Swiss Garden Hotel & Residences Melaka
As-salam,
Seperti yang di janji, meh aku review hotel yang kami menginap hari tu. Aku book hotel ni dari booking.com. Total untuk 2 malam termasuk tax dan breakfast RM 575.36. Booking last minute, lagi 2 minggu sebelum tarikh. Kalau korang nak murah, plan dan booking awal-awal.
Senang je nak cari hotel ni. Dia attach dengan shopping mall baru di melaka, The Shore. So cari je the shore boleh la jumpa hotel ni. Atau nak lagi senang waze je. Parking dari tingkat 3 - 7 atau lebih. Kami parking di tingkat 6. Dapat lif yang terus ke bilik. Senang nak angkut barang. Tak payah banyak kali tukar lif dan berjalan. Check in was very smooth. Staff pun memang sangat friendly dan sentiasa senyum je. Bellboy tolong tolak trolley sampai ke bilik.
Jadi habit aku, masuk bilik je semua benda nak check dulu. Semua wow. Hotel ni baru, jadi perabot semua baru. Katil sangat comfort. Bantal pun best. Selalu kan kalau korang pegi hotel kadang-kadang dapat bantal yang keras kejung. Tapi di sini bantal memang sedap je. Banyak pulak tu. Tak payah berebut dengan en.fuad.
Banyak kan bantal yang ada. Sofa tu aku rapatkan, terus jadi katil untuk naurah. Katil saiz king. Bilik luas. Cuma toilet takde bathtub. Kalau ada mesti syok berendam. Tapi yang paling best hotel ni siap ada weight scale. Gila ko tak pernah aku pegi hotel siap letak weight scale dalam bilik. Memang elok la sebab bila bercuti aku memang makan banyak gila tak ingat.
Naurah berangan macam bos bila duduk kat kerusi tu. Kejap-kejap naik duduk kat situ pastu berlakon sorang-sorang. Lantak la sayang.
Ni view dari balkoni. Bila tunjuk je pool kat naurah, teruja betul dia. Terus tak sabar nak pegi mandi. Pool kanak-kanak besar dan siap ada fun park lagi. Tapi air pancut tu bukak pagi sampai kul 12, lepas tu start balik pukul 4 petang. So kalau mandi tengahari takde air pancut.
Yang tengah-tengah pool tu gym. Sesiapa yang nak workout boleh la pegi. Aku workout dengan naurah dan athmar pun dah cukup mengah. Di pool ada bilik sauna. En.fuad pegi. Dia kata best. Aku tak pegi pun, duk jaga naurah dan athmar.
Pool di tingkat 9. Angin memang kuat giler tak ingat. Air pulak sejuk sesangat. Memang tak tahan aku nak berendam lama-lama. En. fuad kata patutnya ada pasang heater dalam pool. Baru best kalau air terasa suam-suam je.
Ada jakuzi juga di pool. Tu pun aku tak duduk lama. Sejuk kot. Tak paham aku macam mana naurah boleh tahan. Tapi kalau kat rumah tu air sejuk sikit je dah nangis. Mandi nak kene ngn air suam je. Tensi tau.
Naurah budak paling happy la dapat mandi pool. Excited kemain. Ok layankan la. Sebenarnya mama pun excited jugak. Tapi sebab air terlalu sejuk pastu athmar meragam, so tahankan je la.
Ni budak yang paling stress bila turun pool. Baru tengok aku salin baju pakai swimming suit dia dah nangis. Celup kaki dia sikit, dah melalak. Aiyoo ini budak memang tak suka swimming la. Kene tunggu dia besar sikit la kot baru boleh bawak dia mandi pool. Tak leh geng dengan mama and kakak naurah la. Hehehe
Tengok muka athmar ni kemain cuak lagi. Dia gengam baju aku punya la kuat. Takut aku angkat dia masuk pool. Ari tu bawah pegi baby spa pun sama meraung macam kene cubit. Tak stylo betul.
Ni pic last day before check out. Muka kemain happy lagi. Pastu naik kete terus tido. Letih sangat la tu. Apapun percutian kali ni memang menarik sangat. Next time boleh repeat lagi ke melaka. Tempat dekat, banyak aktiviti boleh di buat. Hotel ni pun best. Hope next time kalau pegi lagi tetap best la.
Ok tu je cerita pasal hotel ni. Kalau korang nak pegi, boleh la booking direct dengan swiss garden atau dari web mana-mana macam booking.com or agoda.com or expedia. Tapi aku memang prefer pakai booking.com.
Luv,
mar
========================================================================
Jom dapatkan vitamin kesihatan shaklee di sini
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Salam deeni. Sy ifa. Selamat berkenalan. Jumpa blog deeni masa cari hotel review utk swiss garden hotel.
ReplyDeleteNak tnya, bilik yg stay tu deluxe ke?
salam ifa.. selamat berkenalan.. haah bilik ni deluxe king.
Delete