Tapi sebelum tu konon-konon masuk The Shore, shopping mall yang attach dengan hotel untuk tapau starbucks. Sekali dah masuk mall, terus merayap sampai la tengahari. Tak sanggup la nak berjalan ke kampung morten tu. Buat berpeluh ketiak je kan.

Petangnya kami ke dataran pahlawan, untuk naik Duck Tour. Bagi yang tak tau, DUCK adalah amphibious truck iaitu sebuah kenderaan yang digunakan sewaktu perang dunia ke-2 untuk membawa makanan, barangan dan senjata. DUCK boleh digunakan di darat dan di air. Satu pengalaman yang menarik juga terutama bagi anak-anak. Tiket adalah RM38 dewasa dan RM22 kanak-kanak.

sementara menunggu DUCK, bergambar dulu di Menara Taming Sari

Perjalanan Duck Tour ni adalah selama 45 minit dari dataran pahlawan - pulau melaka - turun ke selat melaka - kembali ke dataran pahlawan. Berbaloi atau tidak, terpulang pada pandangan masing-masing. Apapun memang pengalaman baru untuk kami.




Malamnya kami ke Pirate park. Naurah teringin sangat nak ke sini. Sebab nampak Ferris Wheel dari hotel. Tapi bukan dia nak naik pun. Just beli bubble je. Tu pun rege RM5 satu tube. Gile mahal. En.fuad layankan je la keinginan anak dara tu.




Tu je aktiviti kami sepanjang di melaka. Nak ke Jonker Walk, nak ke kampung morten, nak ke Portuguese settlement semua tak jadi. Pasal banyak masa habis di hotel.

Sebelum balik pegi singgah kedai jam. En.fuad kata nak beli G-shock. Asik duk sebut je nak beli. Ada pulak less 15% di sini. Terus la dia rembat. Sekali tu sebelum bayar En.fuad tanya "ayang nak ke?" Aku pun lemah lembut malu-malu kucin terus jawab "nak".




Thank you sayang. Dapat birthday present. Tak kisah la lambat janji dapat. I love u very strong la. Lap..Lap

cantik tak

Tu je cerita percutian aku kali ni. Nanti aku sharekan hotel yang jadi pilihan untuk percutian kali ni. Tunggu ye.

Love,
mar


========================================================================

New update. Dah share pasal hotel. Boleh baca di sini
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak order vitamin kesihatan Shaklee?

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Promosi menarik bulan ini, beli 3 percuma 1 Vita-lea for children. Multivitamin terbaik untuk anak anda. Mengandungi 19 jenis mineral penting untuk kesihatan kanak-kanak dalam menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat.


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato