Naurah masuk Sekolah
As-salam,
Kalau nak tau tentang yuran smart reader boleh baca sini
Semalam mesti ramai mommy dan daddy yang bercuti sebab hantar anak ke sekolah kan. Tahun ni aku pun terlibat sama. Naurah dah masuk sekolah. Cepatnya masa berlalu, dah besar rupanya baby aku ni. Sob..sob..sob.. Ai is nangis ok. Ingat lagi masa baru bersalinkan naurah. Alahai kecik betul naurah masa tu. Tup..tup.. dah masuk tadika. Pang pipi aku satu kali..
Naurah memang excited sangat nak bersekolah. Nak belajar, nak jumpa kawan baru. Kemain bersemangat bangun tido. Tak payah disuruh mandi, tau je dia terus bukak baju cakap nak mandi. Gud girl.
peace. muka memang excited je. |
Best jugak kan pegi sekolah pakai t-shirt je. Tak payah mama susah-susah mengosok baju. Dasar malas. Hahaha
Bagusnya naurah ni. Cool je. Dia tengok je ada budak-budak lain menangis. Kalau kenang masa dia kecik-kecik dulu memang taknak dengan orang lain langsung. Sampaikan kalau balik batu gajah, opah dengan tokwan nak ambik pun dia kemain meraung. Sekarang ni laju je nak ikut sape-sape berjalan. Sape-sape tu maknanya family member aku je la. Orang-orang yang dia kenal dan close je. Yang tak kenal, memang mama dah ajar jangan ikut.
1st day ni aktiviti diorang menyanyi je la. Sambil berkenalan dengan kawan-kawan. Macam-macam lagu diorang menyanyi. Naurah pun ok enjoy je aku tengok. Siap boleh lambai-lambai kitorang lagi.
Hero sorang ni pun ikut jugak. Kemain suka betul dia. Siap kacau abang-abang kat sana. Nanti dah masuk sekolah jangan nangis jugak tau.
Makan time. 1st day ni menunya roti canai. Kemain selera naurah makan. Ramai juga yang siap mintak tambah.
Dah nak balik. Try kasi naik van. Nasib baik driver van ni kenal dengan pengasuh naurah. Lega la kami. Pakcik ni pun baik orangnya. Ntah-ntah ayah pun kenal kot. Nanti la tanya ayah.
Sekolah naurah dekat je dengan rumah pengasuh. So pakcik driver charge murah-murah je. Ok tak kisah, janji naurah selamat balik dari sekolah. Ikutkan hati memang risau juga nak lepaskan naurah naik van sendiri. Ye la kecik lagi kan. Tapi kene juga la ajar berdikari. Yang penting teacher memang takkan lepaskan student diorang macam tu je. Memang kene ada penjaga yang datang ambil baru diorang lepaskan. Apa pun aku berdoa agar naurah sentiasa di lindungi.
mari pose satu gambar |
Ni pic pagi ni. 2nd day ni ada drama sikit pagi-pagi. Merengek taknak pegi sekolah. Alahai semalam kemain ok lagi kan. Dah pujuk-pujuk, akhirnya dia ok. Tapi mama yang kene siapkan. So hari ni mama masuk opis lambat. Tapi dah make promise, hari ni je mama siapkan dan hantar. Esok kene bersiap dengan papa ye.
Dah sampai sekolah, dah jumpa kawan-kawan mood dia pun ceria balik. Mama papa stay dalam 10 minit, tengok dia pun ok. So babai mama papa pegi work ye.
Papa intai masa balik sekolah tadi. Elok je dia naik van sampai rumah pengasuh. Teacher kata jangan risau, naurah pandai bawak diri. Dia ok je kat school. Memang mama suka over. Mama selalu tacing lebih, tapi suka control macho. Luv you sayang.
Luv,
mama yang tacing
Kalau nak tau tentang yuran smart reader boleh baca sini
Comments
Post a Comment